Wednesday, June 2, 2010

Once a Gangster (2010)

Pengarah: Felix Chong
Pelakon: Jordan Chan, Ekin Cheng, Alex Fong, Michele Yip
Genre: Jenayah samseng zaman moden yang penuh komedi
Durasi: 1 jam 35 minit

Damn! Dah lama gua tak update blog. Bila dah sebok + susah nak cari tenet, tak pat la nak update.

Mula2 gua tak tau pon ada cerita nih, time tengok Robin Hood itu hari, ada pulak trailer dia. Sebagai peminat tegar Young & Dangerous, gua sangat2 excited. "Anak haram, lama jugak Jordan Chan sama Ekin Cheng tak belakon skali," kalbu gua berkata2.

Walaupon trailer dia agak sampah, tapi itu gua taruk tepi. Sampah macam mana pon gua mesti usha cerita nih. Bukan apa, dulu zaman skolah rendah gua dibesarkan dengan cerita samseng Hong Kong lakonan mereka berdua.

Sehari lepas tu gua pelawa member samseng gua Acan untuk usha Once a Gangster kat One Utama. Dalam panggung suma orang cina, kami ja kot orang melayu,haha..

Sinopsis dia agak merapu, tapi gua cerita la sket. Babi Panggang (Jordan Chan) mempunyai impian nak bukak kedai makan, tapi kongsi gelap dok asik mintak duit perlindungan je. Lalu dia pon membuat keputusan bijak dengan menjoin kumpulan kongsi gelap tersebut. Dia masuk division yang diketuai Minyak Tanah (Alex Fong).

Dari muda sampai umur 40 lebih Babi Panggang kerja dengan Minyak Tanah, memang kamceng mereka berdua tuh, tak ubah seperti deodorant dan ketiak. Punya hebat division depa sampai Minyak Tanah terpilih untuk jadi boss besar kongsi gelap Hong Kong.

Lepas tu Babi Panggang kuar kongsi gelap bukak bisnes kedai makan yang selama ni menjadi agenda utama dia berbekalkan duit gaji sebagai samseng dulu. Minyak Tanah pulak dituduh menggelapkan wang syarikat (kongsi gelap). Jadi dia syorkan Babi Panggang ganti dia jadi ketua, so keadaan jadi tenang sket.

Babi Panggang terpaksa bersetuju walaupon dalam hati dia dah tak mau masuk dunia jenayah. Tapi bukan senang2 je nak jadi ketua, kena dapat undi dulu baru buleh. Calon2 lain ialah Pipit (Ekin Cheng) dan Gunting (Conroy Chan).

Maka berebutlah mereka ni nak jadi ketua. Tak ubah seperti kempen pilihan raya pulak. Perebutan jawatan ni mencetuskan krisis dalam kesatuan kongsi gelap mereka. Lepas tu gua malas nak cerita dah, lu donlod sendiri lah.

Kepada sapa yang tak tengok lagi, sila jangan tertipu dengan poster atau sinopsis gua. Tengok macam ganas, tapi isi dia penuh dengan lawak2 spastik Stephen Chow. Cerita ni merupakan parody kepada Young & Dangerous dan Infernal Affairs. Kira macam Scary Movie la tapi genre jenayah. So kalau tak tengok lagi 2 muvi tuh, jangan hairan pulak kalau orang len gelak time scene yang lu tengok tak lawak langsung.

Cerita ni jugak menyelitkan unsur2 sarcasm. Lu bayangkan, sidekicks utama Babi Panggang tu terdiri daripada sorang bapok, sorang nerd pakai spek dan sorang hip-hopper. Memang tak kena langsung dengan imej samseng. Bank2 Hong Kong jugak disamakan dengan ah-long sebab interest tinggi nak mampos. Scene Minyak Tanah nak buat loan kat bank antara scene yang paling diingati dalam filem nih, haha.

Benda lain yang gua notice ialah muka Ekin Cheng. Skali gua tengok dah macam Stephen Chow pulak. Gua rasa dia dah buleh start cari makan remake cerita Stephen Chow dulu2.

Kekurangan cerita ni terletak kat scene gaduh. Memang tak real langsung. Gaduh pakai parang, slash sana sini tapi berdarah pon sorang2. Tau2 je dah mati.

Plot jugak tak kuat. Tapi tu tak payah nak kira sangat sebab ni filem parody. Tak pon filem parody yang ada plot betul2 ampuh. Plot banyak dipengaruhi jalan cerita Young & Dangerous dan Infernal Affairs ditambah komedi yang melampau2.

Kepada sesapa yang bukan fans Jordan Chan dan Eking Cheng serta Young & Dangerous, sila jangan tengok. Tak dak apa yang anda buleh cari kat sini.

nukmanometer: 64% (gua maybe sedikit bias sebab gua mmg die-hard-fan Y&D,haha)

4 xpuashati:

The Strummer said...

nice review...bile nak turun area wa?

nukman said...

tatau lagi la bro..kalau trn gua inpom

Anonymous said...

i dun usually enjoy parody movies. hmmphh

nukman said...

me too..tp sbb ni pasal Y&D,gua tak kesah..haha