Sunday, March 14, 2010

Brothers (2009)

Pengarah: Jim Sheridan
Pelakon: Tobey Maguire, Natalie Portman, Jake Gyllenhaal
Genre: Drama saiko kekeluargaan dan peperangan yang penuh emosi
Durasi: 1 jam 44 minit

Sapa nak tengok Peter Parker jadi manusia biasa dan bukan Spiderman? Inilah filem yang patut anda tonton. Gua usha cerita ni bersama Acan dan Long di Cineleasure Damansara sewaktu match Arsenal vs. Burnley tersiar di Astro, memang tinggi pengorbanan yang gua buat tuh.

Cakap banyak pon tak guna, ni dia sinopsis cerita Brothers. Sam Cahill (Tobey Maguire) ialah seorang suami/bapa dalam keluarga serta Captain bagi tentera Marine US dan mendapat panggilan bertugas di Afganistan. Tommy Cahill (Jake Gyllenhaal) pulak ialah adik kepada Sam, seorang ex-con (masuk penjara sebab belasah seorang banker perempuan) dan jauh sekali dari menjadi harapan keluarga seperti abangnya.

Selepas Sam chow pi Afganistan, Grace (Natalie Portman) mendapat berita yang suaminya itu telah hilang dalam satu misi dan berkemungkinan besar sudah mati. Tommy pulak berasa dia perlu menggalas tanggungjawab abangnya terhadap Grace dan anak2 Sam. Dalam seisi keluarga dah biasakan diri dengan kematian Sam, tiba2 depa dapat berita yang Sam masih hidup. "Ah sudah, hidup pulak laki aku nih," kata Grace dalam versi rekaan gua.

Tapi Grace, Tommy dan anak2 Sam menyedari yang Sam bukanlah orang yang sama seperti sebelum dia berangkat ke Afganistan. Sam menjadi saiko gila2 babi dan impulsive. Apa yang terjadi time kat Afganistan dulu?? Askar lain pon perang jugak, awat tak jadi saiko macam dia pon. Mesti ada something evil yang dia dah buat time kat Afganistan dulu. So, sila la tonton filem ni untuk mengetahui apa yang dia dah buat sampai jadi saiko sangat.

First gua nak cerita apa yang gua suka pasal filem nih. Gua suka dengan perwatakan character2 filem nih, nampak normal. Dah nama pon drama, kena la ikut hukum psychology yang sebenar. Lakonan Tobey dan Natalie Portman memang sangat2 berkesan. Natalie dari kecik lagi berlakon genre drama ni, gua tak kisah sangat. Tobey pulak agak jarang dalam genre drama nih tapi ntah macam mana mantap pulak dia membawa emosi watak nih sampai dicalonkan Best Performance for Actor dalam Golden Globe. Watak dia yang kompleks dari segi emosi memang berjaya dibawa dengan baik oleh Tobey.

Babak2 saiko Sam yang Tobey lakonkan mengingatkan gua tentang watak feveret gua, Travis Bickle (Taxi Driver). Scene dia nak bunuh diri (tembak kepala sendiri) tak ubah seperti dalam Taxi Driver (1976) dan The Deer Hunter (1978), kedua2 nya lakonan Robert De Niro. Lu kena tengok sendiri baru dapat feel emotion dia tuh, kata2 gua ni tak cukup untuk gambarkan.

Sam Cahill Vs. Travis Bickle

Berdasarkan gambar di atas, gua dapat rasa Tobey buat research character Sam Cahill berdasarkan watak Travis Bickle, haha.. Tagline Robert De Niro dalam filem Martin Scorsese iaitu Raging Bull (1980) pon dia guna, "you fuck my wife?", tanya Sam kepada adiknya Tommy selepas pemergiannya ke Afganistan.

Tak lupa kepada Bailee Madison yang berlakon menjadi anak Sam, lakonan dia tak kurang mantapnya walaupon baru berusia 10 tahun. Dia berjaya trigger watak saiko Sam, tahniah.. Lagi satu yang gua suka pasal filem nih ialah Natalie Portman. Dia sangat2 cun, period.

Okay, gua nak luahkan apa yang gua tak suka pasal filem ni dan apa yang buat dia cacat. Part harmoni cerita ni tak seimbang dengan part konflik dan masalah. 70% part harmoni dimana dalam part ni penonton senyum je memanjang. Apa jadahnya nak jadi drama bila asik senyum je. Hanya 30% je daripada filem yang memaparkan babak2 saiko dan masalah yang menimpa keluarga depa. Gua nak 50-50, baru penonton beremosi sket.

Pastu time Sam jadi saiko, sewaktu Sam porak-perandakan dapur rumahnya, buleh pulak Lembaga Penapisan Filem (LPF) potong. Cibai haram jadah punya LPF. Dah la tu la scene yang paling best dalam keseluruhan filem, senang2 mak bapak dia je potong. Bukannya ada mencarut pon, xde pon potong2 kepala sambil memancut2 darah, xde pon orang bogel, ntah apa la alasan LPF nak potong scene tu. Bodoh la hang LPF, I feel sorry for your shameful stupidity. Ingat orang Malaysia nak terpengaruh pi musnahkan dapur rumah masing2?? Bangsat!!

Penggunaan muzik amat minima dalam cerita nih. Banyak scene yang sepatutnya diisi muzik (pendapat gua la) dibiarkan kosong. Dialog jugak tak banyak seperti kebanyakan filem bergenre drama. Pada gua, filem2 berkonsep drama perlu ada dialog yang lebih dari genre2 lain seperti aksi, horror dan sebagainya. Ini tak, banyak sangat ruang kosong, takdak muzik dan dialog, hanya visual. Gua rasa Jim Sheridan nak tunjukkan emosi dengan penggunaan visual. "Kalau nak dengar banyak dialog, pergi dengar drama radio la," kata Jim dengan nada marah terhadap gua.

In the big picture, I can say this film has great emotion, but not-so-good script.

nukmanometer: 65% (Nasib baik Arsenal menang 3-1 lawan Hull)

3 xpuashati:

cupcakevelle said...

dude bile mai KL?tak habaq mai pun

cupcakevelle said...

kurus gile si tobey nih..harus tgk

nukman said...

aritu pi damansara sat, ada interview..tp tgk2 post kat JB la plak..haih~