Friday, January 29, 2010

Contact (1997)

Pengarah: Robert Zemeckis
Pelakon: Jodie Foster, Matthew McConaughey, James Wood
Genre: Drama sains fiksyen yang melibatkan unsur ketuhanan dan alien
Durasi: 2 jam 22 minit

Secara jujurnya, apabila mengetahui genre filem ini ialah sains fiksyen, gua keberatan untuk menontonnya. Gua bukanlah fan untuk genre ini, hanya segelintir filem sahaja dari genre ini menarik minat gua seperti Star Wars, Back To The Future, Terminator dan beberapa filem lain (xkan nak list kat sini pulak). Tetapi disebabkan pelakon kesayangan gua iaitu Jodie Foster berlakon, gua pon tengok la (sebab nak usya dia je mula2). Tambahan pulak pengarah filem ni pernah menghasilkan filem kegemaran gua iaitu Back To The Future Part I-III dan Forrest Gump, "ok kot crita ni," bisik gua seorang diri untuk menyedapkan hati.

Cerita ini berdasarkan kehidupan seorang saintis Dr Ellie Arroway (Jodie Foster) yang dibesarkan oleh bapa tunggal selepas kematian ibunya (bapak dia pon hidup xlama, umur Ellie 7 thn je bapak dia mati). Objektif Ellie adalah untuk mencari kehidupan pintar di angkasa lepas menggunakan teknik radio teleskop memandangkan kecik2 dulu bapak dia ajar cara nak guna radio amatur untuk cari orang.

Lagi satu pasal Dr Ellie ni, dia adalah seorang athiest (tak percaya wujudnya tuhan) disebabkan dia saintis yang hanya bergantung kepada empirical evidence (dia kata la). Memang pendek akal la minah ni.

Setelah beberapa tahun mengkaji dan mencari, akhirnya dia berjaya dapat satu isyarat dalam bentuk gelombang radio daripada alien di Bintang Vega. Punya la seronok selepas penat mencari, dia pon bagitau kat suma orang yang sama interest dengan dia. Time ni la kerajaan US masuk campur (macam biasa, suma depa nak).

Ellie and the team berjaya menterjemahkan isyarat tersebut menggunakan ilmu logik matematik sahaja dan terkejut apabila mengetahui yang isyarat tu adalah satu blueprint untuk membuat kapal angkasa yang membolehkan sorang penumpang untuk melancong ke Bintang Vega. James Wood sebagai Michael Kitz iaitu National Security Advisor agak skeptik dengan penemuan itu tapi bersetuju untuk membina kapal angkasa tersebut.

Dalam pada itu Ellie terserempak dengan pemuda alim yang dia penah tido skali dulu, Palmer Joss (Matthew McConaughey) time miting ngan kerajaan US. Jauh berbeza ngan dia, mamat ni adalah seorang yang kuat pegangan agamanya (dia xckp agama apa tp gua rasa Kristian).

Ellie terpilih menjadi orang yang akan melawat Bintang Vega tersebut selepas berebut2 ngan calon2 lain (gua rasa Syeikh Muzaffar punya idola ialah Dr Ellie ni). Okay, da banyak spoiler yang gua bagi, tengok sendiri la untuk tau lebih detail.

Plot cerita ni macam merapu (mmg la dah sains fiksyen) tapi anda jangan tertipu. Bila anda tengok cerita ni anda akan terlupa dengan kemerapuan plot sebab ia diolah seakan-akan benda ni akan betul2 terjadi dalam dunia sebenar. Bila filem drama, cerita pon berkembang secara perlahan. Penonton yang sabar adalah penonton yang beruntung, sapa tak sabar jangan tengok cerita nih. Mengenai teknologi, tiada jurang teknologi antara dunia filem dan dunia sebenar. Apa yang filem tu ada kat dunia kita pon ada, so tak la melampau2 macam Star Wars tuh.

Bill Clinton ada 'berlakon' jugak dalam cerita nih, hahaha. Sebenarnya pengarah sunting dan edit sikit dialog Bill Clinton untuk dimasukkan dalam muvi Contact nih. Baru realistik sket muvi ada Presiden US yang sebenar. Gua syak Clinton tekel Monica Lewinsky dengan bermodalkan dia penah 'berlakon' dalam muvi ni.

Berkenaan lakonan, jangan disangkalkan lagi mengenai kualiti lakonan Jodie Foster. Minah ni berlakon sejak umur dia 3 tahun, Oscar (Academy Award) nomination kali pertama time umur 14 tahun, seterusnya menang Oscar 2 kali selepas itu. Ekspresi muka dia saja sudah cukup untuk kita tau apa yang dia nak bagitau, tak payah cakap dah. Keberkesanan lakonan dia dah macam method acting walaupon dia bukanlah seorang pelakon method.

James Wood membuktikan dia memang Hollywood old-timer dengan gaya lakonannya yang berkesan. Gua cuma xpuas hati dengan Matthew McConaughey. Muka mamat ni memang tak kena dengan watak dia sebagai orang alim, haha. Lakonan berpura-puranya berjaya gua kesan dengan mudah, tak ubah macam cerita Korea. Dia lebih sesuai jadi surfer kat pantai Australia.

Filem ini cuba tonjolkan pertembungan sains dan agama. Mula2 Ellie mempersoalkan kewujudan tuhan terhadap Palmer. Palmer cakap tak semua benda kita buleh explain tapi Ellie wat2 tak tau je. Twist yang gila2 best berlaku kat penghujung cerita ni di mana Ellie akhirnya dapat rasa macam mana kesusahan nak explain sesuatu perkara terhadap orang yang tiada kepercayaan, ironinya, dia la yang tiada kepercayaan.

Robert Zemeckis berjaya membuat gua terpegun di akhir cerita ni. "Motherfucker!" gua curse sebagai tanda kagum. Bagi gua, secara total, sains fiksyen dalam cerita ni hanyalah 20% manakala selebihnya berpaksi kepada drama yang memerlukan pemikiran kritikal. For goddamn atheist out there, you should watch this movie, at least you know that god is really exist.

nukmanometer: 92% (gua rekemen beli dvd blue ray ori, lepas tengok simpan dalam frame)


Thursday, January 28, 2010

Up In The Air (2009)

Pengarah: Jason Reitman
Pelakon: George Clooney, Anna Kendrick, Vera Farmiga
Genre: Drama, Komedi
Durasi: 1 jam 49 minit

Dalam banyak2 pekerjaan yang ada kat planet bumi nih, ada 1 kerja je yang anda suma mungkin tak pernah fikir - Termination Engineer. Tugas termination engineer ini ialah memecat orang bagi pihak majikan yang penakut, pengecut dan takdaq teloq untuk memecat pekerja sendiri. Yeap, gua sendiri pon terkejut rupa2nya ada pekerjaan ni, haha. Bak kata Karam Singh Walia, "habis madu, sepah dibuang,".

Filem Up In The Air ni adalah berkisarkan tentang kisah hidup termination engineer iaitu Ryan Bingham (George Clooney). Beliau menyara hidup beliau dengan memecat pekerja. Bekerja dengan sebuah kampeni yang di'contract'kan oleh client (syarikat lain) untuk memecat pekerja yang tak diperlukan lagi, beliau kena travel ke seluruh US sebab tak banyak kampeni buat bisnes nih. Oleh itu, he is the last person that people wanna see. Silap2 President US pon cuak nak jumpak mamat nih.

Ryan ni memang hustler dalam bab2 travelling, xdak sapa buleh lawan. Lu bayangkan dalam setahun, 300 hari dia travel, selebihnya cuti. Di samping itu, dia jugak merupakan penceramah motivasi menggunakan analogi 'apa yang ada dalam beg anda?'. Dalam dok travel tu dia berkenalan dengan Alex Goran (Vera Farmiga) yang kerap travel jugak. Depa pon menjalinkan hubungan secara ringan (kasual). Dalam erti kata lain, bila gersang je depa jumpak.

Kalau anda ingat cerita ni adalah semata2 pasal pekerjaan Ryan, anda silap. Cerita ni pasal pekerjaan Ryan, keperluan dan tanggungjawab dia sebagai manusia. Tau2 la bila asik travel, dia tiada masa untuk menjalinkan hubungan secara serius dan melupakan tanggungjawab keluarga dia sebagai abang. Antara keperluan sosial manusia ialah teman hidup dan keluarga, dan Ryan ni dua2 pon tak pedulik. Sebab dengan travelling, dia buleh melarikan diri daripada tanggungjawab. Lagi pon mamat ni tak percaya dengan cinta. Ni dah lawan hukum alam. "I'm single and not looking," kata Ryan tenang. Gua harap gua pon buleh cakap mcm dia nnt, haha..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari boss dia panggil dia balik HQ. Kat sana dia dapat tau boss dia tengah mempertimbangkan untuk guna video conference untuk pecat orang. Serius ni kasar, da la kena pecat, pakai video plak tuh. Suma ni adalah hasil idea sorang pekerja baru Natalie Keener (Anna Kendrick) untuk menjimatkan travelling cost untuk para termination engineer.

Ryan tak puas hati. Kalau idea tu diguna pakai, kehidupan dia sebagai travel man akan tergugat. Selama ni dia sangat2 enjoy kehidupan dia, travel memanjang dan tak payah fikir pasal benda2 lain. Senang kata dia tak mau keluar dari kepompong keselesaan. Lagipon impian dia adalah untuk mencapai 10 juta batu travel naik flight.

Dia pon bersemuka dengan Natalie dan membuktikan pecat orang pakai video tak proper. Boss yakin dengan Ryan ni memandangkan dia otai dalam kerja memecat orang nih. So sebagai jalan penyelesaian boss suruh Natalie ikut Ryan travel skali untuk belajar teknik2 pemecatan yang betul dengan harapan dia dapat improve program video conference tuh.

Sepanjang travel dengan Natalie, Ryan berubah sikit2 perangai dia. Dia mula mengambil berat pasal perkahwinan adiknya nanti. Sekali-sekala dia terserempak dengan Alex dalam dok travel tuh. Natalie perasan yang Ryan ngan Alex ni macam ada hubungan. Biasa la pompuan mesti nak menyibuk punya pasal hubungan orang lain. Natalie pon tanya la pasal future hubungan Ryan, tapi kecewa ngan jawapan Ryan yang dia hanya suka2 je. Punya la Natalie ni marah sebab dia baru kena dump ngan balak dia sebab asik dok travel je. Dah la kena dump, pastu jumpak lelaki yang tak serius pasal hubungan.

Mungkin terasa dengan kata2 Natalie, Ryan pon ajak la Alex pi kenduri kawin adik dia. Dan time kenduri kawin tu jugak Ryan rasa dia dah jatuh cinta buat pertama kalinya dalam hidup dia. Tapi dia diam je, tak bagitau secara serius kat Alex. Ingat, ini bukan cerita romantik!!

Cerita menjadi semakin rumit bila Ryan mendapat tau Alex dah kawin dan salah sorang pekerja yang dipecat oleh Natalie membunuh diri. Kalau nak tau kesudahan cerita ni sila la tonton sendiri kat wayang. Jangan risau, walaupon gua label tahun 2009, tapi kat Malaysia cerita ni akan ditayangkan pada tahun 2010. Camna gua dapat tengok awal? Gua travel p US kot pasal cerita nih, haha..

Apa yang buleh gua komen pasal cerita ni adalah komedi yang dibawa adalah komedi intelektual. Bukan lawak2 bodoh seperti yang ditonjolkan oleh sorang profesor kat Malaysia nih. Anda kena bijak, kalau tak, rugi la tengok tapi tak paham. Tapi gua rasa penonton yang sedang menuntut ilmu di menara gading (at least) tiada masalah nak faham.

Lagi satu, cerita ni menunjukkan manusia hati kering macam mana pon mesti tunduk jugak kepada keperluan sosial. Ryan adalah contoh terbaik, itu yang Jason Reitman cuba tonjolkan. Orang yang cakap "I'm single and happy and not looking," tu akan jilat balik kata2 dia. Ryan dah jilat balik kata2 dia, hehe..

Cerita ni penuh ngan mesej2 positif kalau kita betul2 tengok. Bukan hanya cerita kosong yang hanya menumpukan nilai2 komersil semata-mata. Dah menang Golden Globe satu untuk kategori Best Screenplay, cerita ini memang berbaloi untuk tontonan anda.

nukmanometer: 80% (lg best kalau tgk kat wayang, bwk sorang rakan anda yg hati kering)


Wednesday, January 27, 2010

A Prophet (2009) = Insult to the Muslim World???



Sewaktu gua sedang usya profil2 movie untuk gua tonton, gua ternampak ada satu filem Perancis bertajuk A Prophet. Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu bermaksud 'seorang nabi'. Gua mempunyai tahap curiosity yang agak tinggi, maka gua pon terus la click untuk usya dia punya sinopsis. Kalau lu olang ingat ni crita pasal nabi, lu silap. Sinopsisnya berbunyi:
Condemned to six years in prison, Malik El Djebena, part Arab, part Corsican, cannot read or write. Arriving at the jail entirely alone, he appears younger and more fragile than the other convicts. He is 19 years old. Cornered by the leader of the Corsican gang currently ruling the prison, he is given a number of "missions" to carry out, toughening him up and gaining the gang leader's confidence in the process. Malik is a fast learner and rises up the prison ranks, all the while secretly devising his own plans.
Semuanya nampak okay, tapi ada satu part yang mengganggu gua. Pasal watak utama yang separuh Arab separuh Corsican serta tak tahu membaca & menulis. Gua rasa umat Islam di seluruh dunia kenal dengan seorang Arab yang tak tahu membaca serta menulis. Ring a bell?

Zaman moden skarang pon ada lagi ke orang yang tak buleh membaca dan menulis?? Kat France lak tuh, salah satu negara maju kat dunia nih. Ni saja2 ke atau pon kebetulan? Gua serahkan kepada anda untuk menilai.

Adakah pengarah cuba menggambarkan secara simbolik tentang perjuangan nabi kita berdakwah dengan movie ini? Kalau ya memang nak kena la pengarah ni sebab cerita ni berlaku dalam penjara yang penuh dengan segala jenis penjenayah, lepas tu buleh pulak hero crita ni jadi ketua kepada suma penjenayah tadi. Memang kurang ajar kalau cuba membandingkan antara dua occasion tu.

Gua MASIH BELUM TONTON lagi cerita ni, so tak buleh la untuk mengulas lebih lanjut sama ada crita ni adalah konspirasi menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia atau pon berlaku secara kebetulan. Tajuk 'A Prophet' pon dah cukup provoking. Gua akan berusaha mendapatkan cerita nih untuk tontonan persendirian dan kemudiannya menilai. Setakat nih segala-galanya masih dalam tanda tanya (sebab tu gua letak tanda soal kat post nih), so jangan melatah tak tentu pasal pulak. Adios semua~


Monday, January 25, 2010

Must Watch Movies in 1st Half of 2010

Tahun 2010 baru je bermula. Promosi untuk filem2 Hollywood yang akan ditayangkan kat Malaysia tak berapa nak kencang. Mungkin disebabkan nak membela filem2 tempatan, takpa, gua no komen. Gua pon layan filem tempatan, banyak yang best, yang sampah pon bersepah.

Entri kali ini gua menyenaraikan filem2 Hollywood yang anda perlu tengok kat wayang pada separuh masa pertama 2010 (Januari-Julai). Senarai ini ditulis berdasarkan trailer yang gua tengok, sinopsis yang gua baca dan jugak pengarah & pelakon yang terlibat. Dalam banyak2 cerita gua usya trailer, senarai di bawah muncul selepas dikenakan filter terulung gua.

  1. Shutter Island
  2. Invictus
  3. Nine
  4. Up In The Air
  5. Edge of Darkness
  6. Wall Street 2: Money Never Sleep
  7. Iron Man 2
  8. Robin Hood
  9. Shrek Forever After
  10. Toy Story 3
  11. Extraordinary Measures
  12. Knight and Day
  13. Inception
  14. Salt
Muvi2 yang gua bold dan kalerkan tu jatuh hukum wajib tengok (at least utk gua) kerana berjaya memenuhi kriteria serta aspek yang telah gua tetapkan dengan cemerlang (sapa rapat ngan gua tau kot kriteria2 tu). Mungkin citarasa kita semua berbeza tapi bagi gua muvi2 yang gua senaraikan harus diberi keutamaan sebab ini antara muvi yang mempunyai trailer yang menarik minat gua. Yeap, gua tiada pilihan, hanya buleh menilai melalui trailer dan pengarah serta barisan pelakon.

Bukan nak kata tak buleh tengok muvi lain, tapi tontonlah dengan risiko anda sendiri. Kalau tak best jangan salahkan gua kata tak bagitau, tapi kalau best, good for you.

Senarai di atas adalah muvi2 yang akan ditayangkan kat Malaysia nih, ada byk lagi muvi best (bukan porno!) tapi tak masuk dalam list tu sebab tak akan ditayangkan kat sini di atas sebab2 tertentu (paham2 la kome suma ngan syarat ketat lembaga penapisan).

Kalau ada muvi yang anda rasa bes tapi gua tak letak kat sini sila komen. Mungkin gua terlepas pandang, gua pon manusia jugak (ayat pancing sket). Lagi satu kalau nak tonton, jangan lupa roger gua. Chalo for now..

Sunday, January 24, 2010

Sherlock Holmes (2009)

Pengarah: Guy Ritchie
Pelakon: Robert Downey Jr., Jude Law, Rachel McAdams, Mark Strong
Genre: Komedi penyiasatan yang penuh aksi
Durasi: 2 jam 8 minit

Gua usya cerita ni pertama kali bersama Hanif Mustafa Amin aka Ajak pada penghujung tahun 2009. Pastu pada awal 2010 gua usya cerita ni lagi skali bersama famili. Gua usya sampai 2 kali tak bermakna cerita ni best melampau2. Sila baca sampai habis.

Kepada sapa2 yang tak tau sapa tu Sherlock Holmes ni sila pergi ke toilet, tadah air suam, hiris pergelangan tangan sampai berdarah pastu rendam dalam air suam tadi. Pasti anda tau sapa Sherlock Holmes lepas tu.

Dalam siri penyiasatan kali ini Sherlock (Robert Downey Jr.) dan Dr. Watson (Jude Law) kena mematahkan rancangan Blackwood untuk menguasai Britain seterusnya seluruh dunia. Dengar macam bosan je jalan cerita dia, macam superhero kena lawan orang jahat untuk selamatkan dunia. Anda silap, teruskan membaca.

Pada permulaan cerita ni, Ritchie menjamu penonton dengan babak ritual korban manusia yang diketuai Blackwood. Tapi dia kantoi pulak ngan Sherlock dan Watson, pastu kena la tangkap kena humban dalam jel. Bukan tu saja, dia kena hukum gantung sampai mampos atas kesalahan mengamalkan sihir.

Maka dia pon kena la gantung dan Dr. Watson sahkan dia dah mati. Keadaan tenang wat seketika, tiada kekacauan. Elok la tuh sebab Watson pon tengah mabuk nak kahwin. Tetapi time tengah hari ada pulak hujan turun, petang dah tak panas dah. Blackwood yang dikatakan dah mampos ntah cam mana buleh lari dari kubur. Habis satu London panik sebab kebangkitan si Blackwood ni.

Dalam pada itu, kekasih lama Sherlock, Irene Adler (Rachel McAdams) tiba2 datang berjumpa Sherlock suruh dia cari ada sorang mamat yang hilang. Sekali time Sherlock siasat keranda Blackwood, orang yang Irene cari tu ada dalam tuh - dah arwah.

Lepas tu satu demi satu orang penting London kena bunuh. Ini bertepatan dengan apa yang Blackwood cakap kat Sherlock sablom dia kena gantung yang ada 3 orang lagi akan mati, "hang tak buleh halang punya lah," kata Blackwood angkuh.

So, bermula lah penyiasatan mereka yang penuh aksi agar rancangan Blackwood dapat diketahui. Walaupon dibekalkan dengan minda yang tajam bak pisau cukur, Sherlock tetap menghadapi kesukaran untuk membongkar rancang iblis Blackwood itu. Nak tunjuk kat penonton bukan senang jadi detektif, tambahan pula zaman tu mana ada teknologi DNA atau cap cari. Tak macam CSI skang ni, sikit2 DNA, sikit2 cap jari, bosan.

Gua merupakan salah seorang peminat filem2 arahan Guy Ritchie. Filem ini sangat berlainan dengan kebanyakan filem2 lain arahan beliau di mana plot cerita ini ditunjukkan melalui satu point-of-view sahaja iaitu Sherlock. Berbeza dengan Lock, Stock And Two Smoking Barrels, Snatch dan RocknRolla arahan beliau yang memaparkan lebih banyak point-of-view untuk menjadikan cerita lebih rumit dan menarik. Itu menjadikan cerita lebih jelas dan sapa2 pon buleh paham apa yang nak disampaikan. Budak2 darjah 6 dan ke atas sepatutnya dapat memahami cerita nih.

Apa yang menarik perhatian gua ialah bcara Guy Ritchie tunjukkan pemikiran Sherlock tentang langkah2 yang bakap diambil ketika nak meng'KO'kan musuh. Punya la mantap mamat ni atur langkah sampai kita buleh tengok imej dalam fikiran dia. Lagi satu, pengarah berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu penonton secara berkesan terhadap misteri si Blackwood ni. Penonton akan dapat segala jawapan terhadap misteri tuh di penghujung cerita, so tak buleh la kluar pi kencing time tengok wayang, haha. Terdapat hint yang menunjukkan cerita ini akan ada sequel nya di mana kemunculan watak Profesor Moriarty yang penuh dengan agenda misteri itu.

Gua secara peribadi mengharapkan cerita yang lebih gelap dan unsur komedi yang minimum untuk filem Sherlock Holmes ni. Kalau buat jadi muvi berat lagi ummpphh, Sherlock Holmes cerita lawak? This is not right. Tapi tu akan mengurangkan jumlah penonton la, bdak2 yang malas fikir mesti tak mau tengok punya nanti. Topi trademark Sherlock Holmes selalu pakai tu pon tak dak, itu antara benda xbest dalam cerita ni.

Okeh, gua pon dah ngantuk ni, adios~

nukmanometer: 75% (utk sapa yg xtgk lg, buleh beli dvd tgk. Pastu kalau dvd hilang, xpayah ssh2 cari balik)

Thursday, January 21, 2010

Goodfellas (1990)


Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Ray Liotta, Robert De Niro, Joe Pesci, Lorraine Bracco, Paul Sorvino
Genre: Drama, Jenayah Ganas
Durasi: 2 jam 26 minit

Kalau The Godfather filem jenayah terbaik zaman 70-an, Scarface jenayah zaman 80-an, cerita Goodfellas ni adalah yang terbaik zaman 90-an. Time ni gua baru umur 2 tahun, apa jadahnya nak tengok cerita ni kat panggung dan tak mungkin cerita ni masuk Malaysia.

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar mafia daripada buku Wiseguy yang ditulis oleh wartawan jenayah, Nicholas Peliggi. Cerita ini mengisahkan watak utama, Henry Hill (Ray Liotta) macam mana dia join kelompok2 mafia depan rumah dia time kecik2. Mamat ni keturunan separuh Sicily (asal-usul mafia) dan separuh lagi darah Ireland, so memang senang la nak terpengaruh ngan gaya hidup mafia walaupon baru darjah 6. Dalam dok buat kerja2 ngan mafia depan rumah, boss dia Paul Cicero (Paul Sorvino) memperkenalkan Jimmy Conway (Ribert De Niro). Dia punyalah respek ngan Jimmy ni sebab xdak orang berani kacau dia kat neighbourhood tuh, lagi pon Jimmy ni kaya sebab dok seludup rokok. So kareer jenayah Henry ni semakin mantap bila dah join Jimmy, tambahan pulak, Tommy DeVito (Joe Pesci) yang hangin satu badan pon join depa.

Ada beberapa turning point yg mempengaruhi perjalanan cerita nih. Salah satunya ialah apabila Tommy yg hangin gila babi bila jumpak dgn sorang made man famili lain yg asik dok kutuk dia ja. Bila bar tinggal depa je, mati mamat tu kena bantai ngan 3 sekawan nih. Paham2 la bila bantai made man, lu igt lu buleh selamat. Lagi satu bila depa salah bantai orang, bagi makan kat singa dalam zoo. Sekali adik mamat tu jurutaip FBI, abis masuk penjara. Henry pon start berjinak2 ngan industri dadah. Bos dia punya la igtkan agar tak terjebak tapi dia tak pedulik asalkan dapat duit.

Dalam dok wat bisnes dadah, 3 sekawan ni terlibat dengan rompakan yg paling besar dlm sejarah US ketika tu, The Lufthansa Heist. Aftermath drpd rompakan tuh, Jimmy jadi paranoid. Dia takut member2 lain joli duit tu pastu kantoi. So, tengok la cerita ni untuk mengetahui apa yg terjadi kepada mereka dan persahabatan antara Jimmy, Henry dan Tommy.

Kebanyakan muvi hanya menekan aspek character atau plot, either one, tapi Goodfellas dua2 pon ada. Overall, I can say that this movie is both character and plot driven. Lakonan Liotta, De Niro dan Pesci sgt2 menjadi. Lu bayangkan Joe Pesci buleh menang Oscar 1990 (Best Supporting Actor) untuk character Tommy yang panas baran cam gampang tuh.

Rokok dan mencarut memang tak boleh dipisahkan dalam cerita nih. Setiap kali cakap sebatang rokok habis. Perkataan 'fuck' dilafazkan sebanyak 300 kali sepanjang penceritaan, mmg sah xbuleh masuk Malaysia. Apa jadahnya mafia tak mencarut?? Tak real langsung!

Ketelitian set dan prop memang tak buleh disangkal lagi. Perbezaan dapat dilihat pada interior rumah, restoran, pejabat yg dlm muvi ini serasi dengan timeline nya iaitu 25 tahun.

Martin Scorsese mempopularkan teknik freeze frame di mana video akan jadi macam pause pada babak2 penting dalam kehidupan Henry. Ini membolehkan penyampai cerita (narrator) menyampaikan lebih banyak mesej dalam 1 frame yang penting tuh. Tidak keterlaluan kalau gua cakap ini adalah satu dokumentari terulung pasal suasana mafia di Brooklyn, New York.

So, kepada yang diluar sana xpayah la tunggu tv3, tv2 atau pon astro nak tayang muvi ni time raya. Memang mustahil akan ditayangkan. Silap2 parlimen buleh bergadoh kalau ada stesen tv tempatan tayangkan balik cerita nih.

nukmanometer: 99%




Tahun Baru=Bukak Blog

Hola folks..
Setelah sekian lama hidup di dalam dunia yang kejam ini (22 tahun tak la lama sangat), hasrat gua untuk membuka blog akhirnya tercapai jugak. Tujuan gua mendirikan blog NukmanTheMovie ini adalah untuk berkongsi pendapat berkenaan filem-filem yang gua dah tonton (dengan penuh emosi) dan apa saja yang berkaitan dengannya.

Di dalam blog ini juga akan dimuatkan dengan review filem-filem yang gua dah tengok (dari zaman nenek anda dulu sampai la sekarang), artikel-artikel berkenaan industri filem dari perspektif gua sendiri dan juga profil-profil mereka yang memberi impak besar kepada gua dan industri filem (pengarah, pelakon, penerbit etc). Kebanyakan filem yang gua akan review adalah dari Hollywood (memang la dah depa yg banyak buat muvi), namun filem dari Malaysia, UK, France, India, Hong Kong dan Thailand tidak akan dilupakan. Anda jugak buleh request gua untuk review filem pilihan anda. Tapi dengan syarat filem tersebut bukanlah berasal dari Korea. Gua memang pantang tengok cerita Korea.

Kredibiliti
Apa yang gua ada sampai buleh review muvi orang suka-suka hati je? Gua takde pon degree dalam bidang seni apatah lagi perfileman, gua tulis review berdasarkan pemerhatian dan analisis dalam minda gua sahaja.

Bahasa
Pada permulaan ini gua bercadang untuk guna Bahasa Melayu sahaja, tapi mana la tau kot2 mood gua berubah, English wouldn't be hard to understand, right? I'll be writing reviews in English anytime I feel like it (yeap..it's my blog, thank you), so that I can curse effectively..=p