Saturday, June 19, 2010

Prince of Persia: The Sands of Time (2010)

Pengarah: Mike Newell
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Gemma Artenton, Ben Kingsley
Genre: Adaptasi, fantasi, aksi basi
Durasi: 1 jam 56 minit

Pertama sekali gua ingin memohon maaf suma pembaca blog ini kerana agak lama gua menyepi (bajet macam ramai pembaca, haha). Sebenarnya gua agak sebok dan internet pulak payah nak dapat, haram jadah betoi. Blogger Cinta J. dah lama suruh gua ulas pasal muvi ni tapi hari ni baru sempat gua tulis.

Ok, proceed kepada ulasan. Sablom muvi ni ditayangkan, masa trailer dia kuar, gua tengok bukan main ramai lagi excited nak nengok. Ntah kat mana tarikan dia gua pon tatau. Mungkin sebab depa suma tu gamer, ada gak kot termain game Putera Parsi ni.

Ini gua tekankan kat sini, muvi yang diadaptasi dari permainan komputer/video kesemuanya tidak menarik langsung. Resident Evil, House of The Dead, dan Doom adalah antara contoh muvi genre ni yang paling gagal. Tapi disebabkan pengarah dia ialah Mike Newell, dan Cinta J. suruh gua ulas, maka gua pon belilah tiket wayang untuk usha.

Sinopsis memang merapu sebab amik dari game kot. Dastan (Jake Gyllenhaal) merupakan seorang budak jalanan yang dikutip oleh raja lalu dijadikan putera Parsi. Nak dijadikan cerita, Dastan kena mempertahankan Pasir Masa dan Pisau Ajaib daripada Pak Ciknya iaitu Nizam (Ben Kingsley). Pisau dan pasir tu Dastan jumpak kat kota apa ntah masa dia turun perang kat situ.

Pisau tu bila guna ngan Pasir Masa ada kuasa untuk putar balik masa ke masa lepas. Tapi tak hebat mana la sebab tak leh bawak pi masa depan. Penjaga pisau dan pasir tu ialah sorang pompuan cun. Ini memang typical Hollywood. Last2 skali Dastan dan aweknya tu berjaya mengalahkan orang jahat. Habis cerita.

Haa..malas nak tulis sinopsis panjang2, tak menarik langsung. Akal pembuat game memang sangat berbeza ngan penulis novel, haha. Daya tarikan yang pertama muvi ini iaitu jalan cerita dia dah tak berkesan terhadap gua, kita proceed kepada daya tarikan seterusnya - aksi.

Game Putera Parsi memang terkenal dengan aksi lompat2 ala Le Parkour. Lompat bangunan sana-sini macam cerita Yamakasi. Tapi tu kat game je la, kat muvi aksi dia tak menarik sangat. Stunt director dia tak mantop. Takat aksi lompat sikit2 camtu, wat malu Hollywood je. Sapa yang da layan Yamakasi memang akan gelak hina kat cerita nih.

Susunan plot biasa saja. Klimaks dia kat ntah kat mana, gua tak leh nak spot. Plot jugak laju, memang bukan cerita berfikir. Pengarah memang nak penonton follow plot dia tanpa kita sempat membangkang. Memang spoon feed habis. Tapi tu gua tak kesah sangat memandangkan muvi ni dibuat untuk kaut untung semata-mata.

Bahasa Inggeris yang digunapakai dalam muvi ni merupakan slang British. Ben ngan Gemma cakap biasa la sebab depa orang UK, yang mamat Jake ni cakap macam pelik je bunyinya. Gua rasa dia ada selit slang Parsi sket kot.

Nilai2 estetika memang tiada dalam ni, semuanya typical Hollywood. Tiada kelainan dengan muvi2 adaptasi game yang lain. Heroin mesti kena cun dan sexy. Asalkan tutup tetek ngan bahagian bawah pusat tu, you are good to go. Hero pulak badan mesti kena muscular. Kena tayang setiap biseps, triceps dan 6-pax yang ada. Muka kalau tak hensem jangan harap buleh berlakon. Jake ada semua tu, so Disney bagi dia berlakon.

Orang jahat mesti muka tak hensem, keji. Sempadan yang memisahkan baik dan jahat memang sangat clear, tu yang tak best. Hero mesti baik gila pijak semut dia yang mati. Antagonis pulak mesti jahat mengalahkan syaitonirrojim.

Sebenarnya gua agak keciwa dengan cara Mike Newell mengarah muvi nih. Dulu masa dia arah Donnie Brasco (1997), memang gua kagum gila2 babi. Donnie Brasco ialah antara muvi mafia yang top dalam personal ultimate movie list gua. Mungkin kerana dia fikir wat muvi2 bes untung tak banyak, bek wat muvi bodoh tapi masyuuukkkk..

Lagi satu pasal Ben Kingsley pulak. Bagi gua watak Nizam ni tak payah bagi Ben Kingsley pon takpa. Bukan kena terer berlakon sangat pon. Bagi patung pon buleh punya. Ben Kingsley ni pon sama cam Mike Newell jugak, nak cari duit lebih. Nak wat camana kan, depa mana ada pencen.

Kesimpulannya, Prince of Persia: Sands of Time ni tidak kena dengan citarasa gua. Gua hanya terhibur dengan awek yang dia tonjolkan sahaja, haha.. Gua berani jamin kebanyakan penonton hanya terhibur(?) di dalam panggung sahaja. Takde punya sampai balik rumah termimpi2 lagi pasal Dastan, tak mungkin!!

nukmanometer: 52% (tiap2 bulan post gua makin kurang, haih~)

3 xpuashati:

Anonymous said...

keh keh keh. tinggi sangat tu lu punye nukmanometer. bagi 20% sudah. kah kah kah!

Zulfadli Zainal said...

da stop tgk movie ke?

nukman said...

sori bro..gua bz kerja..tp skang da resign, nnt gua start tulis blk