Pengarah: Rodrigo Cortes
Pelakon: Ryan Reynolds, BlackBerry, Zippo, Pisau, Ular Orok-orok, Keranda, Pensil
Genre: Claustrophobic thriller diadun dengan sedikit comedy kasar
Durasi: 1 jam 34 minit
Setiap insan diperuntukkan sekurang-kurangnya satu 'hari malang nak mampos' di sepanjang hidup mereka. Takkan kira warna kulit, usia atau jantina, suma mesti penah rasa, tak payah nak tipu gua. Tapi tahap 'kemalangan' hari malang anda memang tak dapat dibandingkan dengan sorang mamat yang bernama Paul Conroy (Ryan Reynolds) nih.
Paul Conroy merupakan seorang pemandu trak aka despatch yang bekerja di Iraq pada era pasca-perang. Pada suatu hari konvoi kampeni dia bersama soldadu2 US telah diserang hendap oleh pengganas. Paul pulak telah dipukul pengsan tak sedarkan diri.
Okey, Skarang muvi baru nak bermula. Penonton disaji dengan skrin gelap selama seminit kalu xsalah gua. Sapa yang tak baca sinopsis sablom datang tengok muvi dah start sumpah-seranah, segala ayat mencarut yang ada dalam dunia yang fana ini tersembul keluar.
Rupa2 nya Paul ditanam dalam keranda di satu kawasan rahsia. Bukak mata macam tak bukak mata, gelap macam lubang hidung sorang member gua. Sapa yang tak panik kalu berada dalam situasi macam tu, Paul tak terkecuali. Tapi panik dia tak kuar awal2 sebab sebagai seorang yang tak berfikir pakai tulang pinggul, dia analisis dulu keadaan.
Setelah Paul dapat recall balik apa yang berlaku, mulalah dia start panik. Struggle gila babi pon tak dapat gak kuar, namun Paul masih lagi tak ingat nak berdoa kat Tuhan. Nasib baik dia dibekalkan dengan lighter Zippo dan satu BlackBerry, dapat la sikit cahaya dan connection dengan dunia luar. Ni la modal pengarah nak buat cerita.
Time ni la baru lu orang rasa betapa pentingnya mengingat number telepon keluarga, saudara-mara dan rakan taulan. Susah gak Paul nak mengingat number kenalan2 dia, nasib baik number rumah dia ingat. Kat sini jugak pengarah berjaya menganjing kampeni tempat Paul bekerja, kerajaan US dan dunia. Segala jenis birokrasi yang menyusahkan rakyat ditunjukkan secara berkesan. Tambah2 dalam situasi Paul, hidup dan mati beb!! Time ni penonton mula mencarut balik tapi kali ini bukan kat muvi tapi terhadap birokrasi kerajaan.
Penggunaan answering machine oleh kebanyakan US residence juga diperkotak-katikkan oleh pengarah. Lu olang kalu tengok Paul yang dah nak mati ni dimain2kan oleh answering machine pon buleh naik emo. Bijak betol pengarah, segala benda remeh yang orang wat tatau buleh jadi penentu hidup dan mati. Dipendekkan cerita, Paul berjaya mengharungi segala karenah birokrasi dan perangai answering machine dengan penuh carutan, cacian dan maki-hamun.
Walaupon dalam ruangan sempit dan tertutup, pengarah berjaya membawa sedikit aksi. Ular orok-orok aka rattle snake yang sinonim dengan padang pasir tiba2 buleh muncul dalam keranda Paul. Paul dan semua penonton dalam wayang panik gila babi. Namun Paul berjaya mengatasinya dengan cara bijak, tak seperti Profesor Madya. Paul juga patut bersyukur hanya ular je yang masuk dalam keranda. Kalau malaikat Munkar & Nakir yang datang macam mana?
Dalam Paul berusaha kontek orang untuk selamatkan dia, pengganas yang tanam dia call mintak 5 juta (tak dapat dipastikan dalam currency apa). Kalau tak dapat duit, alamat Paul mati lemas la dalam keranda murah tu. Ni lagi satu nak menganjing polisi kerajaan US yang tak akan tolerate dengan permintaan pengganas.
Walaupon dah confirm kerajaan takmo bayar ransom, pihak mereka dok bagi harapan palsu kat Paul dah pasrah agar bertahan. Bukan kerajaan je dump dia, kampeni tempat dia mencari rezeki buleh pulak pecat si malang Paul nih. Cara dia pecat Paul memang mengundang carutan gua bersama penonton2 lain. Segala claim, gaji dan bla bla bla suma dia tak dapat dan dia dah nak mati, anda rasa anda lagi malang? This is fucking ridiculous.
Ada satu babak yang sayu gila babi di mana Paul dah pasrah nak mati. Dia mewasiatkan wang simpanannya yang berjumlah USD 700.00 kepada bininya melalui perbualan menggunakan BlackBerry sambil menangis teresak-esak. Bila sampai turn anak dia, Paul terdiam seketika dek memikirkan apa yang dia buleh bagi sebagai harta pusaka. Paul hanya mampu mewasiatkan pakaiannya untuk dipakai oleh anak kecilnya itu setelah dia dewasa. Time ni gua dah sebak. Fak, kalau tengok sorang2 buleh nangis nih.
Cukup sampai sini gua reveal spoiler (walaupon agak banyak, haha), sila tengok sendiri untuk mengetahui nasib Paul sama ada dia berjaya diselamatkan atau tidak. Lepas tu compare la hari malang anda dengan hari malang Encik Paul Conroy. Selepas habis menonton muvi ini, gua hanya buleh simpulkan cerita ini dengan kata2 berikut, "Fuck FBI!! Fuck US Government!! Fuck you Dan!! Fuck CRT (kampeni Paul kerja)!! Fuck Paul's friend!! Fuck terrorists!! Fuck all of you!!!!!!!!". Ending muvi nih gua akan interpret dalam ruangan komen jikalau ada yang dah tengok bertanya.
Melihatkan gua begitu emo dalam ulasan di atas, lu olang buleh expect macam mana kemantopan cerita Buried ini. Gua respek gila kat pengarah baru dan penulis. Nama pengarah ni pon gua tak pernah dengar, tapi masterpiece dia memang layan habis. Pada gua, penulis dan pengarah berjaya bekerjasama menganjing pelbagai pihak dalam satu muvi. Agak dalam tusukan yang mereka berikan ini.
Dengan ruangan yang sangat terhad, keranda yang berukuran 8' x 2.5' x 2' (gua agak je) dijadikan setting sepanjang filem. Ya, sepanjang filem, takde flash-back, nothing. Selama 90 minit gua usha Ryan Reynolds tu sorang je and yet tak rasa boring ke apa ke. Banyak element curiousity dan hope diadun agar tak mendatar je plot. Sedikit element komedi kasar diterapkan agar cerita tak intense sepanjang masa. Ini memberikan sedikit ruang kepada penonton untuk
memproses maklumat. Memang bukan main2, dengan setting sekecil itu je tapi gua layan secara emosional, profesor buleh buat??
Satu lagi aspek untuk buat muvi yang memberikan impak tinggi ialah barisan pelakon. Dengan pelakon2 berbakat seperti lighter Zippo, henpon BlackBerry, dildo glow-in-the-dark, ular orok-orok, pisau, keranda, pensil, botol Brandy dan Ryan Reynolds, memang sukar nak kata muvi ni bosan.
Tambah2 Ryan Reynolds. Previously mamat ni dikenali sebagai Van Wilder pasal dia berlakon dalam cerita tu. Semakin lama dia berjaya membuktikan bakatnya bukan hanya dalam genre komedi tapi dalam genre lebih serius seperti drama dan thriller. Antara watak dia sablom ini yang paling berkesan gua tengok ialah dalam cerita Smokin' Aces (2007).
Bila kamera sentiasa fokus muka, pelakon memang kena betol2 hayati watak yang dibawa. Barulah feel dapat dipindahkan kepada penonton. Gua rasa proses berlakon dalam muvi ini adalah antara yang paling mencabar bagi semua pelakon.
Bukan takat mimik muka dan percakapan, body language juga memainkan peranan penting. Nak kena master suma tu baru buleh berlakon dalam keranda. Bakat Ryan Reynolds memang buleh dikategorikan setaraf dengan nama2 besar seperti Ryan Gosling, Edward Norton dan Leonardo DiCaprio.
Gua da malas nak ulas panjang, gua nak katakan selamat maju jaya kepada pengarah baru ini. Semoga beliau berjaya menghasilkan banyak lagi masterpiece untuk jamahan minda kita bersama. Masa depan beliau di dunia filem memang cerah. Ryan Reynolds pon sama. Nasihat gua kepada lu, pilih watak yang susah dalam situasi yang kompleks. Watak komedi lu tolak sat sementara waktu. Gua bet lu buleh menang award kat Cannes, Venice, Toronto, Sundance mahupon di Kodak Theater. Lu can do it.
P/s: Sapa buleh bagi gua breakdown bajet filem nih?? Upah lakonan untuk keranda dan lain2 tak la mahal mana.
9 xpuashati:
Bajet 3 juta usd..mahal gila babi keranda dia
Gua rasa pelakon sinetron pun bleh melakonkan movie ni kalau melibatkan bibik muka sepanjang masa diorang memang pakar. haha
mimik muka + aksi di ruang sempit + mencarut + body language + badan taff.. pelakon sinetron ada mimik muka tapi tak synchronize dengan body language..
gua jadi tak sabar nak tengok nih!
benci cite ni..tertekan hujung minggu ku..tak suke..!
lupa nak bg warning..crita ni xbagi feel-good-sensation..haha
gua baca barisan pelakon tu, gua stop kat blackberry. pelakon mana plak guna nama henfon ni?
faking.
dah lama tak tengok movie. rasa macam shitness. i'll check this out.
gua pon sama, da lama x update blog rasa mcm shitness..
gua x puas hati, pasal trailer die pendek sangat..hak3x..
Post a Comment