Tuesday, September 28, 2010

Wall Street: Money Never Sleeps (2010)

Pengarah: Oliver Stone
Pelakon: Shia LaBeouf, Michael Douglas, Carey Mulligan, Josh Brolin
Genre: Drama konspirasi golongan kapitalis kolar putih
Durasi: 2 jam 16 minit

Capitalism. Itu perkara utama yang terkeluar dari benak gua bila mendengar perkataan Wall Street. USA dan capitalism memang sangat sinonim. Dah macam rokok dengan lighter bak kata orang tua2. In fact, USA dan capitalism adalah satu entiti yang sama mengikut kata hati gua. Dan gua memang anti dengan idea capitalism ni yang hanya melihat duit/asset sebagai the ultimate goal yang mereka perlu capai. Hmm.. bunyi macam sama ngan MLM je, haha.. (MedTech, gua pon sanggup join lu makan tahi).

Filem yang bertajuk Wall Street: Money Never Sleeps memang betul2 mengisahkan golongan2 capitalist dan cara kerja mereka. Ia seakan-akan mengisahkan cerita disebalik global economy meltdown yang berlaku pada tahun 2008 di mana banyak institusi kewangan di USA bankrup. Pastu mereka2 ni dengan muka tak malu suruh gomen bail.

Sebenarnya filem ni adalah sequel kepada filem pertama pada tahun 1987 yang bertajuk Wall Street. Gua tak tengok lagi pon 1st film tu so tak leh la nak compare. Tapi buleh je paham walaupon tak tengok yang 1st punya, so don't worry bebeh.

Sinopsis berbunyi: Selepas menjalani hukuman penjara selama 8 tahun di atas kesalahan apa jadah ntah (refer 1st film), manusia yang mempunyai hati paling kering di dunia ini, Gordon Gekko (Michael Douglas), dibebaskan pada tahun 2001. Gekko digambarkan seolah2 seperti sudah insap dengan segala jenayah finance yang dia wat masa zaman muda2 dulu (dia adalah lagenda Wall Street). Pastu filem ni highlight kat sorang budak bernama Jacob 'Jake' Moore (Shia LaBeouf) yang menjalinkan hubungan cinta omputih (duduk serumah macam laki bini tapi kahwinnya tidak) dengan Winnie (Carey Mulligan), anak kepada Gekko.

Pada satu hari, semua financial institution kat USA dilanda krisis. Zabel, institusi kewangan tempat Jake kerja tak terkecuali. Ini suma angkara spekulasi dibuat oleh James (Josh Brolin). Tokey dia, Lou, pressure gila2 babi sampai buat benda tak senonoh, bunuh diri kat landasan keretapi. Jake sangat sedih dengan cara kematian Lou kerana dia sangat rapat ngan Jake, siap jadi mentor lagi hah.. Jake menyalahkan James di atas kematian tu lalu menyimpan hasrat untuk membalas dendam dengan cara paling dahsyat sekali.

Dia pon amik la advice kat manusia yang paling licik dan jahat macam syaitan suatu ketika dulu iaitu ayah aweknya, Gordon Gekko. Gekko letak syarat yang Jake mesti bagi hubungan Gekko dan winnie (bapak-anak) dapat dipulihkan. "Ceh, simple macam tu gua tarak hal la father," kata Jake yang tersasul memanggil Gekko sebagai bapak mentua dia.

Adakah Jake berjaya membalas dendam terhadap James setelah follow segala nasihat Gekko? Sebagai manusia paling licik di dunia (financially), adakah Gekko betul2 insap atau dia ada agenda dia sendiri? Adakah hubungan bapak-anak antara Gekko dengan Winnie berjaya dipulihkan? Segala persoalan ini dapat dijawab setelah habis usha 2 jam lebih kat panggung wayang. Sila tengok wiken nih.

Pertama sekali gua nak ulas ialah pasal character building. Filem ini secara keseluruhannya meng'orbit' watak utama iaitu Jake. It's all about Jake. So Shia LaBeufe memang nak kena berlakon kaw2. Penghayatan watak yang dia tampilkan looks okay, but far from great. Lagipon, gua rasa muka dia macam tak sesuai nak jadi golongan atasan capitalist New York. Kalau gua ada kuasa nak wat casting, gua akan amik Ryan Gosling untuk watak tu.

Pasal watak Gordon Gekko plak, gua rasa sangat tak puas hati sebab dia bukanlah antara watak utama. Part Gekko untuk filem ni memang crucial tapi sikit la pulak dia punya penampilan. Incik Oliver, apa pasai tak bagi dia berlakon banyak2 sket? In terms of acting/performing, gua memang respect habis ngan Tok Wan Douglas nih. Gua tengok je muka Gekko gua dah rasa aura kejahatan yang membuak2. Berpura2 la baik macam mana pon, gua memang tau dia memang jahat dan gua betol. Senyum dia memang haram jadah punya jahat, dah macam Al Pacino dalam cerita The Devil's Advocate (1997). Dalam personal list gua, character Gekko ni masuk dalam Top 10 villain yang paling jahat, sebaris dengan Darth Vader, Emperor Palpatine, Hannibal Lecter dan Michael Corleone.

Carey Mulligan gua malas nak cerita panjang. Dia comel tapi rambut pendek camtu da nampak macam lesbian la pulak (that's how easy I judge people, haha). She's a decent actor, part nangis2 memang terer tapi tak leh lawan pelakon Melayu lagi, sorry Carey..

Knowledge transfer. Gua rasa semua filem patut ada element ni. Filem ni telah sedikit sebanyak memberi gambaran kepada gua tentang betapa rapuhnya sistem capitalism ini. Ekonomi sesebuah firm/negara buleh jatuh dengan hanya spekulasi sahaja (Tuhan dah kata fitnah antara dosa yang paling besar sekali). Banyak term pasal finance dan ekonomi diguna pakai dalam filem ini. Sayangnya gua budak engineering, tak berapa nak familiar dengan term2 tersebut. Gua rasa sesiapa yang bekerja/belajar dalam sector finance/ekonomi akan lagi enjoy layan filem ni. Kat Malaysia ni ada sorang Profesor Madya yang salu sangat wat filem tapi ntah, macam takde knowledge whatsoever. Shame on him. Tapi banyak la pulak orang layan cerita dia kat wayang.

Gua sangat tertarik dengan setting filem ini, New York. Gua suka tengok skyscrapper punya architecture, penuh seni. Banyak roman pillar, ukir sana ukir sini, dome, dan lain2 lagi. Federal Reserve punya bangunan memang classic, gua suka gila walaupon agak ironic sebab gua benci capitalism. OST dia pon agak menarik. Time intro dia memang stail. Tunjuk Big Apple punya helicopter-view tambah dengan country music. Gua suka, lu olang gua tak pedulik.

Part yang gua tak suka pon ada gak dalam filem nih. Takkan suma nak suka je kan. Antaranya ialah klimaks yang agak lambat pastu tak la tinggi mana dia punya graf. Plot pon gua buleh agak the next few steps, maybe pasal gua yakin Gekko memang takkan jadi baik kot. Pastu main villain senang sangat kalah, takde cabaran sengit langsung. Dan yang paling gua tak puas hati sekali ialah ending dia. Haram betul Oliver Stone, lu tulis ending ni time tahan kencing sambil cari toilet ke? Rushing sangat ending dia, ntah apa2. Tu lah yang paling spoil skali dalam filem ni.

Secara keseluruhan gua rekemen pembaca2 blog ini agar menonton filem ini. A very good medium for our knowledge about capitalism, maybe a little drift from facts but it still gives us the idea. Tengok betapa fragile nya capitalism ini. Tahun 2008 USA kena teruk, next time maybe Malaysia pulak kena hit (FYI, Malaysia pon negara kapitalis jugak). Who the fuck knows??

nukmanometer: 81% (gua harap para politician2 yang incharge pasal finance kat Malaysia aware pasal hole dalam sistem skang nih)


3 xpuashati:

Anonymous said...

haven't watched a movie for dunno-how-many-weeks. this is gonna be the first.

dah lama nak tengok movie ni because of my interest in financial market (being someone who was involved myself since last year)

hikhik.

nampak macam best and I AGREE! NYC is one of the reasons gua nak tengok movie ni! oh yellow cab!

PS: sejak bila plak pelakon meleisia pandai nangis weh? buat audience nangis apatah lagi. bollywood bhai!

nukman said...

aah la..gua lupa lak bollywood lagi dasat smpai audience pon ley nangis lebih dr actor

The Strummer said...

capitalism - love story