Monday, December 13, 2010

Scarface (1983)

Pengarah: Brian DePalma
Pelakon: Al Pacino, Steven Bauer, Michelle Pfeiffer, Robert Loggia
Genre: Pertelingkahan kartel2 dadah di Amareka Utara dan Selatan
Durasi: 2 jam 50 minit

1st entry gua dalam blog ini adalah muvi mafia terhebat era 90-an iaitu Goodfellas (1990). Kali ni gua nak ulas pasal muvi jenayah terulung era 80-an. Muvi yang bertajuk MukaParut ini ditulis oleh si genius Oliver Stone, diarah oleh pengarah yang femes dengan genre jenayah Brian DePalma dan dibintangi oleh ikon mafia Al Pacino.

Muvi ini berkisarkan tentang perjalanan pendatang Cuba yang bernama Tony Montana (Al Pacino) dan Manny Rivera (Steven Bauer) mencuba nasib di bumi bertuah Amareka (Miami untuk lebih tepat) semasa peristiwa Mariel Boatlift pada tahun 1980.

Tony yang dah bosan dengan dasar komunis Cuba memasang impian yang agak tinggi semasa datang ke Amareka - jadi Raja Dadah yang terkaya dan terhebat (mungkin sebab MLM takde lagi time tuh). Bukan macam budak2 zaman skang, nak jadi artis je.

Macam biasa, lepas sampai Amareka, kena la start dari bawah. Mula2 depa jadi pembantu kat warung, pastu Tony dah tak bley blah kerja kat warung, terima offer pick-up dadah kat kartel Colombia. Misi berjaya tapi with high price la. Tengok member kena potong dengan chainsaw, kena seksa dan tembak2, memang kahaq mamat Tony ni.

Dari situ otai2 gangster Miami kenal sapa Tony dan Manny ni dan terus pelawa depa kerja walaupon takde resume dan kaver letter. Tak payah susah2 nak interview berstage2, terus dapat kerja.

Tapi ada satu problem. Tony punya visi & misi lagi advance dari bos dia Frank Lopez (Robert Loggia). Dia nampak bos dia berfikiran cetek dan takde potensi untuk maju ke depan. Tambahan pulak si Tony ni minat kat awek bos dia, Elvira Hancock (Michelle Pfeiffer). Baru masuk kerja da cari pasal, memang kahaq.

Kedudukan Tony dalam kartel semakin kuat dek deal kokain dia dengan kartel kat Colombia. Dia dah berani tekel Elvira terang-terangan, melawan cakap bos, lagi2 dia ada kawan baik dia iaitu Manny. Bos dia Frank dah tak senang duduk, terus upah orang nak bunuh Tony tapi kantoi.

Dipendekkan cerita, Tony berjaya amik alih kedudukan Frank. Tapi dia menjadi semakin paranoid dan atas sikap dia tu lah zaman kejatuhan dia bermula. Malas ah gua nak tulis sendiri masalah2 yang jadi, dekat 3 jam kot cerita ni.

Watak Tony Montana antara watak yang paling popular dalam dunia perfileman. Yela, tengok la sapa yang bawak, Al Pacino. Gua paling minat dengan slang Cuban English yang dia tampilkan. Bibir belah bawah mesti muncung bila bertutur, sebijik macam Carlo Ancelotti. Kata2 carutan juga agak penuh dari awal sampai la ke penghujung cerita.

Quote seperti "Say hello to my little friend," dan "I always tell the truth, even when I lie," menjadi ikutan lagi2 dalam bilik tidur, haha. Dah dapat status pop-culture dah, seronok penulis script dia.

Watak Elvira dimainkan dengan baik oleh Michelle Pfeiffer yang cun gila babi. Kalau tak salah gua, minah baru je berjinak2 dalam dunia perfileman ketika itu. Character Elvira ni memang kaki kikis typical - cantik, dingin, blonde, curang dengan boyfriend. Agak similar dengan watak yang Sharon Stone pegang dalam muvi Casino (1995).

Antara element (selain jenayah) yang disentuh dalam penceritaan ialah kekeluargaan, persahabatan, kesetiaan. Setelah kaya-raya, Tony cuba membantu famili dia dengan bagi duit tapi ditolak bulat2 oleh mak dia yang tau duit tu hasil daripada berniaga dadah (Tony ni anak soleh kot). Pastu sahabat baik dia Manny minat kat adik perempuan Tony, padahal Manny da terima amaran keras dari Tony. Berbelit jugak konflik, dah macam sinetron. Tapi main idea adalah berkenaan jenayah dan dadah.

Kepada sesapa yang nak tengok, sila jangan tengok dengan budak2 kecik. Nanti depa terikut2. Kang ada yang start enjin chainsaw potong badan anak jiran, susah jugak nak menjawab. Pastu nanti anak2/adik2 lu orang tau pakai f-word. Tiap2 hari kat rumah nak mencarut, sakit gak telinga lu nanti.

Sangat tidak keterlaluan kalau gua kata dalam genre jenayah hanya ada 3 muvi je yang mampu mengatasi aura cerita MukaParut ni (ya, gua mungken bias). 3 muvi tu paham2 sendiri la, takkan tatau kot. Kalau cerita ni ada nama lain, mungkin ia bernama How to Setup Profitable Illegal Drug Business.

nukmanometer: 95.8% (Watak Manny Rivera skang digunakan dalam kartun El-Tigre di TV9)