Thursday, January 27, 2011

Dragon Ball Melayu (2011)

Pengarah: Zaid Fadli Mohd Nizam
Pelakon: Anak-anak Nizam -> Zaid, Harith, Muhaimin, Wafiy
Genre: Filem pendek yang penuh aksi + Sci-fi dengan dialog yang minimum
Durasi: 18 minit 37 saat

Kalau sebut pasal Son Goku dan Dragon Ball (DB), gua pasti seluruh manusia ni permukaan planet ini tau. Time skolah rendah dulu fenomena DB memang berleluasa. Segala topik perbualan mesti berkait dengan DB, silap sket je fakta, buleh bawak gaduh.

Gua ngan adik gua Zaid memang obses gila babi dengan DB, asal melukis je mesti jadi muka Goku, Bezita dan kaum kerabat mereka. Tapi adik gua punya obsession da sampai ke tahap extreme. Sampai dia shoot filem pendek berdasarkan adegan lawan2 dalam DB.

Filem pendek ini dirakam ketika cuti sekolah. Pelakon yang laki suma adik2 gua dan sorang pompuan tu sepupu gua. Lokasi shooting adalah di belakang rumah tok gua. Semua CGI yang ada dalam video di bawah ni suma dibuat oleh adik gua pakai software apa ntah.

Bajet filem ni hanya lah bil letrik yang perlu dibayar dek penggunaan laptop yang extreme di rumah tok gua. Tak lama lagi ada filem melayu yang berjudul Haq akan kuar di pawagam. CGI dia lebih kurang video kat bawah je. Kalau director kata bajet CGI berjuta ringgit, dia tipu. Haha.

Apapun, selamat menonton filem pendek ini. (Klik play kat video di bawah)



Saturday, January 8, 2011

The King of Comedy (1983)

Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Robert DeNiro, Jerry Lewis, Sandra Bernhard
Genre: Drama, Komedi Gelap
Durasi: 1 jam 49 minit

Sewaktu ulasan ini ditulis, Raja Lawak Musim Ke-5 (gua tak pasti musim berapa) baru start diudarakan di Tanah Melayu melalui saluran berbayar Astro. Bersempena dengan itulah gua ingin mengetengahkan satu muvi omputih berjudul sama kalau dialih bahasa dari perkataan English nya 'The King of Comedy'.

Kalau program Raja Lawak kat Malaya start selepas milenia kedua, kat negara omputih da lama da start, sablom Kurt Cobain buat lawak tembak kepala sendiri lagi. Tapi bukan la rancangan realiti macam Raja Lawak ni, depa lebih kepada stand-up comedy (macam Russel Peters tu).

Cukup takat situ, gua bukannya nak bandingkan Raja Lawak Melayu ngan Omputih, gua ada muvi yang perlu diulas. Kalau sebut The King of Comedy kepada budak2 yang sebaya gua, mesti ramai kata tu cerita Stephen Chow, memang betul, tapi apa yang gua bakal ulas kat sini adalah muvi arahan pengarah feberet gua. Sapa lagi kalau bukan si pakcik italiano Martin Scorsese.

Menampilkan Robert De Niro sebagai pak lawak yang desperate nak naik dan Jerry Lewis sebagai Raja Lawak ketika itu, perjalanan muvi nih memang paradoxial dengan tajuk dia. Tak lawak mana pon cerita dia. Apatah lagi De Niro yang sinonim dengan watak mafia yang kahaq gila babi berlakon jadi pak lawak (zaman skang je De Niro belakon lawak, zaman dulu tak).

Tema besar filem ialah desperation untuk menjadi Raja Lawak mengatasi segalanya. Tema tersebut diolah dengan baik dengan persoalan2 seperti kehidupan seharian seorang bintang, stalker & obsession, keseriusan seorang pelawak, berfikir di luar kotak secara agresif, impress perempuan idaman dan persepsi seorang bintang terhadap rakyat biasa. Yup, berdasarkan tema dan persoalan ini lu buleh tau ini bukan cerita lawak. Sapa yang nak tengok lawak bodoh sila bukak Astro cari cerita yang Prof Madya tu buat.

Tulang belakang kepada cerita ini adalah berkenaan keinginan (ataupon keperluan?) seorang orang kebanyakan (penganggur la senang cita) Rupert Pupkin (Robert De Niro) untuk muncul bersama dengan idolanya The King of Comedy-Jerry Langford (Jerry Lewis) dalam show milik Jerry.

Persoalan timbul satu demi satu mengikut aliran plot. Bukan senang beb bagi orang biasa yang takde kredibiliti nak jumpa dengan Raja Lawak Amereka, apatah lagi nak masuk dalam show depa. So Rupert ni kenalah plan macam mana nak create peluang agar dia buleh jumpa dengan Jerry and enough to make an impression. Plan dia mudah, collaborate dengan stalker tegar Jerry iaitu Masha (Sarah Bernhard).

Okay, plan awal jumpa Jerry berjaya. Nak convince Jerry agar dapat masuk dalam show lagi satu hal. Jerry memang tak berminat nak invite mamat ntah sapa2 masuk dalam show dia walaupon si Rupert ni memang berbakat dan well prepared dari segi material dia. Di sini Scorsese berjaya menggambarkan pandangan hina seorang bintang (Jerry) kepada orang biasa (Rupert) dengan berkesan.

Berkali2 Rupert mai opis Jerry bawak material nak audition, kena tunggu berjam2 dan kena halau dengan pak gad, Rupert masih berfikiran positif. Takde satu pon perasaan dendam dan benci terhadap Jerry. Kalau ikutkan kebiasaan watak De Niro salu pegang, da lama Jerry ni kena tembak, tak pon kena tinju separuh mati, haha..

Apabila desperation untuk jadi Raja Lawak lagi tinggi daripada admiration terhadap idola, Rupert rancang satu plan extreme yang membulehkan dia muncul di kaca televisyen dalam show Jerry - dengan menculik Jerry dan letakkan dia jadi tebusan. Memang macho wa cakap lu! Lepak je dia tepon FBI kasi reserve satu seat kat dalam show Raja Lawak tuh. Mula2 reaksi gua macam orang2 lain, whattaffuck main culik2 orang nih. Kena tembak tak pasal je nanti. Tapi bila tengok sampai habis, eh betulla apa yang dia wat. Nak tau dia dapat tak title Raja Lawak tu lu kena la usha cerita nih.

Oleh kerana Martin Scorsese yang wat muvi nih, maka terdapatlah scene2 yang anda perlu interpret sendiri. Ada scene realiti dan ada juga scene fantasy Rupert. Ending dia pon entah realiti entah fantasy, tu gua pon tatau.

Gua ada wat analysis secara kecil-kecilan pasai apa Rupert ni desperate nak masuk dunia showbiz. Pertama, dia rasa dia seorang loser. Masih duduk ngan mak walaupon da 30-an, tak berani nak tegur awek time kolej dulu, menganggur. Kedua, trend. Zaman tu stand-up comedy memang femes. Dan dia sedar dia ada bakat lawak, material lawak dia bukan main2, 1st class honour punya.

So dari situ dia dapat confidence. Dia nak respect daripada orang ramai yang selama ni tiada. Lagipon dia da janji dengan awek bartender yang dia minat tuh. There is no turning back for Rupert. Di dalam dunia capitalists, dia perlu jadi opportunist.

Gua nak ingatkan cerita ni ditayang pada tahun 1983 tapi isu2 yang dibangkitkan masih relevan sampai skang. Isu2 pasal showbiz, stalker, desperate nak popular, ego seorang artist suma ada dirangkumkan. Moralnya, bukan senang nak masuk dalam showbiz, macam2 nak kena korbankan. Kalau ikut cerita ni, 1 nyawa hampir dikorbankan. Ni tidak, baru je masuk terus target RM40juta (oppss).

Downside dia terletak kat OST. Soundtrack apa pakcik Scorsese pakai gua tatau dan tak ingat macam mana music dia. Memang tak lekat dalam kepala gua, tak macam Taxi Driver dulu.

Ada satu quote dalam muvi ni yang gua suka "better to be king for a night, than schmuck for a lifetime". Rupert cakap mengenai rasional tindakan dia menculik Jerry sebagai tebusan agar dapat peluang masuk dunia showbiz. Berbaloi atau tak itu kena tanya Amy Search.

Gua teliti muvi ni secara serius, realiti yang dia bawak memang menakutkan. Another masterpiece from Scorsese.

nukmanometer: 89% (Nabil, Johan dan Zizan, lu olang wajib usha muvi nih!!)