Thursday, April 1, 2010

Edge of Darkness (2010)

Pengarah: Martin Campbell
Pelakon: Mel Gibson, Danny Huston, Ray Winstone, Bojana Novakovic
Genre: Penyiasatan, Politik, Konspirasi
Durasi: 1 jam 57 minit

Berdasarkan casting, pengarah dan trailer, gua rasa cerita ni macam best je untuk dinikmati. In fact, gua da letak filem ni salah satu daripada filem 2010 yang gua wajib tengok. Namun selepas usha filem ni, adakah ia kena dengan apa yang gua expect? Biasa2 saja? Best nak mampos? Sampah gila kalah filem Korea? Nak tau kena la baca sampai habis.

Apa2 pon biar gua bagi ringkasan sinopsis dulu. Thomas Craven (Mel Gibson), seorang anggota polis Boston menerima kunjungan anaknya yang dah lama tak balik, Emma Craven (Bojana Novakovic). Emma juga merupakan seorang student dari MIT yang tengah wat intern.

Tak dan lama nak beramah mesra tiba2 ada satu kereta datang pastu terus tembak Emma kat perut pakai short-gun. Emma pon apa lagi, terus mati katak kat situ dengan usus terburai. Pihak pulis beranggapan sasaran sebenar penyerang tuh ialah Thomas sebab mamat nih kerja sebagai pulis, dah tentu banyak musuh dikalangan penjenayah.

Tapi setelah siasat balik, Thomas dapat tau yang Emma merupakan sasaran sebenar penyerang tu, bukan dia. So, bermulalah penyiasatan yang kompleks sampai gua pon pening. Projek nuklear la, senator korup la, pengganas la, aktivis la, bla bla bla..

Pertama sekali gua nak ulas pasal plot. Plot cerita ni macam meleret dan tersimpang serta sedikit tak logik. Pada pendapat otak gua, plot dia panjang sangat, suma dia nak sumbat dalam satu filem berdurasi 1 jam 57 minit. Kalau 2 jam setengah hingga 3 jam tu okay la, biar plot gerak slow tapi penonton senang tangkap.

Pembinaan karekter untuk watak Thomas ni boleh tahan la, standard muvi2 Hollywood. Tapi yang gua bengang pasal watak2 lain. Watak lain walaupon tak banyak kluar dalam cerita, tapi impak mereka besar dalam plot filem nih. Tengah2 sembang tiba2 sebut nama kawan ni, nama kawan tuh, walhal tak significant pon watak depa dalam mana2 scene. Gua pon agak keliru sebenarnya, haha..

Pasal Mel Gibson pulak, dia merupakan tarikan utama gua nak layan cerita nih. Agak lama jugak mamat ni tak berlakon, asik mengarah je. Lakonan dia kali ini bukanlah antara lakonan dia yang terbaik. Gua rasa ini berpunca daripada lakon layar (screen play) yang tidak terperinci. Scene anak dia mati pon tak berapa nak emosi sangat. Tak buleh lawan Mel Gibson dalam Braveheart (1995), gua sebak kot tengok.

Apa yang gua betul2 respek dalam filem ni ialah dia punya scenery, memang mantop!! Depa shooting kat sekitar Massachusetts, Boston. Yup, MIT ngan Harvard dekat2 situ la. Sungai, pokok, bukit, pekan, pelabuhan dan segala aspek pemandangan memang tip-top. Setiap scene gua akan focus tengok background dia, sampai terabai focus utama scene2 tersebut. Mungkin inilah yang buat gua susah nak tangkap plot dia kot, hahaha..

Gua hanya rekemen cerita ni kepada yang betul2 hustler dalam mencernakan maklumat dengan cepat. Orang yang lambat pick-up memang ambik masa nak paham cerita nih (macam gua la).

nukmanometer: 64% (Mel Gibson lagi terer jadi director daripada Martin Campbell)

0 xpuashati: