Monday, April 12, 2010

Daybreakers (2010)

Pengarah: Michael & Peter Spierig
Pelakon: Ethan Hawke, Willem Defoe, Claudia Karvan, Sam Neill
Genre: Vampire thriller + action + sci-fi
Durasi: 1 jam 38 minit

Dari zaman dulu sampai skang pembuat2 filem tak boring2 nak buat muvi pasal vampire. Berbagai2 tema untuk muvi vampire telah digunakan. Sebut saja, horror, thriller, action, comedy, romantic, sci-fi, suma orang dah wat. Kali ni gua nak review pasal muvi vampire di masa hadapan.

Sinopsisnya berbunyi: Pada tahun 2019, kebanyakan manusia telah bertukar menjadi vampire disebabkan wabak penyakit apa ntah. So, untuk terus hidup, mereka haruslah menghirup darah manusia. Kalau lama sangat tak santap darah manusia, vampire ni buleh jadi mutasi lalu menjelma kepada makhluk kelawar yang bukan2.

Walaupon menjadi vampire, mereka ni masih mengekalkan ketamadunan. Tak la barbarian sangat. Shopping complex, train station, airport, condo, suma ada macam tamadun manusia biasa. Tapi, bekalan darah manusia semakin kritikal. Manusia zaman tu semakin pupus dek si vampire ni asik buru je sebab nak darah. Macam manusia zaman skang asik dok cari petroleum, sama lah dengan vampire zaman tu cari manusia.

Dalam dok sibuk mencari bekalan darah manusia, satu kampeni ni cuba cipta blood substitude atau dengan bahasa melayu, darah pengganti. Macam darah artificial la lebih kurang. Project ni dibiayai oleh Charles Bromley (Sam Neill) dan diketuai oleh saintis vampire, Edward Dalton (Ethan Hawke). Tapi, bila wat ujian klinikal kat manusia, product mereka gagal sama skali.

Di kala masalah bekalan darah semakin memuncak, ada manusia, Audrey (Claudia Karvan) kontek Edward yang dia ada penawar untuk vampire kembali menjadi manusia. Edward berminat lalu Audrey pon tunjuk contoh vampire yang dah bertukar jadi manusia balik iaitu Elvis (Willem Defoe).

Edward bertekad nak guna penawar tu untuk menyembuhkan suma vampire tapi dihalang oleh kampeni nya. Sebab apa mereka halang kena la pi kat wayang tengok sendiri. Adakah Edward akan berjaya dalam misi dia?hehehe.. Persoalan mengapa muvi ni dinamakan Daybreakers akan terjawab kalau tengok sampai habis. *habis sinopsis*

Ini adalah muvi vampire yang tidak conventional. Tema dia mengenai kebuluran dan berlatarbelakangkan zaman masa depan memang jarang2 orang buat. Tapi element2 tulen vampire masih dikekalkan seperti imej vampire tak buleh nampak kat cermin, terbakar bila kena cahaya matahari, mati bila kena paku kat dada, tiada denyutan jantung & nadi, gigi taring yang menonjol, dan lain2.

Bukan macam muvi Twilight dan New Moon, vampire bila kena sinaran matahari, buleh pulak sparkling dan tak mati. Pastu buleh pulak hidup dengan jamah darah binatang. WTF?? Ini memang satu jenaka bodoh yang tak lawak langsung. Manusia dalam filem ni diterapkan sifat2 vampire seperti buleh menghilangkan diri bila kita alih pandangan kita walaupon sekejap. Ironic isn't it??

Lagi satu, kalau muvi vampire salu dipersembahkan dengan tone color gelap memanjang, muvi ni lain sket. Bila malam memang guna tone gelap kehijau-hijauan seperti The Matrix, tapi filem ni ada waktu siang. So, tak la gua boring sangat asik2 tengok tone gelap je.

Pasal jalan cerita, kebanyakannya gua dah buleh agak. So, kurang la sket thrillernya. Tapi scene2 ganas seperti putus tangan+kaki, putus kepala, darah memancut macam gunung berapi, perut terburai, badan terkoyak tetap ada dalam cerita ni. Walaupon banyak adegan2 jijik, gua masih buleh makan popcorn.

Gua buleh katakan yang muvi ni jenis plot-driven. Walaupon Ethan Hawke menjalankan tugas dengan baik dengan watak Edward, mungkin kerana screen play yang tidak descriptive menghadkan Ethan menjiwai watak ni secara keseluruhan.

Time gua tengok kat wayang Lembaga Penapisan Filem (LPF) tak potong pulak scene2 tersebut. Ayat2 mencarut gua buleh dengar dengan jelas walaupon ada yang potong sikit2. Ni yang wat gua suka,haha. Perempuan topless pon dia kasi tengok macam tu je, malas nak edit2 kot. Gua rasa LPF mungkin ada terbaca entry gua sablom nih.

Ingin gua tekankan kat sini bahawa muvi ni memang jauh dari title 'muvi terhebat sepanjang zaman' tapi ianya masih berbaloi untuk ditonton kat wayang.

nukmanometer: 78% (lebih kurang macam I Am Legend je cerita dia, ganti zombie tu ngan vampire)

2 xpuashati:

Achan Sinclair said...

Agak2 kat village mall ada x?

nukman said...

haha..dah tak tayang dah kot..