Tuesday, September 7, 2010

Inception (2010)

Pengarah: Christopher Nolan
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Marion Cotillard, Joseph Gordon-Levitt, Ellen Paige, Ken Watanabe
Genre: Mainly science-fictional heist, but with mixture of romance and outstanding action
Durasi: 2 jam 28 minit

Cerita ni sebenarnya dah agak lama ditayangkan kat wayang, tapi nak buat camna, baru skang gua ada masa untuk menulis. Mintak maaf kepada para pembaca kerana telah mengecewakan anda dengan terlalu lama tidak menulis ulasan filem.

Berbalik kepada topik utama. Secara jujurnya gua sudah menanti filem ini dari tahun lepas lagi, dari trailer nya hanya berdurasi 50saat hinggalah sampai 2minit. Seminggu 2 kali gua usha trailer dia agar gua up to date.

Sablom filem ini tayang lagi, gua dah mempertaruhkan career gua dengan merekemen ramai orang agar menonton cerita nih. Berdasarkan pengalaman gua menonton muvi2 Chris Nolan sebelum ini, amat sukar untuk mengekang nafsu menonton muvinya yang akan datang - seperti muvi nih. Tambah2 lagi bila 2 pelakon feveret gua (Sang DiCaprio & si minah french Cotillard) bergandingan menjadi hero dan villain.

Gua nak ingatkan satu fakta kepada semua, kalu dah si Nolan ni wat muvi, sila expect muvi yang complex dan penuh dengan twist. So sinopsis dia gua kasi sket2 dah la. Muvi ini berkisarkan perjalanan Dom Cobb (Leonardo DiCaprio), seorang penyelam mimpi yang bertugas sebagai pencuri idea2 hebat daripada orang2 hebat di seluruh dunia. Senang cerita dia adalah penjenayah yang paling top la. Satu hari ada sorang tokan syarikat tenaga iaitu Saito (Ken Watanabe) telah mengupah Cobb untuk tanam satu idea jahat dalam minda pesaingnya dalam dunia perniagaan tenaga, Robert Fischer (Cillian Murphy) melalui mimpi.

Walaubagaimanapon, Cobb punya wingman, Arthur (Joseph Gordon-Levitt) tak setuju dengan idea haram itu pasai benda tuh impossible, hanya Tom Cruise je buleh wat katanya lagi. Disebabkan upah yang menarik, Cobb pon stuju dan menegaskan dia buleh wat kerja tu dengan syarat dia mendapat bantuan dari arkitek berbakat. Di sini lah Ariadne (Ellen Paige) muncul.

Maka Cobb iklankan jawatan2 kosong dalam Jobstreet, JobsDB dan JobsMalaysia untuk lengkapkan heist team dia. Suma berjalan lancar tapi ada big possibility yang mission ni akan gagal pasai bini Cobb yang dah mampos, Mal (Marion Cotillard) asik dok kacau depa masa dalam mimpi. So ada banyak benda yang Cobb tak expect terjadi semasa dalam mission.

Seperti gua katakan tadi, tiada yang simple dalam Nolan punya muvi. Tapi muvi ini antara yang yang paling simple dari segi susunan plot. Plot disusun seperti muvi2 conventional iaitu secara direct dan sedikit flash-back. Gua syak sebab ini muvi blockbuster, kalau susun plot macam Memento (2000) & The Prestige (2006), menyumpah satu wayang pasal tak dapat tangkap jalan cerita. Jadi dia susun la plot secara direct seperti filem2nya yang blockbuster iaitu Batman Begins (2005) dan The Dark Knight (2008).

Sepanjang cerita, Nolan sentiasa menimbulkan element curious agar tontonan menjadi menarik. Semakin cerita berjalan, semakin banyak tanda tanya. Pastu lepas klimaks, tanda2 tanya tadi terjawab dan sesetengahnya berakhir dengan twists yang penonton tak expect langsung. Antaranya kisah lampau Cobb, awat bini Cobb tu jahat sangat, awat USA sangat penting bagi Cobb dan macam2 lagi. Dan yang paling twist skali time ending, kita tatau

Konsep cerita ni macam nak serupa dengan The Matrix + Ocean 11 sebab menceritakan kewujudan 2 dunia dan assemble team untuk heist yang besar. Dari segi originality, Nolan claim yang dia dah 10 tahun tulis cerita nih. Tapi gua masih nampak sedikit konsep The Matrix yang memain peranan penting dalam filem nih.

Pasal sinematografi dan penggunaan kaler, gua memang kagum dengan Director of Photography dia, Wally Pfister. View dalam filem tu memang hebat. Mood kaler yang dia buat memang sesuai dengan tema filem nih. Para pemegang+DSLR+tapi+amik+gambar+tak+lawa yang ramai kat Malaysia ni buleh start belajar dari dia kot. Kalau video pon dah lawa, still picture lagi la lawa, tak gitu? Scene2 dalam filem ni shooting dia kat kalau tak salah gua sampai 5-6 negara.

Mengenai visual-effect, kalau dah science-fiction punya muvi mesti la ada kan.. Tapi mamat Nolan ni seorang yang conventional macam gua, selagi buleh shoot secara physical dia akan buat. Gua buleh katakan penggunaan CGI effect agak minimum. Scene gravity beralih2 masa Arthur bergaduh tu memang bukan CGI, dia shoot betul2. Habis mamat Gordon-Levitt tu kena lenjan, haha.. Tapi kalau scene pekan terangkat naik atas tu dia wat betol2 macam agak melampau.

Kali ini gua malas nak ulas panjang pasal lakonan. Pelakon2 yang Nolan pilih suma dah established. Cuma gua agak kecewa scene Cotillard agak sedikit. Harap2 kuar yang Director's Cut punya, 4 jam pon gua buleh layan, tarak hal.

Secara keseluruhannya gua buleh katakan yang filem ini adalah yang terbaik dalam list gua tahun nih. Memento telah membuktikan Nolan ni seorang genius, 5 filem termasuk filem ni membuktikan dia bukan genius skali-skali je, tapi genuis yang konsisten. Kalau takde pencalonan Oscar, I will fucking riot!!

nukmanometer: 98% (pembaca2 suma da lari pasal lama tak update)

3 xpuashati:

Izad Che Muda said...

JGL macho sial. Badass habis. Kalau nak lagi badass sila tengok Brick (2005). Recommended.

Anonymous said...

siapa kata lari? siapaaaa?

gua tengok movie ni tujuh kali di cinema. sekianlah.

nukman said...

Gua stuju medtech, JGLmmg kerekter paling macho skali dlm muvi nih, Leo pon kalah.↲
J.love, byk tu 7 kali..nolan p0n xtgk byk tu gua rasa,haha..