Saturday, March 26, 2011

127 Hours (2010)

Pengarah: Danny Boyle
Pelakon: James Franco, Kate Mara
Genre: Survival, horror?
Durasi: 1 jam 34 minit

Kematian. Setiap makhluk pasti akan merasai kematian. Tak kira lah lu manusia ke, mergastua ke, jin iblis ke, malaikat ke, tumbuh-tumbuhan ke, lu pasti akan merasai mati. Bila sampai masanya kita akan mati, tapi bila tak sampai waktu lagi, kita tak mati walau macam mana tak logik nya keadaan. Bak kata Tony Wong dalam komiknya, berpantang maut sablom ajal. Apa pulak kaitan kematian dengan ulasan filem nih?

Well, filem ini mengisahkan seorang hiker yang bernama Aron Ralston (James Franco) yang terperangkap dalam kanyon selama 5 hari suku. Tangan kanan dia tersekat dek batu dan tiada siapa pon tau dia stuck dekat situ. Daripada mati katak kat situ, Aron mengambil keputusan memotong tangannya yang stuck kat batu tu demi melepaskan diri. Dia berjaya, habis cerita. See the connection? Pantang maut sablom ajal.

Apa yang menariknya ialah filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Mamat Aron ni benar2 wujud dan benar2 memotong lengannya dengan pisau tumpul (pisau ketip kuku). Lu pilih lu nak hidup cacat sepanjang hayat ke nak lu mati muda? Cuba bayangkan lu kat tempat dia.

Gua adalah fan cerita2 survival nih. Cerita2 bergenre survival seperti Cast Away (2000), Into The Wild (2007), Vertical Limit (2000) dan Buried (2010) memang makanan gua. Selain itu, gua jugak fan kepada series Man vs. Wild, Survivorman, I Shouldn't Be Alive dan Man, Woman, Wild di Astro. Jadi, menonton filem 127 Hours ini adalah menjadi satu kewajipan kepada gua. Dan gua akan menjadi extra meticulous dalam menilai filem ini.

Filem ini adalah jenis character driven di mana keberkesanan cerita sangat bergantung kepada lakonan, bukan plot. Keseluruhan filem adalah daripada perspektif Aron dan Aron sahaja, tiada orang lain. Gua tiada masalah dengan James Franco memegang watak Aron, lakonan dia real, memang lain dari Harry Osborne, haha.

Apa yang gua kurang gemar ialah cara Danny Boyle membawa cerita. Kalau gua jadi director, dapat script potong2 tangan ni, gua akan buat filem tu berat gila, gelap, terapkan unsur2 dramatik dan penuhkan dengan scene2 yang intense gila babi.

Tapi Danny Boyle decided nak buat secara bersahaja, permulaan filem memang casual habis. Banyak split screen digunakan. Yela, takkan start2 muvi je terus nak letak scene intense, ye dok? Kalu tak salah gua, lepas sejam baru lah timbul permasalahan start dengan tangan lekat celah batu.

Oleh kerana gua dah tengok filem Buried, salah satu filem survival yang paling best, maka gua nampak 127 hours sebagai suam2 kuku sahaja. Banyak persamaan antara kedua-dua filem ini seperti cast yang sedikit dan ruang yang sempit. Dalam Buried, sepanjang sejam setengah cerita tiada langsung flash back tapi menarik. Dalam 127 hours, banyak flash back dan imaginary scene di mana Aron mengalami halusinasi, tapi gua rasa biasa je. Takde pon yang menangkap kalbu. Walaubagaimanapon, scene potong tangan memang best. Slack dia tak tunjuk secara real. Pengusaha panggung da bagi warning kat Danny Boyle agar tak bagi nampak real. Kalu tak habis satu panggung ada kesan muntah.

Tak banyak yang gua buleh katakan. Gara2 dah tengok filem Buried, gua rasa 127 hours ni biasa saja. Cuma overrated sampai buleh tercalon ke Academy Awards. Filem ni tak menang apa2 pon kat Academy, tu gua bersetuju.

nukmanometer: 80% (Awat Buried tak tercalon? Hampa suma buta ka apa?)

4 xpuashati:

Mohd Khusairi Mat Akhir said...

into the wild yg terbaik bg gua..

nukman said...

betol, stuju.. satu hari nanti kena pi melawat van tu..

meen said...

buried aku usya lps baca review ko bro.
lps aku baca je review nih, trus aku simpan je mubi ni dalam external. x jadi lak nk tgk. huhu~

bile lak mesia nak wat cite survival erk? try survive dlm gua batu caves. ada bran? hoho!

nukman said...

kalu kat malaysia, kena wat cerita survival kat Kamunting..haha