Saturday, March 27, 2010

The Silence of the Lambs (1991)

Pengarah: Jonathan Demme
Pelakon: Jodie Foster, Anthony Hopkins, Scott Glenn, Ted Levine
Genre: penyiasatan yang penuh dengan unsur thriller dan seram
Durasi: 1 jam 58 minit

Ini adalah muvi Jodie Foster yang ketiga gua ulas dalam blog, menunjukkan gua memang peminat setia (bukan stalker) makcik nih. Lupakan Megan Fox dan Jessica Alba yang menjadi kegilaan ramai sekarang, dah la tak berapa segak dan yang paling penting, taraf lakonan yang buruk macam cerita Korea.

Kalau tajuk filem ni diterjemah ke bahasa ibunda kita, ia akan berbunyi begini, "Kesenyapan Anak-anak Kambing,". Confirm ramai penonton wayang Malaysia akan sumpah-seranah, maki-hamun dan mencemuh lepas kuar wayang tonton cerita ni sebab bunyi tajuk macam cerita lawak tapi tengok2 cerita thiller. Nasib baik kerajaan Malaysia tak wat polisi suma muvi kena alih bahasa, haha.

Sinopsis berbunyi: Seorang pelatih FBI yang bernama Clarice Starling (Jodie Foster) diarahkan oleh bossnya, Jack Crawford (Scott Glenn) untuk pergi berjumpa dengan pembunuh bersiri a.k.a psychiatrist Dr. Hannibal the 'Cannibal' Lecter (Sir Anthony Hopkins) bagi mendapatkan klu2 agar dapat mengenalpasti siapa sebenarnya pembunuh bersiri yang sedang bermaharajalela ketika tuh, Buffalo Bill (Ted Levine).

Hannibal ni dulu kerja dengan FBI sebab dia terer baca behaviour penjenayah sekaligus buleh membantu tangkap mamat2 jahat tu. Tapi sebenarnya dia jugak ialah seorang pembunuh yang makan daging mangsanya. Masak lemak cili api, goreng berempah, goreng tepung, masak kicap, masak merah dan bermacam2 jenis masakan lagi Hannibal dah rasa dengan daging mangsanya. Tapi sepandai2 tupai melompat, pandai lagi budak asrama lompat pagar, Hannibal ni akhirnya kantoi dan dihukum penjara dengan sekuriti maksimum.

Berbalik kepada Clarice, bukan senang nak cakap dengan conman yang pandai baca minda ni. Hannibal takkan bercakap kalau takde something interesting. Ntah macam mana Clarice ni buleh tarik perhatian dia. Tapi gua paham mengapa Hannibal tertarik, sapa yang tak tertarik dengan pelatih FBI yang muda dan muka cun iras2 Jodie Foster?? Gay je kot tak tertarik..

Tapi Hannibal ni banyak songeh lak, ada syarat2 yang Clarice kena patuhi. Sebenarnya Hannibal ni da tau dari awal lagi identiti sebenar Buffalo Bill, saja je nak main2 ngan FBI dan Clarice. Sampai satu tahap yang Hannibal yang saiko gila babi ni berjaya lolos dari tahanan dan terus hilang. So mana dia anak2 kambing yang senyap seperti yang diwarwarkan kat tajuk filem?? Dapat tak Buffalo Bill ditangkap?? Lu olang kena la tengok, takkan gua nak bagitau suma kat sini...haha

First time gua tengok filem ni gua memang teruja dengan ke'saiko'an Hannibal dan cara jalan cerita digarap, penuh dengan unsur thriller dan tanda tanya. Lu bayangkan first time cakap dengan Hannibal dia buleh tau lu selalu pakai perfume apa dan perfume apa yang lu kadang2 je pakai. Memang tegak la bulu roma anda, tambah2 gadis, perasan orang stalk depa lak.

Untuk pengetahuan anda lagi, watak Hannibal Lecter ni dinobatkan sebagai watak jahat yang terulung skali dalam dunia filem oleh American Film Institute (AFI). Sampai lepas shooting pon Jodie Foster masih takut nak bersembang dengan pelakon yang membawa watak Hannibal. Credit kepada Anthony Hopkins yang membawa watak ni, gua tak buleh terima kalau ada orang lain yang melakonkan watak Hannibal ni di masa hadapan. Academy Awards for Best Actor dah dalam tangan.

Mengenai lakonan Jodie Foster gua malas nak ulas sebab dulu dah ulas. Yang pasti makcik ni mesti jadi leading role dalam kebanyakan cerita yang dia berlakon. Ayat mudah nya jadi hero la, BUKAN heroin. Dia sangat2 jarang jadi heroin,haha.. Benda yang paling gua ingat pasal Clarice ni adalah accent dia, sedap didengar. Pop, Academy Awards for Best Actress terus jadi milik dia hasil daripada lakonan untuk watak Clarice.

Unsur2 dark sangat2 diperlukan untuk cerita horror tapi thriller tak semestinya perlu. Jonathan Demme berjaya menggubah unsur2 gelap dengan lighting yang creative. Baru la berkesan scene2 yang sememangnya untuk menakutkan penonton. Mengenai jalan cerita, gua tak buleh sangat nak predict. Itu tandanya dia menjalankan tugas pengarah dengan baik dan jury2 untuk Academy Awards setuju plak ngan gua, terus dia dapat Oscar for Best Director.

Gua sangat2 rekemen kepada yang belom layan lagi 1991 Oscar Best Picture ni, sila layan secepat mungkin!! Perlu diingatkan di sini budak2 tak buleh tengok sebab ada unsur2 transexual, mayat reput yang jijik bla bla bla.......

nukmanometer: 92.5% (tengok 2nd time da kurang thriller sebab tau jalan cerita, haha)

0 xpuashati: