Friday, August 19, 2011

Kalau Depa Direct, Gua Mesti Tengok Part I

It's been a while since my last entry. About 3 months. Bukan gua takmau tulis, let's just say I lost my motivation in writing within that period (babi, poyo gila ayat nih!). Okay, cukup la mengarut sket2, let's got straight to business.

Kalu tengok tajuk entry gua kali nih, lu olang mesti dah paham kan apa yang gua nak bagitau. Entry ni pasal film director yang bila depa buat muvi, gua mesti tengok tak kira la muvi jenis apa pon. Horror ke, action ke, parody ke, thriller ke, cowboy ke, animasi ke, porno ke (ada ke?), gua misti berusaha jugak nak tengok.

Tapi sablom proceed membaca artikel ini, biaq gua nak ingatkan semua orang. Ini bukanlah ranking top director atau segala jadah yang sama waktu dengannya. Ini hanyalah list pengarah kegemaran gua yang kalu depa kuar muvi baru, gua mesti mau tengok punya.

1. Martin Scorsese
Ni gambaq masa muda2

What's in his movies that makes me a die-hard follower? Well, it takes a book if I want to explain in details why I love his movies. So gua tulis sket2 je la ye. Gua suka muvi dia pasai muvi dia sangat ilmiah, unpredictable, intense, ending yang macam celaka, sangat ikhlas, wide range of genres, unconventional and mempunyai meticulous setting.

Semua muvi yang Marty ni buat adalah sangat ilmiah. Bukan sekadar hiburan atau alat mencari duit semata-mata seperti Professor You Know Who, Ahmad Idham dan David Teo. For example, if you look at Taxi Driver (1976), it was the first film that incorporated post-Vietnam War depression. Bukan time perang je askar stress, lepas perang lagi stress sebab tak buleh bunuh orang dah (ok, tu over). Dan tak melampau jika gua katakan filem itu buleh dijadikan rujukan kepada para psychiatrist/shrink muda untuk tujuan pembelajaran.

"Butuh la lu Nukman! Ilmiah sangat nih, camna nak terhibur??" Well, it depends on how far you're willing extent your entertainment definition. Bagi gua, if you want to entertain me, gimme something that I don't know. And Marty gave me that. Itu definisi hiburan bagi gua. Kalu nak tengok bangunan letup2, kereta drift sana-sini pastu tukar jadi robot, pontianak jambu, atau serigala jadian taff, jangan tengok filem2 Marty. Memang takdak! Itu bukan jenis hiburan yang dia tawarkan. Lagi satu, ending dia kebanyakan muvi dia memang celaka. Kita kena interpret sendiri. Baru la bila kuar wayang, pikiran kita masih ada kat muvi dia, mencari jawapan.

Filem dia sangat ikhlas. Sebut camni ja mana la orang nak paham kan, haha. Gua bagi contoh, Goodfellas (1990), muvi ni pasal kisah sebenar sorang mafia yang bernama Henry Hill. Segala benda jahat yang Henry ni buat Marty letak dalam muvi. Bunuh orang, hisap dadah, rompak dan segala jadah jenayah la, semua dia tunjuk tanpa tapisan. Macam mana depa tanam mayat, macam mana depa peras ugut, macam mana nak rasuah, dah macam muvi "Cara-cara berjenayah" dah. And yet, the real Henry Hill is still alive. Marty peduli apa Henry ni kisah ke tak dia tunjuk jenayah lampaunya, janji dia tunjuk kat audience apa yang sebenarnya jadi, no need to hold back.

And come this part, the setting. Setting untuk filem2 Marty adalah sangat detail. Dari baju, kereta, bangunan, rokok, talipon, pisau butter, stokin, kipas siling, sumanya diambil kira. Gua sebagai orang lama, memang suka tengok cerita Marty tahun 70-an dan 80-an. Gua suka tengok macam mana New York zaman tuh. Gua dapat appreciate betapa stylo nya orang2 zaman dulu melalui filem2 Marty.

Tahun ni kalu tak silap filem baru Mary yang bernama Hugo Cabaret will be released on November. Cerita pasal pengembaraan budak2, macam Narnia kot. Tak pernah2 dia buat cerita style ni, out of the blue, walaa. Sablom ni kebanyakan muvi dia ada kena mengena dengan mob, so muvi Hugo ni membuatkan gua jadi lebih sceptic. Tapi, walau apa pon jadi, gua akan tetap usha.

Ni gambaq skang

Fak, gua rasa tak cukup lagi la explanation.

2. Christopher Nolan

Gua bukan abang Kevin Nolan ye

Dikalangan pengarah2 muda, mamat ni adalah antara yang paling berjaya. Lu tak penah tengok The Dark Knight (2008)? Lu tak penah tengok Inception (2010)? Lu gila ka apa?

Christopher Nolan bagi gua, adalah the master of twist. Bukan kaki putar belit macam Malaysian politician ya, tapi kaki putar belit plot. Gua start kenal mamat nih bila usha Memento (2000), cerita yang start dengan ending, tamat dengan intro. Dan twist dia ada dekat intro, memang holyfuck la time tuh. It's not easy to make unconventional movie with a plot like that. Somebody has to test his IQ, I think he can outdo Einstein.

His latest movie, Inception, was a big hit. Not only to audience, but to the critics as well. Gua dah review pasal Inception dan malas nak tulis kat sini. Skang kita perlu tengok ke depan, tahun depan. The Dark Knight Rises bakal ditayang di pawagan musim panas depan. Tapi tahun ni gua dah excited.

Walaubagaimanapun, untuk betol2 mencapai orgasm tengok muvi Nolan, kita tak buleh tengok muvi dia yang blockbuster. Kena tengok muvi2 dia yang kecik sebab dia ada full-control untuk muvi2 sebegitu. I'm looking forward for him to make another small but a mindfucking movie. I need another Memento!!

Okay, gua nak pi siap2 bukak posa.. nanti2 ah gua sambung list nih.

to be continued in Part II............

Monday, May 16, 2011

500 Days of Summer (2009)

Pengarah: Marc Webb
Pelakon: Joseph Gordon-Levitt (JGL), Zooey Deschanel
Genre: Kisah cinta yang ikhlas tapi sangat kejam!
Durasi: 1 jam 35 minit

Gua baru selesai membedal pengat pisang panas buatan tangan Opah gua, now let's get into business. Sablom ni gua ulas pasal muvi yang Zooey Deschanel berlakon, entry kali ni pon gua nak ulas pasal muvi yang dia berlakon jugak. Lu tak puas hati ke apa ke gua tak peduli. Tu lu punya pasal. (Gila apa tak puas hati? Zooey hot kooottt~~~)

Gua tengok balik entry2 before this, baru 1 je genre romantic comedy (Yes Man), so gua kena start cari benih2 ngan baja buat taman dalam hati. This is one of the way.

I watched this movie back in 2009. That was during my final year in university. Gua hanya mampu usha skali je muvi ni, tak mampu nak tengok banyak2 kali walaupon my crush Zooey Deschanel was there. Well, I think it's not just me, most of the guys will never watch this movie again. Stay with me and I'll show you why.

Sinopsis muvi ni simple. A boy meets a girl. The boy loses the girl. The boy couldn't cope it positively at first. The boy meets another girl. End of story. Okay, that was simplified version. It may be sound like typical romantic movie but believe me, it ain't!!

The simplified version is not helping? I think I have to elaborate the plot a little bit. Give you the clearer picture. Orait, here we go. Somewhere in the beginning of the movie, ada sorang narrator quote ayat nih, "this is a story when a boy meets girl. The boy, Tom Hansen, grew up believing that he never truly be happy until the day he met the one. The girl, Summer Finn did not share this belief. You should know upfront, this is not a love story".

Narrator bagi peringatan that this movie is not a love story, it is a story about love. Bukan cerita cinta typical, but a documentary about love based on these two people. Tom Hansen (JGL) merupakan seorang graduate dalam bidang architecture tapi bekerja kat sebuah kampeni kad ucapan sebagai penulis. Memang lari bidang habis la (macam gua jugak, haha). Pada suatu hari ada sorang pekerja baru masuk, nama dia Summer Finn (Zooey Deschanel). Summer ni cute dan hot, seorang jejaka biasa seperti Tom hanya mampu mengidam je.

Dipendekkan cerita, Tom dan Summer menjadi rapat selepas karaoke party anjuran opis tempat mereka bekerja. You guys should watch how they got closer. The party night scene, the elevator scene and the photocopy machine scene. Pretty adorable.

When they finally got closer, Summer made it very clear that she's not looking for a relationship. She did not believe in something called 'love'. Tom, however, thought that he finally met the one. He thought, after some time, Summer will eventually falls in love with him. After agreeing the terms, they got into a so called 'open relationship'. Scene2 lepas tu memang bahagia tok sah cakap la, gua tengok pon jeles. Scene kedai perabot, scene beli piring hitam, scene jerit 'penis' dalam taman, scene usha bangunan LA, scene lukis bangunan atas lengan memang terbaik! JGL has worked with my top 2 crush (Deschanel & Cotillard), he is a one lucky bastard!

Langit tak selalunya cerah. Term ni omputih pon tau. Hubungan Tom dan Summer da mula goyah. Biasa la, relationship tak dibina atas dasar yang kukuh dan padu, camni la jadinya. Tom kena dump dengan Summer di satu restoran (ada dalam trailer kat bawah ni) just like that. Itu sebab gua cakap muvi ni kejam. "I think we should stop seeing each other," imagine someone you really love suddenly says that to you with no further explanation and she fucking means it. It's like being punched in the face by Muhammad Ali for 14 rounds. Even forever-alone guy like me knows how it's feel, don't pretend that you don't.

Tom did not cope with the break-up so well (who does?). To him, it's like the end of the world. He only cares for Summer and Summer only. Nothing else matters. Now's that Summer's gone, Tom pon hilang punca. Summer quits the company. Prestasi kerja Tom turun mendadak. There's a melt-down scene in the office that you guys should take note. It's during a meeting if I'm not mistaken. It's really ironic someone who works in GREETING cards company posses a very negative attitude like Tom (after the break-up of course).

Despite all the negative things that Tom did after the break-up, I think it's pretty normal. By right Tom should not felt that way because Summer already warned him that she's not in love with him. Tapi apakan daya, Summer layan Tom macam orang bercinta. Tiba2 nak je chalo, memang culture shock la mamat tuh. Gua petik quote dari muvi Shawshank Redemption (1994), "hope is a dangerous thing, hope can drive a man insane." Situasi Tom lebih kurang macam tu lah.

Entah macam mana, selepas dibasuh oleh adiknya, Tom dapat semangat baru. Nope, he didn't move on. Tom nak tekel balik Summer. "Dia dump gua, gua tak pedulik, yang penting gua nak dia balik!" itu dia semangat Tom. Kali ni gua nak petik lagi skali quote dari muvi Shawshank Redemption (1994), "hope is a good thing, maybe the best of things, and no good thing ever dies." Mungkin Tom tengok kot muvi tuh, terus dia jadi semangat.

Lagi skali gua nak tekankan, ini bukan kisah cinta yang Hollywood typically buat. Ini documentary cinta. Apa yang penonton expect memang tak akan dapat kat sini. Yup, Tom tak berjaya gak tekel Summer. Pastu apa jadi?? Tom moved on, tukar kerja baru, jadi architect pulak. Selaras dengan dia punya degree. Dia jumpak gadis bernama Autumn time nak interview kerja baru, he made a move. Dapat minum2 lepas interview pon jadi lah, hehe. And the story goes on. 500 Days of Autumn lak kot. But one thing for sure, there's light at the end of the tunnel. Remember that.

Mesej yang nak disampaikan memang gua dapat baca. Tapi cara mesej tu disampaikan agak kejam. Walaupon Zooey Deschanel tu gua punya crush, gua sebenarnya agak bengang tengok dia dump Tom (sori, part ini gua memang emo, haha). Dan gua kesian kat Tom jadi gila sorang2. Gaya penulisan gua ni memang tak dapat menggambarkan betapa peritnya Tom, lu kena tengok sendiri muvi nih!! This kind of situation is happening all over the world as we speak.

Cukup gua cerita sinopsis (panjang gila), gua nak masuk part plot pulak. Plot diolah tak seperti muvi2 lain. Kalu typical romantic muvi, 1st half of the movie suma benda2 baik, harmony, peaceful and romantic, 2nd half baru conflicts start. Tapi muvi ni lain sket. Plot dia tak disusun secara linear. Marc Webb susun macam dalam cerita Memento (2000), Pulp Fiction (1994), dan The Prestige (2006). Agak celaru tapi sangat berkesan. Mula2 tunjuk part break-up, pastu tayang part tengah bercintan2 plak, pastu tunjuk conflict lak and it goes on like that. Experimental, that's all I can say.

Dari sudut cinematography, muvi ni memang superb. Tambah2 masa scene lepak2 tengok LA punya architecture. Gua pon dapat merasai keindahan bandar urban seperti LA (KL lagi urban, gua tak bley blah kalau terlampau urban). Lagi satu gua suka ialah color tone. Color tone dia ikut scene dan mood. Kalu mood break-up tone dia macam gelap sket. Masa scene flirting dalam opis, tone ubah jadi kaler macam mentol (fak, gua tak reti nak explain).

Pasal lakonan, gua rasa chemistry antara JGL dan Zooey adalah pada tahap tertinggi. Physically and emotionally perfect for each other. JGL tak nampak superstar sangat, sesuai dengan dia punya character. Kalu Marc Webb amik Leonardo DiCaprio jadi watak Tom, memang out la cerita nih. Terlampau hensem untuk orang biasa, haha.

Secara keseluruhannya, tidak keterlaluan untuk gua katakan yang muvi ini merupakan antara muvi romantic yang paling best for previous decade. Sebaris dengan Eternal Sunshine of the Spotless Mind (2004) dan Once (2007). Satu cerita yang sangat ikhlas tapi kejam. Remember, world is not an ideal place to live. I strongly recommend you guys to watch the movie, but bukan semua orang buleh enjoy muvi nih.

ACHTUNG!
You do not want to see this movie if you are:
  1. recently dumped
  2. lonely
  3. single and hopeless
nukmanometer: 97% (penat gua korek balik memori, 2 tahun lps tengok)


Sunday, May 1, 2011

Yes Man (2008)


Pengarah: Peyton Reed
Pelakon: Jim Carrey, Zooey Deschanel, Bradley Cooper
Genre: Unprecedented Romantic Comedy
Durasi: 1 jam 44 minit

Sewaktu ulasan ini ditulis, sedang berlangsung satu match bola sepak yang agak besar iaitu Arsenal vs Manchester United. Sebagai fan Arsenal, gua memilih untuk memboikot perlawanan tersebut sebagai satu langkah protes terhadap form Arsenal yang jatuh teruk kebelakangan ini dan takmo kecewa bila tengok ManU menang, haha. Kalu Arsenal kalah, gua marah. Kalu gua marah, gua tak ley tido. Ya, pada saat ini gua memang pessimistic seperti watak dalam cerita yang bakal di review ini.

Selesai sudah sembang bola sket2, kita berbalik kepada topik asal iaitu muvi Yes Man (2008) ini. Gua usha muvi ni kat wayang hanya ada satu sebab saja - Jim Carrey yang belakon. Itu je satu-satunya sebab yang membuatkan gua nak layan cerita ni, AT FIRST.

Yes Man mengisahkan tentang seorang pegawai pinjaman Carl Allen (Jim Carrey) yang mempunyai pemikiran yang sangat pessimistic. Segala apa yang orang tanya/ajak, jawapan dia kalau tak "No", mesti "Nevermind" atau "I'll pass". Bukannya certain things je dia tolak, SEMUA benda dia tolak. Orang datang nak buat personal loan kat bank tempat dia kerja memang sah2 tak dapat. GTFO kata Carl (ok,ni gua tambah).

Setelah sekian lama Carl dok berperangai macam ni, dia mula start terasa yang hidup dia kosong, no fun at all. Lepas cerai ngan bini, Carl memang play safe gila babi. Tak mau cari partner baru, tak mau ada commitment. Pada satu hari Carl terserempak dengan member lama beliau. Setelah tengok Carl macam takde life je, straight away mamat tu suggest Carl pi seminar Yes!

Ntah macam mana, kali ni Carl setuju dan dia pon pi seminar tersebut. Dalam seminar tuh, Carl diajar untuk kata "yes" for everthing. Memang sah2 la Carl bangkang kaw2, but he did give a try. On the way balik rumah, Carl was tricked by a homeless man because he said yes all the times. The disastrous night turned out to be not-so-disastrous as Carl found himself making out with one-hell-of-a-girl Allison (Zooey Deschanel). Yeah, Zooey is my all time 2nd biggest crush (after Marion Cotillard of course). At that moment Carl thought about the seminar "it does make sense, ain't it?".

Cute kan dia??

Selepas peristiwa bercumbu dengan Allison, Carl cuba menjadi pessimist balik tapi setiap kali dia tolak ajakan orang, pasti nasib buruk menimpa. And he realized that he has to say 'yes' to whatever people might wanna ask. Hidup Carl berubah jadi happening since that. Carl amik lesen pilot, belajar bahasa Korea, approve loan untuk sapa saja yang mai mintak dan banyak lagi benda2 gila. And eventually Carl met with Allison, again, accidentally, when she performed her weird songs with her weird band in a weird bar (her band's name is Munchausen by Proxy).

Carl dan Allison makin rapat. Depa jadi couple, not a normal couple, but a fucking spontaneous couple. Segala apa yang couple ni buat dalam muvi ni memang menjadi impian gua. Damn, the writer is so good, I wanna live by his film. Konflik dalam plot cerita ini timbul bila Allison syak yang Carl ni sentiasa setuju dengan apa yang orang kata/ajak/tanya regardless what he feel about it. "Ntah2 time aku mintak kapel pon hang terpaksa setuju?? Ahhh sudah..." kata Allison dalam hati.

Macam biasa, ending gua malas nak cerita, pandai la lu usha sendiri. Gua jugak malas nak ulas pasal lakonan Jim Carrey mahupon Zooey Deschanel. Jalan cerita agak logik tapi macam susah je nak jadi dalam dunia sebenar. Apapun, yang penting ialah impact muvi ni terhadap gua (dan rakyat2 jelata yang lain barangkali).

Frankly speaking, I was like 'holyshit' (i think holyfuck is more suitable) during the movie credit. Terpegun sebentar, the movie, it does reflect my life, well not yet in terms of those very sweet romantic scenes. I used to be like Carl (several years back before i watched this movie), very pessimistic and negative. This movie really inspires me loosen up a bit. Don't afraid to commit, take a risk. Skang almost everything yang orang ajak gua akan on je (except MLM, hell no!!!). Mana la tau kot2 dapat awek cun macam Zooey, hahahha (fak, hilang imej mafia gua). Dalam hidup memang tak buley nak elak risk, memang kena amik gak. Saying yes is one of the ways. Bak kata John Rzeznik (Goo Goo Dolls) dalam lagu nya Iris "yeah you bleed just to know you're alive". (Hope you guys see the connection, no?)

Apa yang dapat gua simpulkan kat sini ialah Jim Carrey memang lawak macam gampang, Zooey Deschanel memang sweet habis, and to me, this movie is one of the most life-influencing movies I have ever enjoyed. So folks, a simple word of 'Yes' can really change your entire life (so, need to be careful of that word??). Roger and out..

nukmanometer: 86% (time gua habis tulis Arsenal da menang 1-0, nyesal lak tak tgk)

Saturday, April 23, 2011

How to Get an Oscar Nomination


Gua tau gua dah lewat 2 bulan untuk post entry pasal Oscar. Tapi gua peduli hapa, buah pikiran misti dikongsi.

Anda suma mesti pernah terdetik dalam minda at least skali, awat muvi2 pelik yang anda tak penah tengok selalu je dapat award macam2. Cannes, Venice, Toronto, Sundance, Golden Globe, BAFTA dan Academy suma dia sapu, walhal muvi yang anda minat gila babi tak menang apa2, nomination pon tarak.

Kat sini gua nak bagi tips macam mana nak dapatkan nomination. Sungguhpun ayat gua di sini kedengaran sangat angkuh dan takbur, tapi percayalah, ianya benar2 belaka. So, directors, please take note.

Running-Time
Berdasarkan gua punya observation, muvi2 yang SELALU dapat nomination dan menang award ialah muvi yang mempunyai running-time yang panjang. Panjang di sini bermaksud 2 jam ke atas. Kalau takat sejam suku je muvi lu, memang susah sket la der.

Contoh yang gua buleh bagi kat sini ialah The Godfather Part II (3 jam 20 minit), Once Upon a Time in America (3 jam 49 minit) dan The Lord of the Ring: The Return of the King (3 jam 21 minit). Gua syak panel2 award ni tengok muvi atas kerusi urut. Lagi lama muvi, lagi lama dapat urut.

Theme
Theme atau tema bagi suatu muvi adalah part paling penting dalam penceritaan. Kalu tema ntah apa2, ntah apa2 la muvi lu nanti. Ada dua jenis tema je yang selalu dapat nomination, 1st tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang kita salu anggap tak penting. Lu tak caya? Lu try usha cerita orang gagap trening kasi lancar sket bercakap. Menang Best Picture tahun ni. Gua bet kalau lu buleh buat muvi pasal macam mana nak cucuh rokok secara berkesan selama 2 jam setengah, lu mesti dapat at least satu nomination. Tak payah la susah2 nak buat muvi pasal banjir satu dunia, 2 puak robot bergaduh, orang berpakaian besi terbang sana-sini. Forget about those shit. People like to watch something related to them. Gua punya suggestion, buat muvi pasal kehidupan seharian seorang engineer. Gua rasa takde orang buat lagi nih.

2nd, ialah tema yang extreme gila babi yang orang tak pernah buat. Kalau gua, contoh muvi yang memenuhi kriteria ini ialah The Matrix (1999), 2001: A Space Odyssey (1968), Avatar (2009), dan Inception (2010). Tema yang depa ni pakai memang original dan unconventional.

2001: A Space Odyssey was made in 1968

Script
Script dan theme memang berkait rapat. Gua tak reti nak explain pasal benda alah ni. Gua rekemen lu tengok cerita Quentin Tarantino seperti Resevoir Dogs (1992), Pulp Fiction (1994), Jackie Brown (1997) dan Inglorious Basterds (2009). Lepas tengok gua gerenti lu paham segala apa yang gua nak tulis kat sini.

Cast
Dok sembang pasal filem, takkan tak sembang pasal pelakon, ye dok? Panel2 award suka tengok pelakon yang bersungguh dengan character yang dia lakonkan. Gua bagi contoh, dalam cerita Raging Bull (1980) arahan Martin Scorsese, Robert De Niro telah menaikkan berat badan dia sebanyak 33kg semata2 untuk berlakon dalam scene yang durasinya beberapa minit sahaja. Tahun tu dia dapat Best Actor dalam Oscar. Jauh beza dengan Cinta Kolestrol, ntah apa2 la prop Erra Fazira pakai, hak tuih. Contoh yang paling extreme yang gua buleh bagi ialah dalam cerita The Deer Hunter (1978). Masa shooting scene Russian Roulette, Robert De Niro request kat director agar pistol yang digunakan diisi dengan peluru. Ini suma demi keberkesanan lakonan katanya, method acting De Niro ni memang dah tahap dewa. $%@%%$^#@$*

Belakang tu Ho Chi Minh kot



Christian Bale punya transform dalam The Machinist (2004)

Score
Untuk membuat filem anda memorable, sound-track memainkan peranan yang sangat penting. Jika anda dapat memberikan kesinambungan sempurna antara music dan scene, anda otai. Antara filem2 yang gua paling ingat dia punya OST ialah Braveheart (1995), Titanic (1997), Once Upon a Time in America (1984) , Taxi Driver (1976) dan The Godfather (1972). Especially The Godfather, sampai lagu "Speak Softly Love" menjadi ringtone henpon gua.


Gua hanya buleh explain 5 kriteria itu saja. Kriteria lain yang technical seperti Editing, Mixing dan blablabla gua tak reti nak explain. Perlu diingatkan bahawa award is not everything. As long as you entertain and educate people with your movie, it's enough. Itu saja kot gua nak tulis. Chalo!

P/s: Gua baru bukak twitter. Folo la gua http://twitter.com/#!/nnukmann

Saturday, March 26, 2011

127 Hours (2010)

Pengarah: Danny Boyle
Pelakon: James Franco, Kate Mara
Genre: Survival, horror?
Durasi: 1 jam 34 minit

Kematian. Setiap makhluk pasti akan merasai kematian. Tak kira lah lu manusia ke, mergastua ke, jin iblis ke, malaikat ke, tumbuh-tumbuhan ke, lu pasti akan merasai mati. Bila sampai masanya kita akan mati, tapi bila tak sampai waktu lagi, kita tak mati walau macam mana tak logik nya keadaan. Bak kata Tony Wong dalam komiknya, berpantang maut sablom ajal. Apa pulak kaitan kematian dengan ulasan filem nih?

Well, filem ini mengisahkan seorang hiker yang bernama Aron Ralston (James Franco) yang terperangkap dalam kanyon selama 5 hari suku. Tangan kanan dia tersekat dek batu dan tiada siapa pon tau dia stuck dekat situ. Daripada mati katak kat situ, Aron mengambil keputusan memotong tangannya yang stuck kat batu tu demi melepaskan diri. Dia berjaya, habis cerita. See the connection? Pantang maut sablom ajal.

Apa yang menariknya ialah filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Mamat Aron ni benar2 wujud dan benar2 memotong lengannya dengan pisau tumpul (pisau ketip kuku). Lu pilih lu nak hidup cacat sepanjang hayat ke nak lu mati muda? Cuba bayangkan lu kat tempat dia.

Gua adalah fan cerita2 survival nih. Cerita2 bergenre survival seperti Cast Away (2000), Into The Wild (2007), Vertical Limit (2000) dan Buried (2010) memang makanan gua. Selain itu, gua jugak fan kepada series Man vs. Wild, Survivorman, I Shouldn't Be Alive dan Man, Woman, Wild di Astro. Jadi, menonton filem 127 Hours ini adalah menjadi satu kewajipan kepada gua. Dan gua akan menjadi extra meticulous dalam menilai filem ini.

Filem ini adalah jenis character driven di mana keberkesanan cerita sangat bergantung kepada lakonan, bukan plot. Keseluruhan filem adalah daripada perspektif Aron dan Aron sahaja, tiada orang lain. Gua tiada masalah dengan James Franco memegang watak Aron, lakonan dia real, memang lain dari Harry Osborne, haha.

Apa yang gua kurang gemar ialah cara Danny Boyle membawa cerita. Kalau gua jadi director, dapat script potong2 tangan ni, gua akan buat filem tu berat gila, gelap, terapkan unsur2 dramatik dan penuhkan dengan scene2 yang intense gila babi.

Tapi Danny Boyle decided nak buat secara bersahaja, permulaan filem memang casual habis. Banyak split screen digunakan. Yela, takkan start2 muvi je terus nak letak scene intense, ye dok? Kalu tak salah gua, lepas sejam baru lah timbul permasalahan start dengan tangan lekat celah batu.

Oleh kerana gua dah tengok filem Buried, salah satu filem survival yang paling best, maka gua nampak 127 hours sebagai suam2 kuku sahaja. Banyak persamaan antara kedua-dua filem ini seperti cast yang sedikit dan ruang yang sempit. Dalam Buried, sepanjang sejam setengah cerita tiada langsung flash back tapi menarik. Dalam 127 hours, banyak flash back dan imaginary scene di mana Aron mengalami halusinasi, tapi gua rasa biasa je. Takde pon yang menangkap kalbu. Walaubagaimanapon, scene potong tangan memang best. Slack dia tak tunjuk secara real. Pengusaha panggung da bagi warning kat Danny Boyle agar tak bagi nampak real. Kalu tak habis satu panggung ada kesan muntah.

Tak banyak yang gua buleh katakan. Gara2 dah tengok filem Buried, gua rasa 127 hours ni biasa saja. Cuma overrated sampai buleh tercalon ke Academy Awards. Filem ni tak menang apa2 pon kat Academy, tu gua bersetuju.

nukmanometer: 80% (Awat Buried tak tercalon? Hampa suma buta ka apa?)

Friday, March 4, 2011

Berita: Shah Rukh Khan + Leonardo DiCaprio??

Gambar di atas sangat menggemparkan gua sebagai peminat pengarah terulung, Martin Scorsese. Beliau akan bekerjasama dengan jambunya, Leonardo DiCaprio dan Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dalam filem bertajuk Xtrme City.

Tapi Encik Marty hanya akan menjadi producer dalam filem tersebut manakala pengarahnya adalah Paul Schrader (mamat ni la yang tulis cerita Taxi Driver). Apa yang lebih mengejutkan adalah SRK akan bergandingan dengan Leo berlakon. Gua respek SRK dan Leo, ntah apa la yang akan jadi nanti...haha

Saturday, February 26, 2011

True Grit (2010)

Pengarah: Joel & Ethan Coen
Pelakon: Jeff Bridges, Hailee Steinfeld, Matt Damon, Josh Brolin
Genre: Western, Comedy
Durasi: 1 jam 50 minit

Salam. Gua sebenarnya ada masalah dengan adik-beradik Coen. Gua tak paham dan tak reti nak mentafsirkan nas-nas yang hendak disampaikan dalam filem2 mereka sablom ini. Antara filem2 mereka yang gua tak paham ialah No Country For Old Men (2007) dan Burn After Reading (2008). Tapi memandangkan ramai pengkritik filem respek mereka ini, gua pon give them a shot lah, usha kat wayang Cathay. Takkan nak surrender sablom tengok kan, tak lelaki lah camtu.

Filem ini adalah remake dari filem classic (tajuk sama) lakonan actor koboi dalam lagenda, Incek John Wayne (tokwan kepada Bruce Wayne) yang diadaptasi daripada novel (tajuk sama). Tapi mengikut Coen Bro, depa buat cerita ni lagi persis mengikut novel berbanding filem tahun 1969 itu.

Sinopsis filem ini sangatlah simple. Ada sorang budak perempuan berusia 14 tahun bernama Mattie Ross (Hailee Steinfeld) mahu menuntut bela atas kematian bapaknya yang dibunuh oleh seorang penyamun bangsat, Tom Chaney (Josh Brolin). Oleh kerana dia sadar akan kemampuan dirinya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan pembunuh itu, dia pon mengupah seorang US Marshall, Rooster Cogburn (Jeff Bridges) yang dikatakan hati kering dan hebat. Dalam masa yang sama, pembunuh itu jugak dicari oleh seorang Ranger dari Texas, LaBoeuf (Matt Damon) atas kesalahahan membunuh gabenor bersama anjingnya. Maka bermulalah satu pengembaraan penuh dugaan antara mereka bertiga.

Pada pendapat gua, tema yang ditekankan dalam filem ini adalah kecekalan seorang budak perempuan untuk menuntut keadilan bagi arwah bapaknya. Sebab apa dia cekal? Sebab ada satu perasaan tanggungjawab yang pekat mengalir dalam dirinya, mengalahkan lelaki pada zaman itu.

Kalau dilihat pada zaman koboi, status sangat memainkan peranan penting dalam sistem sosial ketika itu. Bukan status single, married, in relationship dan haram jadah yang lain, tapi status seperti kedudukan gender, bangsa, seniority, harta dan pangkat. Cuba lu bayangkan ada sorang budak perempuan form 2 ugut lu suruh beli barang yang dia jual, bertekak dengan lu agar ikut cara dia, membebel dan macam2 lagi. Kalau zaman skang yang kedudukan gender tak lagi menjadi aspek utama, bayangkan pada zaman dulu, zaman koboi terutamanya.

Memandangkan status dia sebagai perempuan yang masih budak2 lagi, Mattie menggunakan harta peninggalan bapaknya sebagai bargaining chip. So orang lain dah tak tengok status gender nya malah terus tengok status hartanya. Ditambah dengan kedegilan dan kata2 yang pedas serta berani, kebanyakan orang mengambil serius apa yang dia kata. Walaubagaimanapun, Mattie masih dianggap budak2. Ini dapat dilihat dalam scene di mana dia dipukul oleh LaBoeuf kerana melawan cakap dan ketegaq (degil).

Watak Mattie Ross ni sangat kahaq (bukan main2, gila babi punya kahaq). Mental dan fizikal dia sangat kahaq. Bapak baru mati, setitik air mata pon tak keluar dari mata dia. Masa scene seberang sungai, selamba je si Mattie ni seberang pakai kuda. Badan kuda dan Mattie dah tenggelam habis, nasib baik kuda tu buleh berenang je, kalu tak Mattie akan jadi mati.

Selain gender dan umur, diskriminasi kaum jugak ditunjukkan secara sangat ikhlas dalam True Grit. Perbezaan antara kaum kulit putih dan red indian boleh diumpamakan seperti manusia dengan binatang. Eh silap, kaum red indian diumpamakan lebih rendah dari binatang di mana mereka buleh disepak2 tanpa buleh melawan. Dalam wayang memang suma orang gelak dalam scene ini, tapi kalu red indian ada sebelah anda, diam2 sudey. Kang tak pasal2 perut anda robek. Ah, hampir terlupa, walaupon sama2 omputih, depa jugak bergaduh pasal tempat asal. Contoh di sini ialah Cogburn dari Arkansas dan LaBoeuf dari Texas.

Apa yang buleh gua extract lagi ialah pasal Coen Bros punya trademark. Setiap filem yang depa buat mesti dialog banyak gila bagai bulu roma orang arab. Ada dialog yang mempunyai isi penting, ada yang dialog kosong menampakkan cerita lagi natural. Tapi watak Cogburn ni memang melampau dia punya berbual. Sepanjang pengembaraan tak habis2 dengar suara dia membebel. Nasib baik gua suka loghat southern dia. Gua syak lepas tengok filem ni Quentin Tarantino terasa terancam pastu nak buat filem yang lagi banyak sembang.

Lagi satu trademark Coen Bros ialah comedy kasaq. Macam scene rasict yang gua huraikan tadi. Nampak lawak tapi sangat2 offensive. Nasib baik orang red indian yang kena sepak, kalu orang melayu yang kena sepak mesti da tak buleh tayang kat Malaysia.

Kalu tengok dari aspek teknikal, gua rate filem ini agak tinggi. Cinematography yang diolah sangat2 bersinambungan dengan suasana landscape zaman koboi. Tipikal cerita koboi mesti dekat kawasan padang pasir atau pon padang rumput yang kering. Tapi True Grit ada suma tu ditambah dengan kawasan hutan dan salji. Gua tatau depa shooting kat mana tapi film setting memang style.

Awal2 cerita lagi penonton dijamu dengan shot2 cantik seperti ada orang menunggan kuda secara slow motion sambil ada benih2 rumput terbang. Gua tak reti nak gambarkan dengan perkataan, lu tengok lah sendiri. Shot di akhir filem tak kurang hebatnya. Gua suka pokok yang tiada daun bersebelahan dengan kubur, dua2 di atas bukit kecik, sangat harmoni dilihat oleh seseorang yang dalam hatinya ada taman. It is best to end the film with that scene.

Pasal lakonan pulak, pemenang Academy tahun lepas Jeff Bridges memang hebat. Dengan loghat southern yang sangat menjadi, what more can you ask? Malas gua nak ulas panjang2 sebab suma orang da tau Jeff punya keupayaan.

Gua nak ulas pasal lakonan Hailee Steinfeld yang memegang watak Mattie Ross. Dia bukanlah pelakon Hollywood yang regularly berlakon. Dia dapat bawak watak ni pon lepas dia beat 15,000 peserta lain dalam audition mencari pelakon watak Mattie Ross. Gua betul2 dapat merasai kecekalan dan keazaaman Mattie Ross sebab Hailee ni pandai bawak. Bukan macam budak2 skang, nak jadi girlfriend Edward Cullen je. Hak tuih! Adik Hailee ni jugak dicalonkan sebagai Best Supporting Actress dalam Academy Awards yang akan dilangsungkan pada hari lahir gua ini.

Secara keseluruhan, gua dapat rasakan mengapa Coen Bros ini direspek ramai orang, haha (baru nak sedar).. On the surface, True Grit is very enjoyable to watch, buleh gelak2 apa suma. Part sedih pon ada, kira seimbang la. But if you see deep down, you'll be surprised because you are seeing a documentary about one helpless kid trying to survive in the brutal western world.

Simple dan ringkas, itulah ramuan ajaib kalu nak masuk Academy Awards. Tak perlu cerita pasal dunia nak kiamat, bom nuklear, terrorist, US President nak kena culik, 2 puak robot bertelagah, dan lain2. Kalu lu buleh buat cerita 2 jam setengah tentang macam mana nak cucuh rokok, gua pasti lu akan dapat pencalonan.

nukmanometer: 92% (apahal gua asik rebiu muvi best2 je nih?Haih~)