Thursday, May 20, 2010

Robin Hood (2010)

Pengarah: Ridley Scott
Pelakon: Russel Crowe, Cate Blanchett, Mark Strong
Genre: Epik perang zaman tok kadok
Durasi: 2 jam 20 minit

Di suatu malam yang kelam-kabut dan bising.

Richard Berjantung Singa: Robin, gua nak lu berterus terang dengan jujur dan ikhlas. Apa pendapat lu pasal perang salib yang gua ketuai nih?

Robin Langkah Panjang: Tuanku, mula2 patik ingat tuanku main2 je nak rampas Jerusalem tuh. Jauh kot dari England nih, patah kaki kami berjalan. Takpa, kami sanggup demi agama. Tapi tuanku tak patut sembelih wanita dan budak2 Muslim kat Acre itu hari. From that moment we are godless. Apa tuanku dah gila??

Richard Berjantung Singa: Bagus, lu memang jujur. Susah nak cari laki omputih sejati macam lu (sambil mengarahkan Robin dan kawan2nya diikat).

Robin Langkah Panjang: Babi! Tadi suruh terus terang, bila orang dah cakap, marah pulak orang tua nih. !@#$%^&*

Esoknya.

Kawan Robin: Robin! Tuanku dah mampos kena panah kat tengkuk. Tu la time perang buleh pulak kurung hang yang terer memanah nih.

Robin Langkah Panjang: Nice ass.. Cepat lepaskan kami. Gua ada plan. Kita chaloo balik England, raja dah kiok, takde makna dah kita perang. Tapi kena senyap2, nanti askar len tau susah plak kita.

Dalam hutan kat France time on the way balik England.

John Si Budak Kecik: Weh! Ada orang kena ambush la kat depan. Tengok uniform macam JPJ. Shit, lesen aku da mati la.

Robin Langkah Panjang: Rilek, kita kasi JPJ makan panah je. Nah!! Hambik ko JPJ (sambil melepaskan busur masing2). Shit! Ada sorang terlepas (si celaka bernama Godfrey).

Kawan Robin: Eh, ni macam mahkota raja kita yang baru mati tadi je. Betul tak Robin?

Robin Langkah Panjang: A'ah la.. Jom bawak balik kasi kat mak dia. Pastu kasi pedang yang gua baru jumpak ni kat mamat bernama Sir Walter Knoxley. Haih, banyak betul kerja.. Bila la buleh rilek2 gi karok & strip club..

Pastu terjadi la beberapa event yang gua malas nak crita.

Putera John: Cilanat Godfrey!! Gua punya percaya kat dia, buleh pulak dia khianat. Haram jadah puki nak haram lancau betol!! Tak pasal2 gua kena perang ngan baron2 negara sendiri.

Robin Langkah Panjang: Oi John! Kalau lu nak berdamai, ubah polisi lu dulu. Judi time World Cup tak buleh, haramkan cepat. Pastu mansuhkan ISA. Harga rokok kasi turun sket. Bla bla bla bla...

Putera John: Okay, gua setuju. Tapi lu olang kena tulong gua perang ngan Perancis skang. Tak pat kot nak menang kalu tentera gua je turun.

Lepas menang perang ngan Perancis.

Putera John: Disebabkan time perang itu hari Robin nampak lagi hero dari gua, dia gua isytiharkan sebagai penjenayah besar punya (dengan nada seperti iklan mee Maggi). Setiap omputih di tanah inggeris ini wajib bunuh dia kalau terjumpa.

Robin Langkah Panjang: Whatever la dude. Yang penting, gua dapat bini cun.

*Habis sinopsis*

Itulah dia sinopsis keseluruhan cerita. Ada sikit gua tinggal, tak larat nak taip. Secara keseluruhan gua berpuas hati dengan cerita nih, bukannya typical Robin Hood yang pakai suar ketat macam nak masuk gimnastik. Teknik2 perang yang mantap, adegan memanah pon dah macam sniper dalam cerita Enemy at the Gates. Setting pon real gila2 babi, memang tip top!

Gua suka cara Ridley Scott olah cerita ni dengan menghubungkan watak Robin dengan Richard. Tak penah2 gua dengar Robin Hood masuk perang salib. Pastu lari pulak tuh, hampeh. Walaupon ramai gila pengkritik tak stuju dengan pendekatan ini, tapi gua suka. Robin Hood memang perlu diberi nafas baru seperti Batman dalam Batman Begins.

Macam biasa, bila Russel Crowe berlakon, watak tu akan jadi cool dan macho. Mutu lakonan tak payah la nak pertikaikan lagi, malas gua nak layan kalu ada orang nak pertikaikan jugak, lantak anda lah. Cate Blanchett pulak kira okay la. Bukan seperti lakonan terbaik dia seperti watak Katherine Hepburn dalam The Aviator, tapi masih susah lagi gua nak kepura2an dia tuh. Orang lain sekejap je gua buleh detect kepura2an mereka.

TAPI, ada jugak benda gua tak puas hati. Cerita Robin Hood akan lebih best jika lebih banyak twist diletakkan dalam jalan cerita. Walaupon ada jugak flash-back sikit2, perjalanan filem ni agak straight forward. Gua perlukan twist yang besar untuk trigger perasaan seronok dan puas dalam otak gua.

Watak Putera John yang dilakonkan oleh Oscar Isaac tu memang ntah apa2. Dah la muka tak Englishman langsung, macam Arab je muka. Dah tu, muka haram jadah punya bongkak. Memang tengok skali dah tau watak ni jahat.

Lagi satu, watak Godfrey lakonan Mark Strong senang sangat mati. Takde cabaran sangat kepada Russel Crowe selaku Robin van Persie, eh silap.. Robin Hood. Kalau wat watak dia memang hati kering, liat nak mati macam Travis Bickle tu mesti best.

Filem ini jugak kekurangan dari segi music theme dia. Kalau kita tengok filem2 seperti Braveheart, Titanic, Star Wars, Godfather, Taxi Driver dan Once Upon a Time in America, mereka suma ada music theme masing2 yang kita tak akan lupa. Theme Braveheart ngan Titanic gua paling ingat sebab sedih gila. Sepanjang cerita gua mencari lagu tema tapi tak jumpak. Suma lagu lain je dia main, takde yang konsisten.

Secara peribadinya, gua namakan filem ni sebagai Robin Hood: The Untold Story. Persetankan apa orang kata pasal mencemarkan imej typical Robin Hood, gua suka versi ini. Period.

nukmanometer: 84% (bila cerita Robin Hood Malaya aka Botak Chin nak kuar?)

Wednesday, May 12, 2010

I Want These Genres in Local Film Industry!!!!


Walaupon tajuk omputih, tapi isi dia gua tulis dalam bahasa kebangsaan. Kalu tulis bahasa omputih memang ramai buleh baca, tapi nanti tak lekat pulak mesej2 yang gua nak sampaikan kat hati dan minda targeted-readers (apa terma bahasa melayu nya?) yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Pasti ramai (macam ramai je yg baca blog ni) yang tertanya2 awat gua tak pernah ulas filem2 tempatan, suma filem luar negara je yang gua ulas. Gua bukannya boikot industri tempatan tapi tak banyak variasi yang filem2 tempatan buleh offer gua.

Sebenarnya filem2 tempatan banyak je yang bagus, tapi lagi banyak sampah daripada yang bagus (ada sorang professor yang salu wat filem genre ni, sapa ek nama dia?). No offense, but this is reality that many people refuse to admit (face the fucking truth will ya?). So, daripada gua buang masa caci, maki-hamun filem2 tempatan yang termasuk dalam kategori sampah, baik gua kutuk filem2 luar yang tak bes.

Lepas tu, filem2 tempatan yang bagus tadi kebanyakannya terdiri daripada genre yang lebih kurang sama. Gua minat filem2 Yasmin Ahmad tapi kebanyakan filem dia mesti nak genre pasal kepelbagaian kaum kat Malaysia. Lama-kelamaan berani sket sentuh pasal keagamaan dalam filem Muallaf. Kalau dia hidup lagi mungkin ada banyak lagi genre yang berani dia teroka. Tak macam pengarah lain, harap nama je lelaki tapi haram jadah punya penakot (teloq ada?).

Gua juga layan filem2 daripada Afdlin Shauki. Pada pendapat gua, mamat ni berani nak teroka genre2 yang pembikin2 filem tempatan yang konventional tak terfikir nak buat. Lihat filem Cuci, Setem, dan Los n Faun. Tapi tula, mesti nak ada komedi jugak dalam suma filem dia. Secara peribadi gua berharap agar dia buat 1 filem yang betul2 serius dan membuka minda penonton.

Lagi sorang otai filem ialah U-Wei Haji Asaari. Seingat gua, TAK PERNAH skali pon gua usha filem dia. Filem Kaki Bakar yang dia bikin pada tahun 1995, ditayangkan kat Festival Filem Cannes dan festival2 lain pada tahun yang sama. Tapi tahun 2001 baru nak tayang kat Malaysia, pastu tayangan terhad pulak tu. WHY THE FUCK WAS THAT?? Pastu, takde lak nak tayang kat tv (kalau ada sila inform gua bila).

Bukan senang nak wat filem yang layak untuk ditayang kat Cannes. Orang luar sanjung, kat tempat sendiri kena gam, tak leh tayang sebab genre dan skrip ceritu tu ada provoke sapa ntah. BODOH!!! Di saat industri filem tempatan nak berkembang pesat, ada pulak golongan minda sempit ni buat kacau.

Sekarang masyarakat Malaysia banyak disajikan filem2 lawak bodoh berstatus sampah berulat (walaupon cerita Stephen Chow banyak lawak bodoh jugak, tapi lawak dia ada class). Genre ini seolah-olah sinonim dengan budaya masyarakat kita.

Kebanyakan pembikin filem tempatan nampak macam selesa je dengan situasi ni - buat la filem bodoh macam mana pon, mesti untung berjuta-juta jugak. Ini memang satu fakta yang sangat2 encouraging bagi mereka agar buat lagi filem2 sampah. Tapi penonton kena ingat, filem mencerminkan budaya kita. It is dead serious to choose only good films to watch.

So, kat sini gua nak senaraikan genre2 yang patut ada dalam industri filem tempatan. Gua dah cemuih (muak) dengan genre2 yang sedia ada di pasaran tempatan (komedi romantik, cinta, drama bisnes2, rempit). Tak membuka minda langsung. Current and future film directors/producers please take note.

1. Courtroom Drama: Orang kita memang suka drama. Macam2 jenis drama depa dah buat, tapi drama dalam mahkamah gua tak pernah nampak lagi. Genre ini selalunya dianggap berat, tapi bagi gua ia mampu membuka minda masyarakat. Contoh filem yang berjaya dengan genre ini ialah Erin Brokovich, The Accused dan Lawyer Lawyer (personal favorite). Dan selalunya kisah yang dipaparkan dalam genre ini ialah kisah yang benar2 berlaku. Ada banyak peristiwa yang berlaku kat mahkamah Malaysia yang buleh dibuat asas filem seperti Anwar Ibrahim Trial, VK Lingam case, Razak Baginda Trial dan lain2 (gua malas nak sebut satu2). Tak payah la amik sebijik, just loosely based on pon da okay.

2. Political Thriller: Genre ini mempunyai banyak hubungkait dengan genre di atas. Bila cerita tentang politik, mesti nak masuk mahkamah punyalah. Tapi ada jugak yang thriller politik semata2 seperti State of Play (2009) dan The Manchurian Candidate (1962 & 2004). Dalam genre ini banyak diceritakan tentang politician2 korup dan konspirasi kotor untuk menjatuhkan lawan masing2. Sekali lagi gua nak bagi contoh dalam Malaysia, negara yang kebanyakan rakyatnya politically fanatic. Tak pernah langsung gua tengok filem tempatan mengisahkan politician korup. Apa yang takut sangat nak wat filem2 camni?? Takut masuk ISA?? Come on, negara lain buleh buat awat Malaysia tak buleh buat?? Korupsi ada di mana2, jangan nak nafi la. Dalam kerajaan Turki Uthmaniah pon ada korupsi, inikan pulak kerajaan2 lain. Kerajaan pulak tak payah la nak sensitip sangat la dalam hal ni, it's just a film. Penonton perlu satu naskah intelektual dalam isu nih (filem la, apa lagi).

3. Kisah Polis Korup: Ni lagi satu genre yang sapa2 pon kat Malaysia tak berani nak cuba. Selalunya dalam cerita tempatan watak polis tak dihuraikan secara bagus (not well elaborated). Suma gua tengok tipikal je. Dalam Gerak Khas pon suma polis lebih kurang sama je, sorang2 macam klon. Cakap bahasa baku pulak tuh, cikgu bahasa melayu pon tak camtu. Ntah apa la yang mamat Yusop Haslam tu fikir. Imej polis tak jatuh punyalah kalau buat cerita2 camtu. Suma orang tau polis tu baik, tapi ada jugak sket2 yang korup. Cuba tengok dalam Serpico (1975) dan Pride & Glory (2008), kaw2 punya korup polis2 nih, kalah penjenayah. But it's nothing strange to most of people. Kenapa kita je yang nak melatah lebih2?? Nak bukti polis korup, sila refer Sirul Azhar dan Azilah.

4. Autobiography: Kat Malaysia ada banyak figure yang gua rasa buleh dibuat filem. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Chin Peng, Botak Chin, dan Jimmy Choo adalah figure2 yang gua rasa amat berpotensi untuk dijadikan filem. Tambah2 Botak Chin yang digelar Robin Hood Malaya, kisah hidup dia amat menarik, sorang pon tak wat filem pasal dia (setahu gua la). Selalunya autobiography orang buat dokumentari, tapi bak kata Pero, tak commercial la. So gubah la bagi menarik ditonton tanpa mengubah fakta2 penting pasal individu itu. Contoh filem autobiography yang menarik ialah Kundun (1997) dan The Aviator (2004).

5. Perang: Last filem perang orang tempatan buat ialah Leftenan Adnan (gua rasa la), tak ingat tahun bila. Best jugak la gua tengok, setting yang mantap, entah mana la depa buleh cari motokar dan moto zaman dulu. Kostum pon gua tengok real je. Kenapa sekarang dah takde filem perang yang orang tempatan bikin?? Nak harap kerajaan sponsor baru nak buat?? Chais! Ada banyak idea filem perang yang gua buleh tulis kat sini, takkan para producer dan director tak pernah terfikir kot?? Kalau kata perang melayu tak best, tak cukup ganas, buat la pasal Pol Pot dan Khmer Rouge. Tu memang ganas, sama kejam dengan Nazi. Lagipon muka orang Malaysia ngan Kemboja tak banyak bezanya, buleh kot buat. Gua buleh buat lakon layar kalau ada yang sudi bayar (nice x rhyme gua??haha).

6. Sukan: Gol dan Gincu merupakan salah satu contoh filem tempatan dalam genre ini. Lepas tu ada pulak Hooperz yang baru kuar. Genre ni macam dah dapat sambutan, bagus! Tapi skrip kena la mantap, kalau tak nanti jadi cemuhan gua pulak. Tapi sukan yang Malaysia paling terer iaitu badminton takde la pulak filem dia. Hmmm, mungkin kalau menang Piala Thomas 2010 ni baru ada orang nak buat kot.

7. Boxing: Gua tak mahu masukkan genre boxing ke dalam sukan kerana gua berpendapat boxing ni lebih dari sekadar sukan (suka hati gua je kan?). Selalunya filem2 boxing tak tertumpu sangat kepada semangat kesukanan tetapi ada kisah disebalik para peninju. Orang melayu zaman dulu memang gila boxing kaw2. Time Muhammad Ali fight Joe Bugner kat Kolumpo, bapak gua kata time tu dia darjah 3, cikgu dia stop klas bawak budak2 pi tengok boxing kat tv. Gila tak gila macam tu lah, cikgu pon sanggup bawak anak2 murid gi usha pertarungan ganas kat tv. Skang boxing tak mendapat tempat di hati warga tempatan, tapi gua still berharap ada orang buat jugak filem pasal boxing. Sumo buleh buat filem, boxing pon mesti buleh punya. Rocky (1976), Raging Bull (1980), Ali (2001) dan Cinderella Man (2006) adalah muvi boxing terbaik bagi gua.

8. Epik: Malaysia ada produce genre ni melalui filem Puteri Gunung Ledang. Belanja banyak gila babi tapi untung tak tara mana. Lepas tu takde sapa dah nak buat. Aik, takkan patah semangat kot?? Tapi tak kisah la sebab gua tak minat langsung epik2 dalam gugusan kepulauan Melayu nih. Lantak lah, malas nak ulas. Kalau ada filem baru genre ni pon okay jugak, baru meriah industri.

Itulah sedikit sebanyak yang gua buleh kupas kat sini. Sebenarnya ada banyak lagi yang gua nak katakan pasal industri filem tempatan ni, gua simpan untuk entri akan datang lah. Nanti takde modal pulak gua nak wat artikel.

Tapi LU KENA INGAT, skrip kena mantap dan banyak twist. Improve benda ni dulu baru cuba genre2 baru. Kalau buat filem genre2 di atas tapi skrip sampah, tak guna jugak, hahaha..

P/S: antara komen yang gua expect akan dapat - "lu sembang je lebat, wat sendiri tengok.."

Saturday, May 8, 2010

50 Dead Men Walking (2008)

Pengarah: Kari Skogland
Pelakon: Jim Sturgess, Ben Kingsley, Nathalie Press, Kevin Zeges
Genre: Thriller politik Ireland
Durasi: 1 jam 57 minit

Walaupon tajuk filem ni berbunyi "50 orang mati berjalan," ianya bukanlah cerita zombie atau horror flicks seperti anda sangkakan. Ia juga bukan sambungan daripada cerita arahan Tim Robins, Dead Man Walking (1995) lakonan Sean Penn.

Sebaliknya ini merupakan sebuah filem kisah benar berkenaan dengan sejarah politik Ireland-Britain yang agak kompleks. Dibikin berdasarkan sebuah autobiography (dengan tajuk yang sama), filem ini mengisahkan seorang pejuang IRA yang menjadi duri dalam daging buat organisasi nya kerana berkhidmatan sebagai informer kepada pihak British.

Sablom gua sambung bagi sinopsis, biar gua terangkan secara ringkas pasal kemelut politik ni. Bila sebut pengganas, yang terlintas dalam fikiran ramai orang ialah Al-Qaeda. Tapi lu mesti tak penah dengar nama IRA. Nama macam comel kan? Tapi nauzubillah punya ganas. IRA bukanlah nama awek2 yang anda buleh jumpa kat facebook atau myspace, IRA stands for Irish Republican Army.

IRA yang dianggotai oleh nasionalis2 Ireland beragama katolik yang tak suka negara depa duduk bawah British Empire. Start tahun 1960-an, perang saudara tercetus antara IRA dengan Britain dan para penyokongnya. Banyak jugak filem pasal IRA ni contohnya The Devil's Own (1997) dan 5 Minutes of Heaven (2009).

Nak dijadikan cerita, Martin McGartland (Jim Sturgess) ialah seorang Catholic Irish yang tak menyokong tindakan IRA kerana disifatkan kejam. Tapi beliau tetap setia terhadap Ireland dan takkan mengkhianati negaranya dengan berpihak kepada British.

Walaubagaimanapon, lepas tolong kawan dia yang merupakan pejuang IRA lari dari polis, dia dijemput untuk jadi sukarelawan IRA. Dia pon masuk je walaupon dalam hati tak stuju. Selepas melihat kekejaman IRA dengan mata kepala sendiri, dia celaru.

British pulak minat ngan mamat ni sebab dia well connected dengan society. Mana la tau kot2 buleh korek maklumat pasal IRA sket. Fergus (Ben Kingsley) ialah orang yang dipertanggungjawabkan untuk bawak Martin jadi spy bagi mereka.

Lepas disogok ngan duit dan Honda Civic, Martin pon terima tawaran British. Bahaya betol game yang dia main. Pada masa yang sama, dia dah ada girlfriend yang mengandung, Lara (Nathalie Press). Sekarang tanggungjawab dia makin besar, kena jadi IRA volunteer, British spy, caring husband and dad. Sapa buleh wat suma tu dalam satu masa?? Silap langkah sket dia dan famili buleh mampos dalam keadaan yang sangat mengerikan.

Bila dah kantoi ngan IRA yang dia jadi spy, British lak buleh wat tatau je. Tak nak mengaku yang Martin tu spy dia. Fergus pon bengang la ngan pihak atasan, dia dah layan Martin tu macam anak sendiri. Apa jadi kat Martin dan famili lepas tuh?? Mati ka?? Fergus lak, takkan dia diam je ?? Usha sendiri.. anda akan dapat jawapan sebab apa nama cerita ni 50 Dead Men Walking.

Gua suka cerita ni sebab dari mula sampai habis bahasa yang dituturkan ialah English dengan slang Ireland. Sedap oo dengar, haha.. Tapi orang England takde la slang tu, kasi logik sket. Tak macam cerita lain, cerita pasal perang zaman yunani dulu tapi cakap English. Cakap bahasa Greek la baru dapat feel sebenar.

Emosi yang ditampilkan memang real habis. Jim Sturgess memang handal membawa feel dan mengekspresikan emosi watak yang dibawanya. Mengikut firasat gua, dalam 2-3 tahun lagi dia buleh bawak balik anugerah Academy dengan syarat ada director yang pandai guna bakat mamat nih.

Bukan takat tembak2, kejar sana-sini, tapi aspek2 kekeluargaan jugak tak dilupakan. Kita buleh tengok betapa depressed nya Martin untuk kekalkan keseimbangan keluarga dia bila bini dia dapat tau yang dia kerja ngan IRA. Pastu time dapat anak, Fergus pulak membahayakan diri pi melawat kat spital. Nasib baik tak kantoi.

Gua jugak suka suasana pekan kat Ireland dan tonne kaler yang digunakan Kari Skogland. Mungkin sebab dia pompuan kot, pandai pilih kaler, haha.. Tonne kaler yang gloomy memang menghidupkan mood depression para penduduk kat situ.

Tak lupa kepada Honda Civic dalam cerita nih, memang klasik!! Gua minat gila. Betul2 trigger semangat classic gua yang dok menyorok.

Pasal ketepatan filem ni dengan fakta sejarah, gua malas nak bagi jawapan. Buat la homework sendiri, jangan dok harap orang bagitau je!!!

nukmanometer: 94% (English is best heard in Irish accent)


Wednesday, May 5, 2010

Ip Man 2 (2010)

Pengarah: Wilson Yip
Pelakon: Donnie Yen, Sammo Hung, Lynn Hung, Huang Xiaoming
Genre: Aksi kungfu yang diselitkan dengan sedikit unsur sedih dan komedi
Durasi: 1 jam 49 minit

Pada Hari Buruh yang lalu, gua turun ke Selangor/Kolumpo sebentar melawat empayar mafia gua, apa dah jadi lepas gua handover kepada ketua2 cawangan. Pada petang itu gua dijemput oleh ex-mafia Ampang (sekarang mafia Subang) iaitu Norman Naim lalu dibawak berjumpa dengan mafia Ampang sebenar, Taufiq Aqmal.

Program pada petang itu ialah menjelaskan kepada gua apa kemajuan yang telah dicapai kat sini. Tiada tempat lain yang sesuai untuk menjelaskan kepada gua melainkan panggung wayang. Maka masuklah kami bertiga ke dalam MBO Ampang layan cerita Ip Man 2. Apa barang layan Iron Man 2, tak gangster langsung!

Ip Man 2 ini ialah sekuel kepada Ip Man yang ditayangkan pada 2008. Kali ni setting dia kat Hong Kong yang dalam jajahan British laknatullah. Selepas kena tembak sebab belasah Jeneral Jepun kat China dulu, Ip Man (Donnie Yen) lari ke Hong Kong. Di sana dia pokai takdak duit nak hidup, so atas ihsan member2 lama kat sana, dia pon bukak la Sekolah Kung Fu Wing Chun.

Tapi rupa2nya bukan senang nak bukak Sekolah Kung Fu kat sini, ada pulak rules & regulation yang perlu dipenuhi. Antara rule tersebut ialah Ip Man kena sparring dengan tok2 guru sekolah lain. Orang yang paling kuat membangkang Ip Man ialah otai tok guru kat situ, Hung Chun-Nam (Sammo Hung). Ip Man juga perlu membayar duit perlindungan setiap bulan kepada Hung kalau nak bukak Sekolah Kung Fu Wing Chun, tapi Ip Man tetap tegak takmo bayar.

Pada masa yang sama Hung diupah oleh pihak British melalui Fatso (Kent Cheng aka Fei Mau) untuk menganjurkan satu pertandingan boxing yang disertai Juara Dunia Mr. Twister. Macam biasa, kalau dah nama pon penjajah, mesti la suka kutuk, cemuh, hina, caci, maki-hamun, carut terhadap orang2 cina di Hong Kong, khususnya pada pertandingan boxing tu.

Mr. Twister buat satu offer untuk bertempur dengannya terhadap orang cina yang tak puas hati. Hung yang dah panas membara gila babi pon sahut cabaran itu lalu bertempur dengan mamat omputih tersebut. Hung yang dah tua bertempur ngan Mr. Twister aka Syaitan Barat yang muscular dan kahaq, apa yang lu expect?? Mati tergolek Hung atas gelanggang kena tinju dengan si Syaitan Barat tuh. Ip Man pon emo tengok Hung mati katak kena lanyak.

Kecoh satu Hong Kong dengan berita tu, omputeh habis kena bantai dengan media sebab fight itu hari tak fair. Demi nak membersihkan nama, Syaitan Barat wat satu lagi offer untuk bergasak ngan dia. Ip Man pon apa lagi, laju je dia sambut offer tu. "Jeneral Jepun pon gua buleh lanyak selamber je, omputeh ni tarak hal la," bisik hati kecil Ip Man dengan penuh yakin.

So berentap la kedua2 insan ini. Ip Man dengan Tinju Peluru Supersonik nya (sila rujuk komik Pendekar Laut) manakala Twister dengan tinju barat nya. Lepas tu lu buleh bayangkan sendiri ending, malas gua nak cerita. Cuma gua nak bagitau Bruce Lee ada time ending.

Habis cerita, kami bertiga kuar cari makanan. Sambil2 makan ada la jugak sembang pasal Ip Man 2 tadi. Taufiq Aqmal dan gua mendapati sinematografi filem ini agak menarik, ditambah lagi dengan suasana Hong Kong pada zaman dulu, perghhh... Setting pekan Hong Kong tu sangat menarik sehingga kan guna kamera angle mana pon tarak hal, hasil dia musti superb.

Bini Ip Man dalam cerita tu tetap cun walaupon tengah mengandung. Memang daya tarikan dia ni gua susah nak neutralize, haha.. Jeles jugak la gua terhadap Ip Man. Aksi2 dalam filem ni pon not bad, tak buleh lawan yang 1st tapi still okay la bagi gua.

Ada jugak perkara yang gua tak puas hati. Fesyen yang ditampilkan oleh watak macam tak kena ngan zaman nya. Ada pulak snow cap yang macam zaman skang tuh, haha.. Pastu t-shirt yang watak2 sampingan pakai pon nampak sangat kemodenannya. Ini buleh menghilangkan mood zaman dulu yang diterapkan dengan baik melalui setting pekan Hong Kong yang gua puji tadi.

Lakonan orang putih dalam cerita ni buleh bawak stroke kat otak gua. Lakonan tak jadi langsung, cakap pon dah macam orang baca berita kat tv, WTF?? Lakonan mereke kosong tiada emosi. Ntah omputeh mana la pengarah ni ambik. Pelakon2 cina okay je, tak la nampak sangat tak reti berlakon. Lagi satu, tok guru kung fu seperti Ip Man pon tak terlepas dari isap rokok, haha.. Gua buleh terima kalau orang2 biasa isap rokok, tapi ni Ip Man kot!!! Tok guru kung fu termahsyur seluruh dunia, mengamalkan hidup tak sehat dengan menghisap rokok.. Fucking ironic.

Kalau nak bandingkan dengan Ip Man yang 1st, Ip Man 2 ni kurang menyengat la. Tapi tu dah jadi lumrah dunia filem, sekuel lagi best dari yang 1st cuma ada sikit je dalam dunia, The Godfather Part II salah satu daripada puak tersebut. SO, Ip Man 2 ni masih buleh kome sume layan di panggung berhampiran. AdioS~~

nukmanometer: 69.9% (adegan tinju peluru supersonik xbyk sgt)