Saturday, February 26, 2011

True Grit (2010)

Pengarah: Joel & Ethan Coen
Pelakon: Jeff Bridges, Hailee Steinfeld, Matt Damon, Josh Brolin
Genre: Western, Comedy
Durasi: 1 jam 50 minit

Salam. Gua sebenarnya ada masalah dengan adik-beradik Coen. Gua tak paham dan tak reti nak mentafsirkan nas-nas yang hendak disampaikan dalam filem2 mereka sablom ini. Antara filem2 mereka yang gua tak paham ialah No Country For Old Men (2007) dan Burn After Reading (2008). Tapi memandangkan ramai pengkritik filem respek mereka ini, gua pon give them a shot lah, usha kat wayang Cathay. Takkan nak surrender sablom tengok kan, tak lelaki lah camtu.

Filem ini adalah remake dari filem classic (tajuk sama) lakonan actor koboi dalam lagenda, Incek John Wayne (tokwan kepada Bruce Wayne) yang diadaptasi daripada novel (tajuk sama). Tapi mengikut Coen Bro, depa buat cerita ni lagi persis mengikut novel berbanding filem tahun 1969 itu.

Sinopsis filem ini sangatlah simple. Ada sorang budak perempuan berusia 14 tahun bernama Mattie Ross (Hailee Steinfeld) mahu menuntut bela atas kematian bapaknya yang dibunuh oleh seorang penyamun bangsat, Tom Chaney (Josh Brolin). Oleh kerana dia sadar akan kemampuan dirinya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan pembunuh itu, dia pon mengupah seorang US Marshall, Rooster Cogburn (Jeff Bridges) yang dikatakan hati kering dan hebat. Dalam masa yang sama, pembunuh itu jugak dicari oleh seorang Ranger dari Texas, LaBoeuf (Matt Damon) atas kesalahahan membunuh gabenor bersama anjingnya. Maka bermulalah satu pengembaraan penuh dugaan antara mereka bertiga.

Pada pendapat gua, tema yang ditekankan dalam filem ini adalah kecekalan seorang budak perempuan untuk menuntut keadilan bagi arwah bapaknya. Sebab apa dia cekal? Sebab ada satu perasaan tanggungjawab yang pekat mengalir dalam dirinya, mengalahkan lelaki pada zaman itu.

Kalau dilihat pada zaman koboi, status sangat memainkan peranan penting dalam sistem sosial ketika itu. Bukan status single, married, in relationship dan haram jadah yang lain, tapi status seperti kedudukan gender, bangsa, seniority, harta dan pangkat. Cuba lu bayangkan ada sorang budak perempuan form 2 ugut lu suruh beli barang yang dia jual, bertekak dengan lu agar ikut cara dia, membebel dan macam2 lagi. Kalau zaman skang yang kedudukan gender tak lagi menjadi aspek utama, bayangkan pada zaman dulu, zaman koboi terutamanya.

Memandangkan status dia sebagai perempuan yang masih budak2 lagi, Mattie menggunakan harta peninggalan bapaknya sebagai bargaining chip. So orang lain dah tak tengok status gender nya malah terus tengok status hartanya. Ditambah dengan kedegilan dan kata2 yang pedas serta berani, kebanyakan orang mengambil serius apa yang dia kata. Walaubagaimanapun, Mattie masih dianggap budak2. Ini dapat dilihat dalam scene di mana dia dipukul oleh LaBoeuf kerana melawan cakap dan ketegaq (degil).

Watak Mattie Ross ni sangat kahaq (bukan main2, gila babi punya kahaq). Mental dan fizikal dia sangat kahaq. Bapak baru mati, setitik air mata pon tak keluar dari mata dia. Masa scene seberang sungai, selamba je si Mattie ni seberang pakai kuda. Badan kuda dan Mattie dah tenggelam habis, nasib baik kuda tu buleh berenang je, kalu tak Mattie akan jadi mati.

Selain gender dan umur, diskriminasi kaum jugak ditunjukkan secara sangat ikhlas dalam True Grit. Perbezaan antara kaum kulit putih dan red indian boleh diumpamakan seperti manusia dengan binatang. Eh silap, kaum red indian diumpamakan lebih rendah dari binatang di mana mereka buleh disepak2 tanpa buleh melawan. Dalam wayang memang suma orang gelak dalam scene ini, tapi kalu red indian ada sebelah anda, diam2 sudey. Kang tak pasal2 perut anda robek. Ah, hampir terlupa, walaupon sama2 omputih, depa jugak bergaduh pasal tempat asal. Contoh di sini ialah Cogburn dari Arkansas dan LaBoeuf dari Texas.

Apa yang buleh gua extract lagi ialah pasal Coen Bros punya trademark. Setiap filem yang depa buat mesti dialog banyak gila bagai bulu roma orang arab. Ada dialog yang mempunyai isi penting, ada yang dialog kosong menampakkan cerita lagi natural. Tapi watak Cogburn ni memang melampau dia punya berbual. Sepanjang pengembaraan tak habis2 dengar suara dia membebel. Nasib baik gua suka loghat southern dia. Gua syak lepas tengok filem ni Quentin Tarantino terasa terancam pastu nak buat filem yang lagi banyak sembang.

Lagi satu trademark Coen Bros ialah comedy kasaq. Macam scene rasict yang gua huraikan tadi. Nampak lawak tapi sangat2 offensive. Nasib baik orang red indian yang kena sepak, kalu orang melayu yang kena sepak mesti da tak buleh tayang kat Malaysia.

Kalu tengok dari aspek teknikal, gua rate filem ini agak tinggi. Cinematography yang diolah sangat2 bersinambungan dengan suasana landscape zaman koboi. Tipikal cerita koboi mesti dekat kawasan padang pasir atau pon padang rumput yang kering. Tapi True Grit ada suma tu ditambah dengan kawasan hutan dan salji. Gua tatau depa shooting kat mana tapi film setting memang style.

Awal2 cerita lagi penonton dijamu dengan shot2 cantik seperti ada orang menunggan kuda secara slow motion sambil ada benih2 rumput terbang. Gua tak reti nak gambarkan dengan perkataan, lu tengok lah sendiri. Shot di akhir filem tak kurang hebatnya. Gua suka pokok yang tiada daun bersebelahan dengan kubur, dua2 di atas bukit kecik, sangat harmoni dilihat oleh seseorang yang dalam hatinya ada taman. It is best to end the film with that scene.

Pasal lakonan pulak, pemenang Academy tahun lepas Jeff Bridges memang hebat. Dengan loghat southern yang sangat menjadi, what more can you ask? Malas gua nak ulas panjang2 sebab suma orang da tau Jeff punya keupayaan.

Gua nak ulas pasal lakonan Hailee Steinfeld yang memegang watak Mattie Ross. Dia bukanlah pelakon Hollywood yang regularly berlakon. Dia dapat bawak watak ni pon lepas dia beat 15,000 peserta lain dalam audition mencari pelakon watak Mattie Ross. Gua betul2 dapat merasai kecekalan dan keazaaman Mattie Ross sebab Hailee ni pandai bawak. Bukan macam budak2 skang, nak jadi girlfriend Edward Cullen je. Hak tuih! Adik Hailee ni jugak dicalonkan sebagai Best Supporting Actress dalam Academy Awards yang akan dilangsungkan pada hari lahir gua ini.

Secara keseluruhan, gua dapat rasakan mengapa Coen Bros ini direspek ramai orang, haha (baru nak sedar).. On the surface, True Grit is very enjoyable to watch, buleh gelak2 apa suma. Part sedih pon ada, kira seimbang la. But if you see deep down, you'll be surprised because you are seeing a documentary about one helpless kid trying to survive in the brutal western world.

Simple dan ringkas, itulah ramuan ajaib kalu nak masuk Academy Awards. Tak perlu cerita pasal dunia nak kiamat, bom nuklear, terrorist, US President nak kena culik, 2 puak robot bertelagah, dan lain2. Kalu lu buleh buat cerita 2 jam setengah tentang macam mana nak cucuh rokok, gua pasti lu akan dapat pencalonan.

nukmanometer: 92% (apahal gua asik rebiu muvi best2 je nih?Haih~)

3 xpuashati:

meen said...

aiseh nyesal x tgk muvi ni mggu lps.
ha, pasni try review muvi mlayu lak.
muvi tamil pon leh selit skali.
hoho!

keep it up~

Mohd Khusairi Mat Akhir said...

tolong review multiple sarcasm. boleh tahan. kasi naik sikit.

nukman said...

Meen: Muvi melayu lmbat sket gua review,dlm perancangan.

Ayie: Akan diusahakan..