Tuesday, March 9, 2010

The Book of Eli (2010)

Pengarah: Albert & Allen Hughes
Pelakon: Denzel Washington, Gary Oldman, Mila Kunis
Genre: Aksi dan keagamaan
Durasi: 1 jam 57 minit

Mula2 gua target nak tengok My Name Is Khan kat wayang, tapi da terlewat setengah jam la pulak. Oleh itu Acan dan gua lenjan je tengok cerita lakonan Denzel Washington nih. Genre dia gua kurang minat, tapi sebab mamat Denzel ni ada, gua layankan je walaupon pengarah dia gua tak familiar sangat.

Sejak akhir2 ini Hollywood asik buat muvi pasal detik2 end of the world. Filem 2012 (2009) dan Legion (2010) baru je keluar panggung, ada lagi satu muvi yang berkisarkan paksi yang sama turut keluar menemui penonton.

Cerita ni berlatarbelakangkan dunia selepas perang nuklear di mana kebanyakan teknologi telah habis musnah. Manusia macam dah kembali ke zaman kegelapan (dark age). Gadjet2 canggih memang payah gila nak jumpa, benda paling canggih kat dalam muvi nih ialah ipod yang dikuasakan oleh bateri kereta.

Tunjang kepada cerita nih ialah pasal sorang mamat ni yang bernama Eli (Denzel Washington) berjalan kaki dari pantai timur America ke pantai barat America. Kira macam New York ke San Francisco la. Dah 30 tahun mamat ni jalan kaki, tak sampai2 lagi. Macam cerita journey to the west la lebih kurang, tapi kali ni tujuan dia mengembara ialah sebab ada satu suara yang suruh dia bawak bible yang terakhir kat dunia ke barat. Gua syak suara tu datangnya dari ipod kepunyaan dia.

Di sepanjang perjalanan macam2 kesulitan yang dia jumpak, ada perompak, penipu, penyangak dan macam2 lagi penjenayah yang dia terserempak. Tapi Eli ni seorang yang cekap gila tahap dewa perang. Rilek je dia sembelih suma penghalang perjalanan. Nak dijadikan cerita, time Eli ni berhenti kat satu pekan untuk charge bateri kereta (xleh dengar ipod la kalu xcharge), dia terkantoi dengan penguasa pekan tersebut, Carnegie (Gary Oldman) bahawa dia ada bible yang terakhir dibawah jagaannya.

Dengan itu bermulalah perebutan terhadap bible tersebut oleh kedua2 mereka. Gary nak bible sebab dengan kitab tu dia buleh meluaskan kawasan jajahan dia. Eli pulak tak buleh la bagi sebab suara tu suruh dia bawak pi barat.

Jalan cerita ni macam simbolik kepada cerita2 keagamaan zaman dulu. Kononnya Eli ni dapat wahyu yang suruh dia bawak bible ke barat. Tapi perjalanan ke barat tu dah macam cerita Sun Wukong pulak. Perbuatan Eli yang ganas gila nak mampos, bunuh banyak orang yang halang perjalanan dia ni adalah propaganda matlamat menghalalkan cara. Lu kena tengok sendiri betapa ganasnya mamat Eli nih.

Secara peribadi, gua rasa jalan cerita memang tak masuk akal, TAPI twist cerita ni antara yang paling besar gua penah tengok. Bila jalan cerita tak masuk akal, hanya certain parts yang gua predict betul. Ending cerita ni antara ending yang paling twisted gua penah lalui. Lu jangan ingat lu buleh predict cerita ni sampai habis, gua jamin lu takkan berjaya. Kalau lu terpikir mesin fotostat sebagai jalan penyelesaian, lu masih jauh lagi dari berjaya, hahaha..

Walaubagaimanapon, tarikan utama cerita ni adalah aksi. Adegan pertarungan dia memang kejam gila dan terbaik. Parang yang Eli tu pakai tu kurang sikit je ketajaman dia berbanding light saber. Hayun sana putus tangan kaki, hayun sini putus kepala, memang kejam. Cara Eli pakai pistol mengalahkan orang pakai sniper. Tak kira jauh mana pon musuh, sekali tembak mesti kena. Dia adalah pengguna pistol yang paling efficient, satu peluru satu musuh satu malaysia.

Untuk para peminat filem aksi, cerita ni bukanlah 100% aksi, gua rasa hanya 50% je daripada keseluruhan cerita utu aksi. Selebihnya pengarah peruntukkan untuk menceritakan simbolik2 cerita ni dengan peristiwa yang benar2 berlaku di zaman tok kaduk dulu. So, kalau dapat tangkap simbolik2 yang cuba disampaikan tu, anda akan rasa sangat berpuas hati di samping kepuasan adegan2 aksi yang ganas. Jangan la hanya dengan aksi semata2 anda dah puas gila2.

nukmanometer: 75% (direkemen untuk semua walaupon wanita tak minat genre aksi)

0 xpuashati: