Thursday, January 28, 2010

Up In The Air (2009)

Pengarah: Jason Reitman
Pelakon: George Clooney, Anna Kendrick, Vera Farmiga
Genre: Drama, Komedi
Durasi: 1 jam 49 minit

Dalam banyak2 pekerjaan yang ada kat planet bumi nih, ada 1 kerja je yang anda suma mungkin tak pernah fikir - Termination Engineer. Tugas termination engineer ini ialah memecat orang bagi pihak majikan yang penakut, pengecut dan takdaq teloq untuk memecat pekerja sendiri. Yeap, gua sendiri pon terkejut rupa2nya ada pekerjaan ni, haha. Bak kata Karam Singh Walia, "habis madu, sepah dibuang,".

Filem Up In The Air ni adalah berkisarkan tentang kisah hidup termination engineer iaitu Ryan Bingham (George Clooney). Beliau menyara hidup beliau dengan memecat pekerja. Bekerja dengan sebuah kampeni yang di'contract'kan oleh client (syarikat lain) untuk memecat pekerja yang tak diperlukan lagi, beliau kena travel ke seluruh US sebab tak banyak kampeni buat bisnes nih. Oleh itu, he is the last person that people wanna see. Silap2 President US pon cuak nak jumpak mamat nih.

Ryan ni memang hustler dalam bab2 travelling, xdak sapa buleh lawan. Lu bayangkan dalam setahun, 300 hari dia travel, selebihnya cuti. Di samping itu, dia jugak merupakan penceramah motivasi menggunakan analogi 'apa yang ada dalam beg anda?'. Dalam dok travel tu dia berkenalan dengan Alex Goran (Vera Farmiga) yang kerap travel jugak. Depa pon menjalinkan hubungan secara ringan (kasual). Dalam erti kata lain, bila gersang je depa jumpak.

Kalau anda ingat cerita ni adalah semata2 pasal pekerjaan Ryan, anda silap. Cerita ni pasal pekerjaan Ryan, keperluan dan tanggungjawab dia sebagai manusia. Tau2 la bila asik travel, dia tiada masa untuk menjalinkan hubungan secara serius dan melupakan tanggungjawab keluarga dia sebagai abang. Antara keperluan sosial manusia ialah teman hidup dan keluarga, dan Ryan ni dua2 pon tak pedulik. Sebab dengan travelling, dia buleh melarikan diri daripada tanggungjawab. Lagi pon mamat ni tak percaya dengan cinta. Ni dah lawan hukum alam. "I'm single and not looking," kata Ryan tenang. Gua harap gua pon buleh cakap mcm dia nnt, haha..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari boss dia panggil dia balik HQ. Kat sana dia dapat tau boss dia tengah mempertimbangkan untuk guna video conference untuk pecat orang. Serius ni kasar, da la kena pecat, pakai video plak tuh. Suma ni adalah hasil idea sorang pekerja baru Natalie Keener (Anna Kendrick) untuk menjimatkan travelling cost untuk para termination engineer.

Ryan tak puas hati. Kalau idea tu diguna pakai, kehidupan dia sebagai travel man akan tergugat. Selama ni dia sangat2 enjoy kehidupan dia, travel memanjang dan tak payah fikir pasal benda2 lain. Senang kata dia tak mau keluar dari kepompong keselesaan. Lagipon impian dia adalah untuk mencapai 10 juta batu travel naik flight.

Dia pon bersemuka dengan Natalie dan membuktikan pecat orang pakai video tak proper. Boss yakin dengan Ryan ni memandangkan dia otai dalam kerja memecat orang nih. So sebagai jalan penyelesaian boss suruh Natalie ikut Ryan travel skali untuk belajar teknik2 pemecatan yang betul dengan harapan dia dapat improve program video conference tuh.

Sepanjang travel dengan Natalie, Ryan berubah sikit2 perangai dia. Dia mula mengambil berat pasal perkahwinan adiknya nanti. Sekali-sekala dia terserempak dengan Alex dalam dok travel tuh. Natalie perasan yang Ryan ngan Alex ni macam ada hubungan. Biasa la pompuan mesti nak menyibuk punya pasal hubungan orang lain. Natalie pon tanya la pasal future hubungan Ryan, tapi kecewa ngan jawapan Ryan yang dia hanya suka2 je. Punya la Natalie ni marah sebab dia baru kena dump ngan balak dia sebab asik dok travel je. Dah la kena dump, pastu jumpak lelaki yang tak serius pasal hubungan.

Mungkin terasa dengan kata2 Natalie, Ryan pon ajak la Alex pi kenduri kawin adik dia. Dan time kenduri kawin tu jugak Ryan rasa dia dah jatuh cinta buat pertama kalinya dalam hidup dia. Tapi dia diam je, tak bagitau secara serius kat Alex. Ingat, ini bukan cerita romantik!!

Cerita menjadi semakin rumit bila Ryan mendapat tau Alex dah kawin dan salah sorang pekerja yang dipecat oleh Natalie membunuh diri. Kalau nak tau kesudahan cerita ni sila la tonton sendiri kat wayang. Jangan risau, walaupon gua label tahun 2009, tapi kat Malaysia cerita ni akan ditayangkan pada tahun 2010. Camna gua dapat tengok awal? Gua travel p US kot pasal cerita nih, haha..

Apa yang buleh gua komen pasal cerita ni adalah komedi yang dibawa adalah komedi intelektual. Bukan lawak2 bodoh seperti yang ditonjolkan oleh sorang profesor kat Malaysia nih. Anda kena bijak, kalau tak, rugi la tengok tapi tak paham. Tapi gua rasa penonton yang sedang menuntut ilmu di menara gading (at least) tiada masalah nak faham.

Lagi satu, cerita ni menunjukkan manusia hati kering macam mana pon mesti tunduk jugak kepada keperluan sosial. Ryan adalah contoh terbaik, itu yang Jason Reitman cuba tonjolkan. Orang yang cakap "I'm single and happy and not looking," tu akan jilat balik kata2 dia. Ryan dah jilat balik kata2 dia, hehe..

Cerita ni penuh ngan mesej2 positif kalau kita betul2 tengok. Bukan hanya cerita kosong yang hanya menumpukan nilai2 komersil semata-mata. Dah menang Golden Globe satu untuk kategori Best Screenplay, cerita ini memang berbaloi untuk tontonan anda.

nukmanometer: 80% (lg best kalau tgk kat wayang, bwk sorang rakan anda yg hati kering)


4 xpuashati:

Achan Sinclair said...

Ngeh...nice movie..aku tgh downloading.. ayat ang mcm dah lama kenal wanita, walhal ang dah lana xbcinta...musykil aku..hahaha

review lebih sikit beb..lakonan ka, plot ka ost ke..mcm slalu kita sembang2..baru padu review..

aku nk usha ranlah ram dalam ncn2 aznil

Unknown said...

yeahhhhhh i'm single+happy and not looking~cooL haaa!!hak3

nukman said...

baik acan, aku teruja nak tulis plot smpai terlupa nak komen pasal lakonan,haha..

Peah: Tu la aku, cool kan?

Maaruf Mohamad said...

aku dah berjaya beli dvd citer ni kat pasar malam tadi..teruskan mereview cerita...