Sunday, February 28, 2010

Film Critics Vs. Public Audience


Pernah tak anda tengok filem yang anda rasa best gila babi tapi bila review keluar, cakap cerita yang anda minat tu sampah? Ataupon ada filem yang anda tak faham sepatah haram pon tapi buleh menang Best Picture kat Academy Awards? Jika pernah terjadi, maknanya anda normal. Kalau tak pernah rasa camtu anda sebenarnya abnormal.

Ada lebih kurang 6 billion manusia kat atas muka bumi nih, dan lebih separuh daripada mereka pernah menonton filem lebih daripada sekali (gua agak je nih). Point gua kat sini ialah citarasa filem mereka memang mustahil la nak sama 100%. Untuk satu cerita, ada bermacam2 jenis pendapat bagi setiap individu. Namun secara kasarnya, hanya ada 2 pilihan saja - suka atau tak suka.

Kita tak buleh kategorikan satu filem tu best bila ramai yang berkata macam tu. Sebabnya setiap orang mempunyai syarat2 yang tersendiri untuk menobatkan satu2 cerita sebagai best nak mampos, tahap dewa, gila babi bes, dan sebagainya. Namun, kebanyakan orang mempunyai syarat2 yang tak begitu ketat. Hanya setakat buleh buat dia gelak dan terlopong mulut, terus rekemen cerita tu kat semua orang. Masuk wayang, tengok adegan CGI yang canggih, letup bangunan sana-sini, kereta wat drift sket2, terus melabelkan cerita tersebut sebagai wajib tonton. Sapa tak tonton memang rugi besar dan tak buleh dimaafkan. Pendek kata, filem yang membuatkan dia rasa terhibur akan mendapat skor yang tinggi. Inilah citarasa kebanyakan penonton di Malaysia mahupon di USA yang meletakkan filem hanya sekadar hiburan.

Tetapi, dalam banyak2 manusia nih, ada satu golongan yang mahukan filem ini lebih dari hiburan. Filem2 yang ditonton mereka tidak dianggap sebagai hiburan semata2, sebaliknya lebih ke arah ilmu pengetahuan dan seterusnya sebagai medium propaganda yang memberi impak mendalam kepada masyarakat (rujuk post terdahulu: Taxi Driver). Segelintir daripada golongan ini menjadi pengkritik muvi dan selebihnya hanya simpan untuk diri mereka sendiri. Contoh2 pengkritik muvi ialah Rottentomatoes dan Metacritics.

Di sini, kita dapat lihat perbezaan yang agak ketara di antara 2 golongan ini. Antara puncanya ialah perbezaan tahap kepuasan selepas habis menonton filem. Selalunya, bila public audience suka terhadap sesuatu filem, para pengkritik tak semestinya bersetuju. Macam tu jugak apabila pengkritik menyanjung sesuatu filem, public audience tak selalunya bersetuju. Tetapi banyak jugak terjadi di mana kedua2 golongan memiliki pendapat yang sama. So, tak payah la nak bergaduh muvi mana bes muvi mana tak bes. Contohnya gua tak berapa nak paham cerita Million Dollar Baby (2004) dan No Country For Old Men (2007) tapi dua2 tu dapat Academy Award untuk Best Picture.

Sebut pasal award, pengkritik ni mempunyai pengaruh yang tinggi. Kenapa? Sebab depa la yang tentukan filem mana yang layak filem mana yang tak layak berdasarkan syarat2 yang amat ketat yang perlu dipenuhi. Lakon layar, keberkesanan lakonan, adunan bunyi, kesenian, kesan2 khas, cinematography, rekaan kostum, impak terhadap masyarakat & budaya dan macam2 lagi (gua pon malas nak tulis sebenarnya). Semua ini dinilai oleh mereka2 yang mengambil berat pasal kualiti filem.

Biasanya penonton yang nak tengok filem untuk sekadar hiburan tak akan menilai muvi sampai tahap ini, asalkan seronok dalam wayang sudah, keluar wayang dah tak rasa apa. Secara peribadi gua berpendapat, ramai yang hanya menekankan aspek kesan2 khas (special effects). Lagi dasat, lagi best. Lu buleh tengok macam mana filem2 seperti Transformers: Revenge of the Fallen, G.I Joe: Rise of the Cobra dan Avatar mendapat perhatian ramai orang. Tapi hanya Avatar yang dapat review bagus, baca review kat page lain kalau nak tau kenapa. Dua muvi yang lain tuh kena bantai kaw2 tanpa belas kasihan.

Sebab itu lah, kalau anda tengok, filem2 yang mendapat review yang elok berpeluang dicalonkan dalam pelbagai anugerah seperti Cannes Film Festival, Sundance Film Festival, Golden Globe Awards, Screen Actors Guild Awards, Directors Guild of America Awards, BAFTA dan yang paling berprestij, Academy Awards aka Oscar. Filem2 yang tak box-office pon buleh dapat award sebab keuntungan tidak mempengaruhi judgement mereka. Kuasa untuk memberi award ada di tangan pengkritik manakala kuasa untuk buat untung banyak (box-office) masih ada di tangan penonton awam.

Filem2 yang tak mendapat tempat di hati pengkritik tapi ramai orang suka, tetap ada anugerah. MTV ada buat award untuk filem2 yang macam ni, macam2 kategori ada (yang tak masuk akal pon ada). Macam filem Twilight dan New Moon, ramai kot kapel2 remaja yang dok gila cerita nih, so MTV pon tak lepaskan peluang la. Muvi2 macam ni dilabel sebagai MTV-friendly dimana orang2 seperti gua tak mungkin akan suka.

Bagi gua, filem yang gua tak enjoy langsung tengok tak semesti tak best (know what I mean?). Gua bagi contoh, bila tengok The Constant Gardener (2005), gua tak enjoy sangat pon. Tapi cerita tu menunjukkan realiti kehidupan yang perit dicampur dengan segala konspirasi firma pharmaceutical dan gua buleh terima segala mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah (gua agak2 je terima semua), realiti tak selalunya ideal. Ini sama macam belajar, gua tak enjoy pon belajar engineering kat UTP tapi gua dapat apa yang cuba disampaikan (tak semua la,haha).

Saranan gua kat sini ialah sebelum menonton filem, penonton haruslah tetapkan objektif mereka agar tidak hanya menikmati sekadar hiburan, sebaliknya cuba anggap macam satu dokumentari. Cari apa yang pengarah cuba sampaikan, selalunya pengarah ni lebih bijak daripada apa yang anda sangka. Silap2 anda buleh cari simbolik2 Illuminati dan Freemason. Selamat menonton!!

Thursday, February 25, 2010

Jackie Brown (1997)

Pengarah: Quentin Tarantino
Pelakon: Pam Grier, Samuel L. Jackson, Robert Forster, Robert De Niro, Bridget Fonda dan Michael Keaton
Genre: Jenayah dicampur dengan sedikit komedi
Durasi: 2 jam 34 minit

Kepada wanita2 di luar sana yang bercita-cita nak jadi pramugari, sila pertimbangkan semula impian anda selepas tonton filem nih. Filem ini filem jenayah, how the hell gua buleh relate dengan pramugari pulak? Itu pasti persoalan yang anda fikirkan skarang kan..

Sinopsisnya berbunyi: Jackie Brown (Pam Grier), seorang pramugari yang bekerja dengan sebuah kampeni penerbangan kecik Mexico dalam dilemma bila kantoi dengan polis kerana seludup wang tunai bosnya, Ordell Robbie (Samuel L. Jackson). Polis suruh dia bagi kerjasama untuk tangkap bos iaitu tokey senjata dunia bawah tanah, tapi minah ni takut kena bunuh kalau jadi snitch. Kalau tak bagi kerjasama kat polis, dia tak buleh dah bekerja, so nak makan apa?

So, untuk memuaskan hati dua2 belah pihak, Jackie merancang satu komplot dengan pengikat jaminnya Max Cherry (Robert Forster). Ordell pon ada komplot jugak nak lepaskan diri dia daripada kena tangkap. Kita tengok sapa yang perkena sapa. Sinopsis ni gua tulis seringkas yang boleh sebab kalau nak tulis full, buleh jadi beribu2 perkataan. Plot filem ni jauh lebih rumit daripada apa yang gua tulis, so skali lagi, sapa yang malas pakai otak dinasihatkan jangan tonton.

Kepada peminat2 filem Quentin Tarantino, filem ni lain sket. Ia tak dibahagikan mengikut chapter seperti mana filem2 arahannya yang lain iaitu Reservoir Dogs (1992), Pulp Fiction (1994), Kill Bill 1&2 (2003 & 2004) dan Inglorious Basterds (2009). Quentin nak berubah angin sat kot.

Tapi trademark dia tetap ada, tak hilang. Antaranya ialah penuh dengan perbualan, sikit2 cakap, sikit2 cakap. Tapi lu jangan silap, cakap tu bukan cakap2 kosong, tapi penuh dengan makna dan unsur komedi. Macam mana Samuel L. Jackson dan John Travolta dalam Pulp Fiction bersembang, macam tu lah dalam muvi ni. Cuma kali ni dengan Robert De Niro yang melakonkan watak Louis Gara, seorang ex-con yang lurus bendul.

Lagi satu trademark dia ialah kepelbagaian perspektif. Penonton bukan hanya diceritakan mengikut perspektif Jackie Brown je, tapi seluruh watak utama dalam cerita nih. Kelebihan teknik ni ialah penonton akan lebih faham tentang apa yang Quentin cuba sampaikan. Tambah2 dengan plot yang boleh kata rumit nih.

Gua perasan dalam muvi nih, watak2 dia semuanya mempunyai personaliti yang amat berlainan. Memang macam air dengan minyak. Jackie seorang yang bijak tapi terdesak, Ordell pon bijak tapi kejam dan takut penjara, Max seorang yang tenang dan sedang dilamun cinta, Louis seorang yang setia tapi lurus bendul dan bodoh, Melanie iaitu sugarbaby Ordell lakonan Bridget Fonda, seorang yang agak rebelious dan junky, dan akhir skali Ray (Michael Keaton), seorang ejen ATF yang paksa Jackie jadi snitch. Bila suma character ni dihubungkan, apa yang lu buleh bayangkan? Mesti la lawak jadinya..haha.

Owh, gua hampir lupa. Antara trademark Quentin Tarantino yang lain ialah adegan2 bunuh dengan kejam sambil darah terpercik merata2. Setiap filem dia ada element nih, gua berani jamin tiada filem arahan Quentin Tarantino yang takde darah dan orang mati kena bunuh.

Dalam filem ni jugak terdapat satu lagu yang gua minat gila2. Lagu Across a 110th Street nyanyian Bobby Womack menjadi lagu pembukaan cerita nih memang soul habis!! Cuba lu dengar betul2 lirik dia, ia menceritakan masalah2 kaum african-american di America. Gua suggest agar cari lirik dia baru dengar lagu.


So, para pramugari di tempat intern gua, sila2 lah usha cerita nih. Mana tau kisah hidup anda sebijik macam Jackie Brown. Jangan lupa usha trailer kat bawah. Sekian...

nukmanometer: 87% (erk, dah 2 jam 34 minit??)

Sunday, February 21, 2010

The Wolfman (2010)

Pengarah: Joe Johnston
Pelakon: Benicio del Toro, Anthony Hopkins, Emily Blunt, Hugo Weaving
Genre: Remake, aksi, thriller dan seram (kononnya)
Durasi: 1 jam 52 minit

Berpakaian macam orang bekerja (tali leher kaler maroon, kemeja lengan panjang kaler putih, sluar slack kaler hitam cutting yanky bak kata Tok gua), Ajak dan gua tanpa segan silu membeli tiket wayang di Village Mall, Sungai Petani selepas berakhirnya interview yang hanya menanyakan 1 soalan.

Secara jujurnya, gua tidak meletak apa2 harapan yang muvi nih buleh melopongkan mulut gua tanda kagum. Walaupon dengan barisan pelakon yang mantap seperti Benicio del Toro dan Sir Anthony Hopkins, gua tetap skeptik dengan kebolehan pengarah.

Tak mahu sembang banyak, ni gua nak cerita plot dia. Gwen Conliffe (Emily Blunt) menulis surat kepada Lawrence Talbot (Benicio del Toro) agar membantunya mencari bakal suaminya, Ben Talbot, juga merangkap sebagai adik Lawrence. Berlatarbelakangkan pekan Blackmoor yang gloomy pada tahun 1850-an, Lawrence pon pulang dari Amereka dan bertekad mencari adiknya yang hilang.

Sesampainya di Blackmoor, Lawrence mendapat tau yang adiknya dah mati dibunuh oleh binatang buas. Orang2 kat pekan suspek serigala jadian yang bunuh Ben. Lawrence nak percaya tapi tak buleh la percaya buta je, so dia pon siasat.

Dalam penyiasatan, dia kena gigit dengan werewolf tersebut. Tau2 la bila gigit, dia pon jadi werewolf jugak. Lebih mengejutkan, dia mendapat tau werewolf yang bunuh adik dia tu adalah bapak dia, Sir John Talbot (Sir Anthony Hopkins). So, terjadi la pertempuran werewolf antara bapak dengan anak. Habis.

Tu lah dia plot cerita nih, direct atau straight forward, bosan, twist yang tak macam twist, predictable dan tiada unsur kejutan. Bak kata kawan gua, "apa yang kita pikir, mesti keluar jap lagi". Pengarah macam ingat penonton ni bodo sangat sampai takut nak buat plot yang lebih realistic dan kompleks. Rating filem 18PL, tapi gua rasa adik gua darjah 1 pon buleh layan cerita nih.

Pelakon sikit punya mantap, Benicio del Toro pernah menang Academy Awards pada tahun 2001 untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki terbaik. Pastu lakonan dia dalam filem Che sebagai Che Guavara pon disukai critics dan menang banyak award. Tu belom gua cerita pasal Sir Anthony Hopkins lagi, mamat ni lagi la mantop. Lakonan dia sebagai saiko Hannibal Lecter tu sapa buleh lupa?? Siap dapat award villain paling jahat sekali dalam AFI 100 Years 100 Heroes & Villains.

Namun, pengarah Joe Johnston tak dapat memanfaatkan anugerah pelakon yang dia ada, shame on him. Gua tak la kecewa sangat bila tengok cerita ni sebab gua dah agak. Kalau ada sapa2 yang tengok muvi sebab pelakon popular, baik jangan teruskan amalan ini. Muvi ni contoh terbaik, barisan pelakon tak menjamin cerita tu best. Sebaliknya pengarah la yang memainkan peranan penting. Gua bagi contoh filem The Godfather (1972), Al Pacino time tu sapa pon tak kenal kot. Tapi sebab Francis Ford Coppola ni handal, bagi tunjuk ajar apa suma. Terus naik nama mamat tu.

Apa yang buleh dibanggakan kat sini ialah make-up artist dia. Werewolf tu bukan generate dari komputer, tapi pakai make-up beb.

p/s: Emily Blunt cun la pulak dalam cerita nih..

nukmanometer: 55% (lepas kuar wayang, terpinga2 tentang objektif cerita nih)

Wednesday, February 17, 2010

Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon (2008)

Pengarah: Daniel Lee
Pelakon: Andy Lau, Sammo Hung, Maggie Q, Vannes Wu
Genre: Epik peperangan zaman dulu (lepas kejatuhan Dinasti Han)
Durasi: 1 jam 42 minit

Salam. Ini adalah ulasan muvi Hong Kong gua yang pertama. Pada mulanya gua nak ulas Young & Dangerous (1996) dulu tapi gua terpaksa pilih cerita nih, sebab apa? Baca sampai habis.

Sebenarnya dulu kawan gua di sebuah universiti swasta tempatan ada rekemen agar usya cerita nih tapi gua buat2 tak tau je sebab time tu mood gua lebih ke arah muvi jenayah terancang (organized crime). Lepas tu stesen TV tempatan ada pulak tayang cerita nih sempena CNY, gua pon apa lagi..Tak kan nak lepaskan peluang? Terus je gua layan cerita ni sambil berfikir sebab apa mmbe gua sorang nih asik rekemen je.

Sebagai peminat komik Hong Kong yang tegar, cerita ni memang tak asing lagi bagi gua. Ia merupakan sebuah kisah benar yang berlaku selepas zaman kejatuhan Dinasti Han di mana ada 3 negara tengah berebut tanah untuk menyatukan (merajai) China. Komik Hong Kong Kisah 3 Negara ada menceritakan epik tersebut.

Namun filem ini hanya menceritakan pasal riwayat hidup salah seorang general perang yang terlibat dalam kancah peperangan itu. Di awal filem ini, Zhao Zilong (Andy Lau) dan Lou Ping'an (Sammo Hung) hanyalah seorang askar berpangkat bawahan di kem ketua kerajaan Shu iaitu Liu Bei (Elliot Ngok) yang sedang berperang dengan ketua kerajaan Wei, Cao Cao (Damian Lau).

Time tu askar Cao Cao jauh lebih banyak dari askar kat kem Zilong, tapi dengan kebijaksaan Perdana Menteri Zhuge Liang (Pu Cunxin), depa buat serangan mengejut dan Cao Cao pon tersentak lalu berundur. Lepas peristiwa tu, nama depa pon naik la sikit.

Tapi peristiwa yang menjadi titik tolak cerita nih ialah bila Zilong pi rescue anak (baby lagi time tu) Liu Bei daripada genggaman Cao Cao. Zilong berjaya dan dinaikkan pangkat menjadi general. Punya terer mamat ni sampai 1 perang pon dia tak pernah kalah. Walaubagaimanapon, time umur dia 71 tahun, dia kalah jugak dalam peperangan terakhir dia. Dia kalah sebab ada musuh dalam selimut yang bocorkan maklumat. Nak tau sapa kena la tengok muvi nih.

Gua nak cerita element yang gua suka dulu pasal filem nih. Dia punya baju zirah, senjata dan kostum2 lain memang tiptop. Kalau baju zirah buat dari polistrin, sapa nak tengok kan?? Lepas tu dia punya setting (tempat shooting) memang lawa. Zaman dulu kurang sikit pencemaran dari zaman sekarang.

Pasal plot tak buleh nak komen sangat sebab ni kisah benar (separuh je kot yang betul). So pengarah lebih menumpukan aspek lakonan dan peperangan. Tiada apa gua nak komen pasal lakonan Andy Lau dan barisan pelakon veteran lain sebab depa memang terer berlakon. Unsur2 sedih, rage dan kejutan suma ada dalam cerita nih, tak la hanya kisah perang semata-mata.

Haaaa..pasal element yang gua tak suka, memang banyak. Lagi banyak dari yang gua suka. Banyak unsur2 tak logik (bagi gua) yang pengarah tonjolkan. Contohnya time Zilong pi rescue anak Liu Bei. Dia pi sorang2 je kalau lu nak tau. Lawan dia, beratus tentera Cao Cao..Lepas tu buleh pulak menang time lawan dengan askar2 tadi. Siap buleh rampas pedang Cao Cao lagi..WTF?? Lawan beratus orang askar berpengalaman sambil galas baby dekat belakang dan menang, logik tak bunyinya? Part perang pon tak berapa nak lama, tak macam Troy (2004) atau pon Warlords (2007). Bagi gua kalau cerita perang, part perang kena la buat lama sikit.

Lagi satu pasal general perang perempuan. Cao Cao buleh pulak hantar cucu pompuan dia Cao Ying (Maggie Q) pi berperang dengan Zilong. Apa dia sudah gila?? Takkan la tak dak anak laki yang buleh dia hantar, bapak Cao Ying tu kan ada.. Gua syak part ni tak berlaku dalam kisah sebenar.

Aspek lain yang gua tak puas hati ialah barisan pelakon muda. Dah tau nak berlakon filem perang zaman, kena la ubah gaya sikit. Ini tidak, simpan rambut dreadlock dan tak mau pakai helmet time perang. Apa lu ingat rambut dreadlock lu buleh tahan panah dan tombak? Mamat ni memang perosak filem nih. Orang cina zaman dulu simpan janggut dan misai, tak pon misai sahaja..Tapi ada la pulak sorang mamat ni simpan janggut semata2 macam kebanyakan band nu-metal zaman sekarang. Lu jangan ingat penonton ni bodoh macam lu. Sablom berlakon filem perang, kena la buat research dulu pasal tu. Baru la ada umphh sikit, ni nak ambik jalan singkat je. You stupid fuck!! haa kan dah kena mencarut..

Secara keseluruhan gua tak berapa nak layan cerita nih. Suma ni gara2 unsur2 tak logik yang ditonjolkan dan sikap bodoh sombong barisan pelakon mudanya. Bila gua dah nampak keburukan, susah sikit gua nak ingat balik benda2 best. Pada pendapat gua, cerita ni kena bagi durasi dia lama sikit baru la perkembangan watak dan plot serta part perang tu sempurna. 2 jam 30 minit adalah durasi terbaik untuk cerita macam nih.

nukmanometer: 60% (sapa xtngk lg, tggu la TV3 tyg skali lg,xpyh cari dvd)

Saturday, February 13, 2010

Pendapatan Sambilan Mamat2 Hollywood

Kali ni gua nak bagitau yang hidup kat Hollywood tak semestinya senang-lenang seperti yang kita suma sangka. Banyak pelakon, penyanyi mahupon pengacara terpaksa buat kerja sambilan untuk menyara kehidupan mereka anal-beranak. Di sini gua senaraikan sebahagian selebriti dan kerja sambilan mereka.

Andy Garcia vs Dimitar Berbatov

Kalau anda masih tak tau, Andy Garcia dan Dimitar Berbator adalah orang yang sama. Lepas berlakon jadi Vincent Corleone dalam The Godfather Part III (1990), Andy tak dapat dah offer berlakon sebab pengarah takut nak ambik. Gila lu, mafia abis!! Sapa berani nak ambik..So dia pon cuba la nasib main bola kat UK..Terer pulak mamat ni main sampai Manchester United beli dia jadi striker.

Mark Strong vs Dimitar Berbatov

Skang Andy Garcia dah tua, tapi peminat still nak Berbatov main. So, dia suruh la sorang lagi pelakon yang asik sesak je duit dia, Mark Strong. Mamat ni berlakon dalam filem Sherlock Holmes baru2 nih. Dia duduk kat UK, senang la sikit nak ulang-alik main bola untuk MU.


Sylvester Stallone vs Stephen Hunt

Kalau sebut Stallone mesti anda suma ingat dia sebagai peninju (Rocky) dan askar (Rambo) kan.. Tapi anda jangan lupa yang mamat ni pon terer main bola. Identiti dia kat EPL ialah Stephen Hunt yang bermain di pasukan Hull City. Lu ingat lagi Petr Cech retak tengkorak dia lepas langgar dengan mamat nih??Tu kira nasib baik la tuh, selalunya sapa yang halang mamat ni kena tinju sedas dua, tak pon makan peluru la..


Ryan Seacrest vs Andriy Shevchenko

Ryan Seacrest ni nampak je pendek, tapi kalau kat atas padang dia tinggi la pulak. Sebenarnya dia ni tak suka sangat bersukan, tapi bila hutang keliling pinggang, terpaksa la main bola. Nasib naik mamat ni ada bakat, bermain sebagai Andriy Shevchenko, dia memang kesayangan peminat kelab AC Milan. Tapi skang dah merata dia jadi hos, so jarang la nampak kat padang bola.


Gary Dourdon vs Thierry Henry

Nama mamat ni kat Hollywood tak la gah sangat. Orang perasan dia dalam cerita CSI je sebagai Warrick. Tapi kat dunia bola sepak, perghhh!!!Sapa tak kenal Thierry Henry?? Dia ni bakat main bola lagi besar dari berlakon. Gua syak dia ni dah beralih sepenuh masa kepada bola sepak. Lepas mati dalam cerita CSI, tak sapa dah nak offer dia berlakon. Gua sarankan dia masuk Arsenal balik.

Justin Timberlake vs Wayne Rooney

Ini paling gua respek!! Serius!! Justin sanggup tukar ciri2 fizikal dia yang hensem tu kepada makhluk hodoh seperti Wayne Rooney semata-mata nak main bola. Bukan apa, kalau hensem sangat time main bola orang cakap jambu referee pulak. Justin sorang je yang main bola sebab minat. Tapi anda jangan salah faham, dia bukan minat main bola. Dia minat kat sugar daddy dia je iaitu Alex Ferguson, kalau tak jangan harap dia nak main bola.


Mos Def vs Nabil

Kebanyakan bintang Hollywood cari makan secara sambilan dengan main bola, tapi tidak untuk Mos Def. Selepas menyepi di Hollywood, dia terjumpa iklan masuk pertandingan Raja Lawak kat laman web Astro. Rezeki datang bergolek depan mata, apa lagi, dia terus belajar Bahasa Melayu siap dengan loghat negeri sembilan lagi. Dengan hanya berbekalkan keazaman yang tinggi, dia tekad nak cari rezeki di bumi Malaysia ini. Lepas menang Raja Lawak, dia decide tak mau dah balik Hollywood sebab banyak o0o duit berlakon kat Malaysia.

Itulah sedikit sebanyak macam mana bintang2 barat cari rezeki. Punya la bersungguh2 nak kena ulang-alik US-UK untuk main bola. Artis2 kat Malaysia ulang-alik pi mahkamah je tau..haha

Thursday, February 11, 2010

Taxi Driver (1976)

Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Robert De Niro, Harvey Keitel, Jodie Foster, Cybil Shepherd
Genre: Drama dengan adegan yg ganas di penghujung cerita
Durasi: 1 jam 53 minit

Dalam banyak2 kawan yang gua ada, hanya 3 orang je yang gua pernah rekemen untuk tengok cerita nih - Acan, Peah dan Pero. Bukan apa, cuma gua tak yakin kawan2 gua yang lain buleh menghayati genre nih (ini muvi yg agak berat, ramai yg akan malas fikir). Acan ngan Pero mempunyai citarasa muvi yang hampir2 ngan gua (tak la sampai suma muvi gua suka depa pon suka). Gua rekemen kat Peah pulak sebab nak bagi dia tengok macam mana muvi ni mengubah perwatakan gua.Kawan gua Acan pernah review filem ni kat blog dia, BrokenPen, selepas berkali2 gua suruh dia tonton, haha.. Sekarang gua pulak nak review, my-style (oohh yeahh!!).

Filem Taxi Driver nih berkisarkan tentang seorang pemandu teksi di Kota New York yang bernama Travis Bickle (Robert De Niro). Mamat Travis ni adalah seorang veteran tentera di Perang Vietnam (Marine, Honorable Discharge 1973). Bila gua sebut veteran tu tak la bermakna dia ni dah tua, dia baru 26 tahun (3 tahun selepas pencen). Dia ada penyakit tak buleh tidur malam (insomnia) yang kronik, siang pon mamat ni tak tidur. So, sebab tu lah dia mintak kerja jadi pemandu teksi shift malam. Paham2 la bila bawak teksi malam2, macam2 jenis penumpang yang dia jumpak.

"Whores, skunk pussies, buggers, queens, fairies, dopers, junkies," itu yang Travis cakap dia terserempak time bawak teksi malam2. Dia memang bengang dan tak suka dengan suma scum2 dan lowlife nih but he keeps his cool. He is a laid-back person until an incident that turns him into one impulsive and rebellios son of a bitch. Dia plot rancangan nak bunuh calon Presiden US lepas tu ubah sarang maksiat jadi lautan darah macam dalam cerita horror yang anda salu tengok (imagine how). Bagaimana dia berubah dan sebab apa dia jadi macam tuh ada ditunjukkan dalam muvi nih. Ingat! Ni bukan macam Dr Jekyll & Mr Hyde tuh!! Senang cerita, muvi ni menunjukkan penonton mengikut perspektif Travis Bickle bagaimana dia berdepan dengan masyarakat yang rosak akhlak dan tindakan yang dia ambik pihak berkuasa tak buleh nak ambik.

Cerita ni ditulis oleh Paul Schrader dan sangat2 lah detail. Apa yang gua buleh extract daripada cerita nih ialah perwatakan saiko Travis Bickle. Anda suma mesti tau yang kebanyakan veteran perang mengalami post-war mental disorder. Dalam kes Travis nih gua tak rasa dia mengalami mental disorder tu tapi Scorsese nak tunjuk kat masyarakat yang Perang Vietnam tuh sebenarnya satu kegagalan melalui perwatakan saiko Travis. Kalau lu nak tengok yang betul2 mental disorder sebab Vietnam War, lu buleh tengok cerita The Deer Hunter (1978), jugak lakonan Robert De Niro.

Dia sunyi, insomniac, tak puas hati dengan masyarakat, tak percaya pada polis, prejudice to blacks (a little), impulsive, rebellios and ready to change society with his own way. Tapi dia memang baik dengan orang yang dia suka - Gadis kerja kat pejabat manifesto, Betsy (Cybil Shepherd) dan pelacur bawah umur, Iris (Jodie Foster). Sama ada Travis ni normal ke tak, lu judge sendiri bila tengok cerita ni. Bagi gua dia normal je (atau pon gua yang saiko?). Yang unik pasal filem ni ialah time ending. Anda suma kena interpret sendiri makna ending cerita nih berdasarkan scene yang Scorsese tunjukkan. Maknanya kena fikir la, kalau sapa2 yang asik2 harap orang lain bagitau tu tak payah tengok.

Berlatarbelakangkan Kota New York pada tahun 1976, Scorsese berjaya menunjukkan keruntuhan akhlak masyarakat zaman moden. Kalau lu bandingkan dengan tahun 2010 nih, tak banyak perbezaan yang anda buleh cari. Teknologi memang la berbeza (komputer ngan handphone je xde) tapi secara hakikatnya, masalah dadah, korupsi dan pelacuran tetap sama. Benda yang gua suka ialah gua buleh tau macam mana dunia tahun 70-an dari segi teknologi, fesyen, budaya, kehidupan seharian dan lain2 lagi. Memang sesuai dengan jiwa 'lama' gua, haha..

Gua nak hurai pasal lakonan pulak. Pasal perwatakan komples Travis nih, Martin Scorsese memberikan kepercayaan kepada Robert De Niro. Apa lu ingat senang nak berlakon watak nih?? De Niro kena jadi pemandu teksi selama 3 bulan untuk betol2 menghayati watak nih. Tambah pulak dengan bakatnya untuk betol2 bertukar menjadi karekter pilihan (rujuk method acting di post2 lepas), hasilnya memang superb!! Gua tak buleh nak bayangkan orang lain berlakon watak nih, memang tak kena. Cuba lu bayangkan Syamsul a/l Yusop Haslam atau Awal Ashaari berlakon watak nih, memang nak kena pancung!! De Niro dicalonkan untuk Oscar tahun 1976 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Lagi satu, watak Travis Bickle ni tersenarai dalam AFI 100 Years 100 Heroes and Villains, dapat tempat ke-30 (kalah dengan Hannibal Lecter, Darth Vader, Michael Corleone dan beberapa lagi watak gua tak ingat) dalam list villains. Rancid menjadikan Travis Bickle sebagai tajuk lagu dalam album depa (album mana gua tak ingat) dan gua syak bapak Travis Barker dapat idea nak letak nama ni kat anak dia. Punya la dalam impak watak ni kat masyarakat US.

Hmm, pasal pelacur kanak2 pulak, pandai ke Jodie Foster yang umur 12 tahun (time shooting) nak berlakon? Lu jangan bajet minah ni berlakon sama macam budak2 dalam Kisah Kaisara tu. Sesetengah pelakon sampai mati pon tak penah berlakon jadi pelacur, ni baru darjah 6 dah kena suruh berlakon macam tu, memang betul2 cabaran. Nasib baik minah ni berbakat besar, dicalonkan Oscar untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Maknanya lakonan dia hebat la, tak kan tu pon nak kena cerita. Memang memenuhi kriteria sebagai pelakon kesayangan gua, hehe..

Tak lupa kepada pelakon2 lain seperti Harvey Keitel dan Cybil Shepherd. Keitel memegang watak Sport aka Matthew, seorang bapak ayam yang Travis benci gila2. Tanpa mereka ni gua rasa cerita ni kosong, tambah2 Cybil yang time tuh cun-melecun. Walaubagaimanapon, ada sedikit kejutan. Scorsese pon ada berlakon gak sikit dalam cerita nih sebagai watak sampingan. Kepada sesapa yang dah tengok cerita nih, Scorsese ialah salah seorang penumpang teksi Travis. Dia la mamat yang bagitau kat Travis yang dia nak tembak bini dia kat kepala dengan pistol 0.44 Magnum disebabkan curang dengan seorang nigger.

Filem ni disambut dengan sambutan yang sangat menggalakkan oleh masyarakat US ketika tuh. Sampai sekarang pon orang masih label filem ni sebagai filem klasik America yang terbaik. Macam mana orang Melayu suka cerita P.Ramlee, macam tu la omputih suka cerita nih. Movie quote "you talkin' to me" (tengok clip kat bawah) tersenarai dalam AFI 100 Years 100 Movies Quotes di tempat ke-10. Quote nih digunakan secara meluas sebagai jenaka dan pembuka bicara terutamanya di bar2 dan majlis keramaian kat US. Kalau lu pi US pastu terasa nak tekel awek cun kat mana2, lu buleh guna tagline nih. Time awek tu cakap ngan sapa2 lu buat2 macam dia cakap ngan lu dengan quote tuh. Gua pasti semua orang kat US paham akan maksud lu, percayalah. Nanti kalau ada sapa2 tegur lu dengan quote tuh pastu lu salah jawab dan kena gelak, jangan cakap gua tak bagitau. Salah satu popular culture kat US hingga sekarang gua cakap lu.



Lagi satu impak filem ni kat US ialah, Presiden US ketika tu Ronald Reagan ditembak oleh John Hinckley Jr.. Hinckley ni sebenarnya nak tekel Jodie Foster, so nak bagi Jodie impress, dia pon buat rambut mohawk macam Travis lepas tuh tembak Ronald Reagan. Nasib baik tak mati mamat tuh. Ini diakui oleh Hinckley sendiri yang mengatakan dia mendapat inspirasi nak tembak Presiden daripada filem nih. Tapi dia terlepas daripada hukuman sebab dia dikategorikan sebagai gila. Jodie Foster stress gila2 babi disebabkan insiden ni. Kesian dia...

Tu la sedikit sebanyak macam mana muvi Taxi Driver ni memberi impak kepada masyarakat US. It's nothing strange seeing many people moved by this movie. Setiap kali gua dengar melodi untuk intro muvi nih, pasti gua teringat akan zaman tadika gua time umur 4 tahun (1992), gua pon tatau kenapa. Memang nostalgic betul melodi tuh..

Gua tak pasti samada muvi ni masuk Malaysia ke tak time tuh, firasat gua mengatakan tak masuk sebab dah ramai orang2 dewasa gua interview (termasuk mak bapak gua) mengatakan tak pernah tengok cerita nih. Gua tatau berapa lama research yang dibuat oleh Scorsese dan Schrader untuk membina plot dan karekter yang sangat2 real. Secara keseluruhan gua rasa muvi ni memang ada aura yang tersendiri dan antara Scorsese's ultimate masterpiece. Bravo! Tak keterlaluan untuk mengatakan ini adalah muvi terbaik yang pernah gua tengok selama gua hidup.

nukmanometer: 100% (tanpa was2 dan syakwasangka lagi!!)


Tuesday, February 2, 2010

The Devil's Advocate (1997)



Pengarah: Taylor Hackford
Pelakon: Keanu Reeves, Al Pacino, Charlize Theron
Genre: Drama yang menyentuh aspek keagamaan dan kesyaitanan
Durasi: 2 jam 10 minit

Kalau orang Melayu asik menyebut perihal ‘syaitan yang bertopengkan manusia’, orang putih terus buat filem pasal benda alah nih. “Jangan asik dok sebut je, buat terus filem kalau nak tunjukkan betol2!” sindir seorang mat salleh kepada seorang mat rempit berbangsa Melayu.
Sebenarnya VCD cerita ni dah lama menghuni dalam rak di sebelah TV di rumah nenek gua. Selepas 10 tahun baru gua terdetik nak tengok cerita nih sebab zaman dulu gua tak berminat sangat tengok kerana cover VCD tak berapa nak best, haha..

The Devil’s Advocate atau dengan Bahasa Melayu nya berbunyi Pembela Syaitan/Iblis memaparkan kisah seorang peguam di Florida bernama Kevin Lomax (Keanu Reeves) yang tak pernah kalah dalam kesnya. Tak kira la siapa yang dia wakilkan, mamat ni mesti menang punya. Disebabkan kemantapan dia, ada satu firma dari New York nak ambil dia bekerja dengan upah yang sangat lumayan beserta benefits2 lain.

Kevin dan isterinya Mary Ann Lomax (Charlize Theron) bersetuju menerima tawaran tersebut dan memulakan hidup baru di hutan konkrit New York. Di sana mereka mengetahui firma tersebut kepunyaan John Milton (Al Pacino) aka The Devil namun identiti Milton yang satu lagi itu tidak diketahui sehingga ke penghujung cerita.

Maka bermula lah kehidupan Kevin dan isteri di dalam kota yang penuh dengan godaan dan sifat manusia yang bermacam2 jenis. Kehidupan keluarga Kevin berdepan dengan krisis kerana sikapnya yang terlampau rajin bekerja disamping godaan2 dunia yang boss dia trigger. Sebab apa dia terlampau rajin sangat berkerja? Ini suma telah dirancang oleh boss nya itu kerana ada sesuatu yang Milton nak dari Kevin.

Apa benda pulak yang syaitan ni nak dari Kevin? Kenapa Kevin dan bukan orang lain seperti mamat2 homeless yang berlambak kat New York tuh? Satu lagi, sebagai syaitan, selain menyesatkan manusia, apa benda lagi yang dia nak? Anda kena tengok cerita ni sampai habis bagi menjawab persoalan2 tersebut.

Mengulas mengenai plot cerita nih, gua buleh katakan yang ianya tidak terlalu kompleks, hanya berkisarkan kehidupan sebenar seorang peguam. Apa yang menaikkan mood cerita ini ialah plot yang agak gelap dan bagaimana ia dibina serta perkembangan plot yang just nice, penonton buleh ikut. Tak terlalu lambat atau terlalu laju. Klimaks tiba di penghujung cerita di mana persoalan2 yang gua bangkitkan tadi terjawab.

Pengarah, secara berkesan, berjaya menunjukkan bagaimana syaitan mengeksploitasi konsep trinity untuk menggoda umat manusia ke arah kesesatan. Konsep triniti iaitu wang, kuasa dan wanita menjadi adalah insurans syaitan untuk mengajak manusia jadi kawan dia. Ini memang senang difahami oleh penonton yang rata2nya adalah dari golongan dewasa.

Mengenai lakonan pulak, ada sapa2 nak komplen pasal Al Pacino?? Memang kena gelak kaw2 kalau ada orang komplen pasal kualiti lakonan dia. Lakonan mantapnya sebagai boss Kevin dan Devil amat berjaya memjadikan cerita ini lain daripada yang lain. Gila lu, bayangkan gua pon buleh seram sejuk tengok Pacino jadi syaitan. Bukan ada make-up apa pon nak tunjuk dia tu syaitan, hanya dengan lakonan dia berjaya tunjuk kepada penonton yang dia la syaitan.

Dia punya senyum, perghhhh gua memang seram kalau tengok sorang2 di malam hari. Tak dak pon dia sebut “I’m the Devil,” tapi penonton buleh tau yang dia memang syaitan/iblis. Anda suma sila tengok sendiri kalau tak puas hati dengan ulasan gua.

Selalunya pelakon method akan menjadi watak yang akan dilakonkan selama beberapa ketika misalnya Robert De Niro menjadi pemandu teksi selama 3 bulan bagi menjiwai watak Travis Bickle dalam Taxi Driver (1976). Bayangkan apa yang pelakon method seperti Al Pacino lakukan untuk menjiwai watak Syaitan dalam cerita nih. Sila simpan imaginasi anda untuk diri anda sahaja, jangan kongsi ngan gua.

Lakonan Charlize Theron sebagai bini yang tertekan dengan sikap suami buleh mendapat pujian. Mungkin dia dah biasa lalui kerana mak dia dulu lagi tertekan dengan sikap bapak dia sampai buleh tembak bapak dia tuh.

Ini part yang gua tak suka dalam cerita nih, watak utama iaitu Keanu Reeves. Lakonan mamat ni kaku, muka tak dak perasaan macam robot. C3PO lagi terer berlakon dari dia. Pada pendapat gua, sepatutnya watak ni tak buleh bagi kat Keanu. Kena bagi kat pelakon yang buleh menjiwai watak ni betul2 serta mampu membuat expression yang mantop bagi penonton terpukau. Bagi gua, Sean Penn, Edward Norton atau Kevin Spacey lagi sesuai untuk watak Kevin.

Overall, gua rasa cerita ni better-than-okay meskipon terdapat lakonan buruk. Al Pacino berjaya menutup kelemahan Keanu Reeves, fuhh nasib baik. Gua menasihati agar budak2 yang tak masuk universiti lagi tidak menonton cerita nih kerana akal depa tak sampai lagi. Cerita ni tergolong dalam cerita berat, tapi tak la berat seperti Taxi Driver. Sekian. (Sopan tak entri kali nih?)

nukmanometer: 75% (peminat filem aksi, sila jgn tengok sebab anda xkan paham punya!)