Sunday, April 25, 2010

TV2 Vs. TV3

Entry kali ni gua tak review muvi, tapi nak berkongsi pendapat gua terhadap 2 stesen tv tempatan nih (padahal nak lepas geram). Saja je gua buat icon tv2 tu kecik2, simbolik kepada tahap penerimaan masyarakat Malaysia terhadap kedua2 stesen tv tersebut.

Ok, mula2 biar gua intro dulu 2 kampeni nih, mana la ada orang tak tau sebab dok layan astro banyak sangat. Tv2 adalah channel yang direka oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) manakala tv3 ni Media Prima yang punya.

Kalau nak bandingkan dari segi teknologi penyiaran, daya tarikan rancangan siaran, drama siri blablablabla, tv2 memang agak ketinggalan. Tapi segala aspek tu tiada kaitan dengan blog ini kerana tidak berkait dengan filem. Yang gua nak bandingkan kat sini ialah pemilihan filem2 untuk tayangan yang stesen2 tv ni buat. Lain2 gua tak hambek pedulik, sampai kat muvi je gua serious.

Slot muvi yang tv2 buat ialah pada hari Rabu pukul 10mlm, Jumaat pukul 12tgh/mlm, Ahad pukul 4ptg. Tv3 pulak slot muvi dia letak pada hari Rabu pukul 10mlm (tapi skang dah xde kot sbb Top Host ambik alih), Jumaat pukul 10mlm, Ahad (gua xsure sbb kadang2 ada Mentor la, Konsert Jom Heboh la,ntah).

Gua tak peduli waktu mana pon nak tayang muvi, gua bantai je tengok tak kira waktu. Dengan syarat muvi kena betol2 ummpphhh la.Kat aspek ni tv3 kalah teruk ngan rakan segurunya iaitu tv2. Muvi2 yang ntah apa2 menjadi taruhan tv3 untuk tatapan penonton, tambah2 pulak untuk gua yang cerewet nih.

Sejak gua pencen dari jadi student, gua asik tgk tv je. Tu je kerja gua, nak cari kerja banyak pulak kampeni boikot gua. Sepanjang gua dok tengok tv tuh, gua dapati terdapat perbezaan ketara antara tv2 dan tv3.

Tv2 banyak tayang filem2 hebat dan sangat berpengaruh dalam membentuk budaya filem yang sihat. Filem2 hebat tahap Kuasa Retakan Atom + Tahap Kesempurnaan (pembaca Pendekar Laut familiar ngan term nih) seperti Casablanca (1942), The Prince of Tides (1991), The Searchers (1956), Bourne Trilogy dan Braveheart (1995) menjadi pilihan tv2 untuk memuaskan libido penonton terhadap filem. Filem2 ni la yang latest gua layan kat tv2, yang lama2 gua tak ingat la.

Tv3 pulak suka tayang filem2 lawak, kalau tak lawak musti penuh gila babi ngan aksi. Tapi tu tak menjadi masalah kepada gua, gua usha je, tarak hal. Buleh gak menghiburkan hati ngan lawak2 bodoh yang disajikan, takkan nak serious je memanjang. Tapi tu lah, filem2 tv3 tayangkan tak bawak banyak impak. Sampai gua tak ingat filem apa yang dia dah tayang. Haunted Mansion (2003), Underdog (2007), The Shaggy Dog (2006), Mr Bean's Holiday (2007) dan pastu gua dah tak ingat.

Tv3 nak tayang muvi apa pon suka hati dia la, gua tarak hal. Buat apa nak marah, bukannya salah pon. Tapi yang buat gua bengang ialah bila tv3 suka potong banyak scene dalam filem yang dia tayang tuh. Dah tayang cerita lawak, aksi, bukannya ada adegan cium2, bogel atau mencarut, nak potong buat apa??

Time slot 2 jam, filem dalam sejam setengah lebih kurang, ada 30 minit nak tayang iklan. Takkan la kena potong gak kot?? Bodoh+tamak haram jadah punya stesen tv. Ni dah jadi sejam filem sejam iklan dah. Tau la nak cari duit, tapi jangan la potong filem2 suka2 hati je. Duit cari la banyak mana pon, gua buleh jamin ngan nyawa gua takkan cukup punya. Potong pulak kat scene2 yang crucial, sampai penonton pon naik bingung, eh macam mana pulak jd macam ni, tadi macam lain.

Dek perangai kapitalis tv3, habis rosak filem dibuatnya. Penonton pon buleh hilang arah nak ikut balik jalan cerita. Ini buleh dikira sebagai insult terhadap pembikin muvi yang terbabit. Penat2 dia wat muvi, senang2 je stesen tv ni potong suka2 hati. Memang bangsat! Gua rasa mereka perlu buat 1 slot 5 jam khas untuk iklan je, hahaha. Letak la iklan apa pon kat situ, jangan kacau slot lain dah.

Kat tv2 gua tengok masalah macam ni tak berlaku. Gua akui memang ada scene yang dia potong, tapi scene2 tu adalah scene cium2, nampak tetek, adegan ranjang, dan mencarut. Tak mengganggu jalan cerita pon, penonton masih buleh paham apa yang berlaku, tak la jadi tak tentu arah macam tengok kat tv3.

Iklan masih ada tapi pada tahap minimum. Kalau takde iklan susah pulak nak gi kencing ke, nak buat susu anak ke. Gua dapat rasa yang tv2 ni sebuleh2 nya nak kurangkan potong filem yang orang penat2 buat ni. Jauh beza dengan stesen tv yang 1 lagi tuh, haih.

Lagi satu, bila tayang filem biar sampai habis. Credit pon kena tunjuk walaupon takde orang nak tengok. Jangan main potong je. Gua kadang2 tengok gak credit sampai habis (filem2 best sahaja). Semalam gua baru je nak enjoy tengok credit Mr. Bean's Holiday, skali tv3 kasi potong maa..aiyaaa, apa mau jadi la sama ini stesen.

Orang buat credit tu ada sebabnya, nak menghargai para crew dan pelakon yang terlibat dalam pembikinan filem. Apa lu ingat senang ke nak bikin filem?? Cuba kalau Melodi, tv3 sanggup potong credit Melodi? Sanggup potong credit untuk Mentor, Top Host, Juara Lagu? Sanggup?!!

Cerita Braveheart tu, gua usha sampai credit habis beb.. Bes gila babi cerita tuh sampai credit yang berdurasi 10 minit pon gua layan. Buleh je tv2 tayang, takde nak potong pon.

Kesimpulannya, gua buleh katakan tv2 jauh lebih bagus daripada tv3 dalam aspek filem. Secara analoginya gua buleh gambarkan yang tv3 ni macam baby dalam kandungan manakala tv2 macam seorang engineer yang dah kerja kat NASA selama 10 tahun. Gua harap tv3 baca entry gua nih (tinggi gila harapan gua,hahaha).

13 xpuashati:

Hapiz Ahmad said...

tv3 suka ulg movi 2-3 kali dlm setahun..

sebek tu untung byk..

k

nukman said...

benar..gua ter miss point tersebut..thanks sbb bgtau..

Achan Sinclair said...

Kapitalis puaka

Faiz Rev said...

tv3 dasar tamak haloba

biase la. xde iklan, camne la derg nk idop

Anonymous said...

tak salah kot berharapan tv3 bace. klu kau perasan, setiap sepuluh minit, dia akan tayang iklan selame lime minit.

hahahha aku pernah kire. tak tau skrg. lime minit tayang movie, sepuluh minit tayang iklan kot? lols!

tp aku rase normal kot. utk stesen tv tak berbayar, tv3 tu org kate kire top la. naturally, banyak la company nak letak iklan diorang kt situ. ramai viewers maaa. target market ramai kt situ. so probability nak dpt customers tinggi. kene plak tv3 tamak haloba haram jadah. kene la tu.

mcm belog la. top bloggers tu biasenye update blog twice or thrice weekly. pastu bile dah update, update dgn post berbayar. hampeh betol. iklan menyemak kt tepi belog.

aku rase DULU kot tv3 ade letak movie best2. time aku budak2 hingusan. skrg ni takde la. anyway, dah jarang tgk tv dah pun so tak tahulah ape citer.

nukman said...

tu la..pasal iklan gua tak kisah sangat..tapi kalau sampai kena potong sebahagian drpd muvi, ini buleh menimbulkan marah..hahaha

Nor Hanis said...

gua pon nak ckp mende yg same mcm pizud. rasenye baru lg tayang mr bean tu dlm beberapa minggu lepas. jumat ritu tayang lagi. bikin marah gua je...

(demi nak join perbualan, belakon2 cakap mcm apek)

yang pasti semalam gua tengok drama musang berjanggut kat tv3, movie musang berjanggut kat tv2.

zzzz

Unknown said...

Gua pun nak marah gak ni apa dia ingat buat filem senang ke. Orang seni macam aku je paham haha.

din said...

sangkaanku meleset, aku ingat ang nk sokong tv3, skali tv2 daa..hehe, nice writing..baru nih tgk cite 3 abdul (lakonan P. Ramlee, Ahmad Nisfu dsb)..rasenye x sampai sebulan, duk ulang cite tuh jugak..ape cer tv 2?

AN said...

gua rasa gua nak keje ngan tv3 la, pastu gua nak resign dr tv3 dgn alasan tv3 byk potong adegen2 penting di dlm muvi..lol

nukman said...

Din: Pasal crita P.Ramlee aku no komen sbb xtgk..hehe..kalau nak kira brp kali tv2 ulang cerita tu kena start dari zaman parents kita kecik2 dulu..

Izhan: nice gak idea tuh..snap gmbar nor azlina redzuan sket..haha

meen said...

gle high taste nk dgn nor azlina redzuan.
bagi aku, cukup la dpt berdiri sebelah nurul syuhada nurul ain... hohoho~

eJAI said...

perghh..itu hari gua layan ronin kat tv2..kat tv3 mane de cite2 camnih..
sume cite hampeh aje