Saturday, April 23, 2011

How to Get an Oscar Nomination


Gua tau gua dah lewat 2 bulan untuk post entry pasal Oscar. Tapi gua peduli hapa, buah pikiran misti dikongsi.

Anda suma mesti pernah terdetik dalam minda at least skali, awat muvi2 pelik yang anda tak penah tengok selalu je dapat award macam2. Cannes, Venice, Toronto, Sundance, Golden Globe, BAFTA dan Academy suma dia sapu, walhal muvi yang anda minat gila babi tak menang apa2, nomination pon tarak.

Kat sini gua nak bagi tips macam mana nak dapatkan nomination. Sungguhpun ayat gua di sini kedengaran sangat angkuh dan takbur, tapi percayalah, ianya benar2 belaka. So, directors, please take note.

Running-Time
Berdasarkan gua punya observation, muvi2 yang SELALU dapat nomination dan menang award ialah muvi yang mempunyai running-time yang panjang. Panjang di sini bermaksud 2 jam ke atas. Kalau takat sejam suku je muvi lu, memang susah sket la der.

Contoh yang gua buleh bagi kat sini ialah The Godfather Part II (3 jam 20 minit), Once Upon a Time in America (3 jam 49 minit) dan The Lord of the Ring: The Return of the King (3 jam 21 minit). Gua syak panel2 award ni tengok muvi atas kerusi urut. Lagi lama muvi, lagi lama dapat urut.

Theme
Theme atau tema bagi suatu muvi adalah part paling penting dalam penceritaan. Kalu tema ntah apa2, ntah apa2 la muvi lu nanti. Ada dua jenis tema je yang selalu dapat nomination, 1st tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang kita salu anggap tak penting. Lu tak caya? Lu try usha cerita orang gagap trening kasi lancar sket bercakap. Menang Best Picture tahun ni. Gua bet kalau lu buleh buat muvi pasal macam mana nak cucuh rokok secara berkesan selama 2 jam setengah, lu mesti dapat at least satu nomination. Tak payah la susah2 nak buat muvi pasal banjir satu dunia, 2 puak robot bergaduh, orang berpakaian besi terbang sana-sini. Forget about those shit. People like to watch something related to them. Gua punya suggestion, buat muvi pasal kehidupan seharian seorang engineer. Gua rasa takde orang buat lagi nih.

2nd, ialah tema yang extreme gila babi yang orang tak pernah buat. Kalau gua, contoh muvi yang memenuhi kriteria ini ialah The Matrix (1999), 2001: A Space Odyssey (1968), Avatar (2009), dan Inception (2010). Tema yang depa ni pakai memang original dan unconventional.

2001: A Space Odyssey was made in 1968

Script
Script dan theme memang berkait rapat. Gua tak reti nak explain pasal benda alah ni. Gua rekemen lu tengok cerita Quentin Tarantino seperti Resevoir Dogs (1992), Pulp Fiction (1994), Jackie Brown (1997) dan Inglorious Basterds (2009). Lepas tengok gua gerenti lu paham segala apa yang gua nak tulis kat sini.

Cast
Dok sembang pasal filem, takkan tak sembang pasal pelakon, ye dok? Panel2 award suka tengok pelakon yang bersungguh dengan character yang dia lakonkan. Gua bagi contoh, dalam cerita Raging Bull (1980) arahan Martin Scorsese, Robert De Niro telah menaikkan berat badan dia sebanyak 33kg semata2 untuk berlakon dalam scene yang durasinya beberapa minit sahaja. Tahun tu dia dapat Best Actor dalam Oscar. Jauh beza dengan Cinta Kolestrol, ntah apa2 la prop Erra Fazira pakai, hak tuih. Contoh yang paling extreme yang gua buleh bagi ialah dalam cerita The Deer Hunter (1978). Masa shooting scene Russian Roulette, Robert De Niro request kat director agar pistol yang digunakan diisi dengan peluru. Ini suma demi keberkesanan lakonan katanya, method acting De Niro ni memang dah tahap dewa. $%@%%$^#@$*

Belakang tu Ho Chi Minh kot



Christian Bale punya transform dalam The Machinist (2004)

Score
Untuk membuat filem anda memorable, sound-track memainkan peranan yang sangat penting. Jika anda dapat memberikan kesinambungan sempurna antara music dan scene, anda otai. Antara filem2 yang gua paling ingat dia punya OST ialah Braveheart (1995), Titanic (1997), Once Upon a Time in America (1984) , Taxi Driver (1976) dan The Godfather (1972). Especially The Godfather, sampai lagu "Speak Softly Love" menjadi ringtone henpon gua.


Gua hanya buleh explain 5 kriteria itu saja. Kriteria lain yang technical seperti Editing, Mixing dan blablabla gua tak reti nak explain. Perlu diingatkan bahawa award is not everything. As long as you entertain and educate people with your movie, it's enough. Itu saja kot gua nak tulis. Chalo!

P/s: Gua baru bukak twitter. Folo la gua http://twitter.com/#!/nnukmann

0 xpuashati: