Friday, April 9, 2010

Shutter Island (2010)

Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Mark Ruffallo, Ben Kingsley, Michelle Williams
Genre: Psychological thriller
Durasi: 2 jam 18 minit

Sudah sekian lama gua menunggu bila la Marty nak release masterpiece baru dia, akhirnya tahun 2010 ni kuar jugak. Filem terakhir Marty sablom ni ialah pada tahun 2006 iaitu The Departed yang telah memenangi Oscar Best Picture dan Best Director. 4 tahun menunggu baru nak kuar filem baru. Haih, nasib baik gua ada tahap kesabaran yang agak memberangsangkan.

Macam biasa, bila Marty wat filem, Leonardo DiCaprio mesti dapat jadi lead role punya (ni kali keempat). Sampai orang label Leo sebagai The New De Niro sebab asik wat filem dengan Marty je (Robert De Niro berlakon dalam 8 filem arahan Marty ).

Berbalik kepada filem, jalan cerita dia agak kompleks, so gua hanya bagi sinopsis ringkas je. Tak mau spoiler banyak2, tak jadi thriller la nanti. US Marshall, Teddy Daniels (Leonardo DiCaprio) dan Chuck Aule (Mark Ruffalo) diarahkan untuk pergi menyiasat kehilangan seorang penjenayah gila, Rachel Solando (Emily Mortimer) kat Shutter Island.

Shutter Island yang terletak kat Boston ni sebenarnya sebuah pulau hospital (macam The Rock, Alcatraz la pulak) untuk menempatkan penjenayah2 yang melakukan kesalahan berat tapi telah diisytiharkan gila. Dalam dok mencari penjenayah yang hilang nih, Teddy asik dok terbayang bini dia yang dah mati iaitu Delores (Michelle Williams).

Nak bagi cerita lagi kompleks, Teddy syak yang otai psychiatrist kat situ, Dr John Cawley (Ben Kingsley), ada konspirasi. Tapi dia tak sure la pulak konspirasi tu pasal apa. So, dia continue la penyiasatan sehinggalah berjaya merungkai kebenaran yang AMAT2 memeranjatkan.

Kepada sesapa yang baca description filem ni kat web2 lain yang melabelkan ia sebagai genre horror, ini adalah SALAH sama sekali. Tak horror langsung bagi gua, lebih kepada thriller. Psychological thriller untuk lebih specific. Ia diklasifikasikan sebegitu kerana filem ni banyak bermain dengan psychology manusia yang sangat2 kompleks. Budak2 memang tak akan paham cerita ni. Tapi kalau orang dewasa pon tak paham, banyakkan wat latihan minda. Haha..

Walaupon filem ni diadaptasi daripada novel (with the same name), credit harus tetap diberikan kepada Marty kerana banyak membuat homework pasal psychology manusia, keterperincian setting (tempat shooting), dan lain2 aspek yang membuatkan filem nih sedap dijamah oleh minda gua.

Gua pernah mengaji subjek Psychology daripada Dr. Alan Downe di sebuah universiti swasta semasa tahun akhir gua sebagai student. Walaupon tak begitu mendalam, hanya kat permukaan je, gua amat kagum kerana apa yang gua blajar dulu ada jugak disebutkan kat dalam filem nih. Tak sia2 usaha Dr. Alan mengajar gua dengan berbagai2 teknik experimentasi, hoho..

Satu perkara yang perlu anda ingat apabila menonton filem arahan Marty, anda hanya mempunyai kebarangkalian yang sangat kecil untuk predict jalan cerita nya. Lain la kalau lu da baca novel Shutter Island tuh (gua yakin pembaca blog ni tak mungkin akan baca novel seperti itu). Plot diolah dengan baik sekali, twist demi twist muncul menyebabkan penonton makin bingung dengan watak Teddy nih. Twist yang paling besar muncul di akhir cerita, jaga2!

Tapi gua nak ingatkan, ending dalam kebanyakan filem arahan Marty tak pernah mesra penonton. Penonton selalunya dipaksa berfikir dan interpret sendiri ending berdasarkan buah fikiran mereka sendiri. So, mat2 rempit dan awek2 mereka memang takkan tengok cerita ni kat wayang. Mungkin tak berapa nak box-office tapi itu bukanlah ukuran dalam menentukan kualiti sesebuah filem.

Ok, pasal barisan pelakon pulak, gua buleh katakan agak mantap. Leonardo DiCaprio, Sir Ben Kingsley dan Michelle Williams memang antara pelakon2 A-list. Terutamanya Leonardo, bukan senang untuk membawak watak Teddy Daniels yang kompleks nih. Dalam satu temu ramah dia mengakui yang watak ni adalah yang paling susah dia pernah bawak. Tapi ini bukanlah kali pertama dia bawak watak seperti itu. Dalam The Aviator (2004), watak Howard Hughes yang dia bawak ada jugak sedikit element yang macam filem ni.

Kalau tak silap cerita ni dah masuk kat pawagam Malaysia. Gua syorkan para pembaca untuk menikmati filem ni di pawagam berhampiran. Pastikan anda membawa orang yang betul untuk menonton bersama, kalau tak pedih la telinga anda mendengar rungutan yang cerita ni takde pon bangunan letup2, scene kereta kejar-mengejar dalam pekan, aksi martial art yang tak masuk akal dan lain2 aspek.

nukmanometer: 91% (tak percaya?? sila tengok dulu, then comment)

4 xpuashati:

Unknown said...

cambest jaaa!!!kena tgk nehhh!!~

nukman said...

klantan xdak wayang..hg kena donload la..=p

Anonymous said...

saya sayang movie ini gila2!

nnt nak tulis review jugak!
=)

nukman said...

J.love, gua tau lu mmg Leo punya die-hard-fan