Thursday, January 27, 2011

Dragon Ball Melayu (2011)

Pengarah: Zaid Fadli Mohd Nizam
Pelakon: Anak-anak Nizam -> Zaid, Harith, Muhaimin, Wafiy
Genre: Filem pendek yang penuh aksi + Sci-fi dengan dialog yang minimum
Durasi: 18 minit 37 saat

Kalau sebut pasal Son Goku dan Dragon Ball (DB), gua pasti seluruh manusia ni permukaan planet ini tau. Time skolah rendah dulu fenomena DB memang berleluasa. Segala topik perbualan mesti berkait dengan DB, silap sket je fakta, buleh bawak gaduh.

Gua ngan adik gua Zaid memang obses gila babi dengan DB, asal melukis je mesti jadi muka Goku, Bezita dan kaum kerabat mereka. Tapi adik gua punya obsession da sampai ke tahap extreme. Sampai dia shoot filem pendek berdasarkan adegan lawan2 dalam DB.

Filem pendek ini dirakam ketika cuti sekolah. Pelakon yang laki suma adik2 gua dan sorang pompuan tu sepupu gua. Lokasi shooting adalah di belakang rumah tok gua. Semua CGI yang ada dalam video di bawah ni suma dibuat oleh adik gua pakai software apa ntah.

Bajet filem ni hanya lah bil letrik yang perlu dibayar dek penggunaan laptop yang extreme di rumah tok gua. Tak lama lagi ada filem melayu yang berjudul Haq akan kuar di pawagam. CGI dia lebih kurang video kat bawah je. Kalau director kata bajet CGI berjuta ringgit, dia tipu. Haha.

Apapun, selamat menonton filem pendek ini. (Klik play kat video di bawah)



5 xpuashati:

Sarsir said...

adik lu bleh join kru production a..haha

Lord_ADI said...

haha~ terbaek!!

time terbang tiba2 kasut hilang.haha~

nukman said...

dalam green screen xley pakai kasut..haha

meen said...

aku baru prasan ada post muvi ni.
cuma aku detect ko tertinggal percent review ko.

kaman2. konye review memang leh dipercayai~
huhu.

cupcakevelle said...

sy suke adegan yg ade dialog..sila tambah kata2 byk lagi hee