Tuesday, February 2, 2010

The Devil's Advocate (1997)



Pengarah: Taylor Hackford
Pelakon: Keanu Reeves, Al Pacino, Charlize Theron
Genre: Drama yang menyentuh aspek keagamaan dan kesyaitanan
Durasi: 2 jam 10 minit

Kalau orang Melayu asik menyebut perihal ‘syaitan yang bertopengkan manusia’, orang putih terus buat filem pasal benda alah nih. “Jangan asik dok sebut je, buat terus filem kalau nak tunjukkan betol2!” sindir seorang mat salleh kepada seorang mat rempit berbangsa Melayu.
Sebenarnya VCD cerita ni dah lama menghuni dalam rak di sebelah TV di rumah nenek gua. Selepas 10 tahun baru gua terdetik nak tengok cerita nih sebab zaman dulu gua tak berminat sangat tengok kerana cover VCD tak berapa nak best, haha..

The Devil’s Advocate atau dengan Bahasa Melayu nya berbunyi Pembela Syaitan/Iblis memaparkan kisah seorang peguam di Florida bernama Kevin Lomax (Keanu Reeves) yang tak pernah kalah dalam kesnya. Tak kira la siapa yang dia wakilkan, mamat ni mesti menang punya. Disebabkan kemantapan dia, ada satu firma dari New York nak ambil dia bekerja dengan upah yang sangat lumayan beserta benefits2 lain.

Kevin dan isterinya Mary Ann Lomax (Charlize Theron) bersetuju menerima tawaran tersebut dan memulakan hidup baru di hutan konkrit New York. Di sana mereka mengetahui firma tersebut kepunyaan John Milton (Al Pacino) aka The Devil namun identiti Milton yang satu lagi itu tidak diketahui sehingga ke penghujung cerita.

Maka bermula lah kehidupan Kevin dan isteri di dalam kota yang penuh dengan godaan dan sifat manusia yang bermacam2 jenis. Kehidupan keluarga Kevin berdepan dengan krisis kerana sikapnya yang terlampau rajin bekerja disamping godaan2 dunia yang boss dia trigger. Sebab apa dia terlampau rajin sangat berkerja? Ini suma telah dirancang oleh boss nya itu kerana ada sesuatu yang Milton nak dari Kevin.

Apa benda pulak yang syaitan ni nak dari Kevin? Kenapa Kevin dan bukan orang lain seperti mamat2 homeless yang berlambak kat New York tuh? Satu lagi, sebagai syaitan, selain menyesatkan manusia, apa benda lagi yang dia nak? Anda kena tengok cerita ni sampai habis bagi menjawab persoalan2 tersebut.

Mengulas mengenai plot cerita nih, gua buleh katakan yang ianya tidak terlalu kompleks, hanya berkisarkan kehidupan sebenar seorang peguam. Apa yang menaikkan mood cerita ini ialah plot yang agak gelap dan bagaimana ia dibina serta perkembangan plot yang just nice, penonton buleh ikut. Tak terlalu lambat atau terlalu laju. Klimaks tiba di penghujung cerita di mana persoalan2 yang gua bangkitkan tadi terjawab.

Pengarah, secara berkesan, berjaya menunjukkan bagaimana syaitan mengeksploitasi konsep trinity untuk menggoda umat manusia ke arah kesesatan. Konsep triniti iaitu wang, kuasa dan wanita menjadi adalah insurans syaitan untuk mengajak manusia jadi kawan dia. Ini memang senang difahami oleh penonton yang rata2nya adalah dari golongan dewasa.

Mengenai lakonan pulak, ada sapa2 nak komplen pasal Al Pacino?? Memang kena gelak kaw2 kalau ada orang komplen pasal kualiti lakonan dia. Lakonan mantapnya sebagai boss Kevin dan Devil amat berjaya memjadikan cerita ini lain daripada yang lain. Gila lu, bayangkan gua pon buleh seram sejuk tengok Pacino jadi syaitan. Bukan ada make-up apa pon nak tunjuk dia tu syaitan, hanya dengan lakonan dia berjaya tunjuk kepada penonton yang dia la syaitan.

Dia punya senyum, perghhhh gua memang seram kalau tengok sorang2 di malam hari. Tak dak pon dia sebut “I’m the Devil,” tapi penonton buleh tau yang dia memang syaitan/iblis. Anda suma sila tengok sendiri kalau tak puas hati dengan ulasan gua.

Selalunya pelakon method akan menjadi watak yang akan dilakonkan selama beberapa ketika misalnya Robert De Niro menjadi pemandu teksi selama 3 bulan bagi menjiwai watak Travis Bickle dalam Taxi Driver (1976). Bayangkan apa yang pelakon method seperti Al Pacino lakukan untuk menjiwai watak Syaitan dalam cerita nih. Sila simpan imaginasi anda untuk diri anda sahaja, jangan kongsi ngan gua.

Lakonan Charlize Theron sebagai bini yang tertekan dengan sikap suami buleh mendapat pujian. Mungkin dia dah biasa lalui kerana mak dia dulu lagi tertekan dengan sikap bapak dia sampai buleh tembak bapak dia tuh.

Ini part yang gua tak suka dalam cerita nih, watak utama iaitu Keanu Reeves. Lakonan mamat ni kaku, muka tak dak perasaan macam robot. C3PO lagi terer berlakon dari dia. Pada pendapat gua, sepatutnya watak ni tak buleh bagi kat Keanu. Kena bagi kat pelakon yang buleh menjiwai watak ni betul2 serta mampu membuat expression yang mantop bagi penonton terpukau. Bagi gua, Sean Penn, Edward Norton atau Kevin Spacey lagi sesuai untuk watak Kevin.

Overall, gua rasa cerita ni better-than-okay meskipon terdapat lakonan buruk. Al Pacino berjaya menutup kelemahan Keanu Reeves, fuhh nasib baik. Gua menasihati agar budak2 yang tak masuk universiti lagi tidak menonton cerita nih kerana akal depa tak sampai lagi. Cerita ni tergolong dalam cerita berat, tapi tak la berat seperti Taxi Driver. Sekian. (Sopan tak entri kali nih?)

nukmanometer: 75% (peminat filem aksi, sila jgn tengok sebab anda xkan paham punya!)

2 xpuashati:

Unknown said...

sgt obsess ngan mr travis bickle naaaa~cpt r wat entry mr taxi!!berjanggut aihhh tgu..ahaks~

nukman said...

Rilek dlu,save the best for the last..saja wat hg tnggu,hahaha