Tuesday, September 21, 2010

Resident Evil: Afterlife (2010)

Pengarah: Paul W. S. Anderson
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Wentworth Miller, Shawn Roberts
Genre: Action sci-fi yang kononnya seram
Durasi: 1 jam 37 minit

Sebelum gua start ulas muvi ni, perlulah gua ingatkan yang gua memang bukanlah fan kepada video-game-to-movie punya konsep. Banyak muvi yang berkonsepkan ini telah gagal mencapai standard kepuasan gua. Bukan gagal biasa2, gagal TEROK. Let see how suck this movie was.

Gua jugak menghadapi masalah untuk recall balik apa yang gua tengok kat wayang. Bukan apa, otak gua secara otomatik tak akan simpan memori yang bertaraf rendah, annoying plak tuh. Selalu bila kuar wayang, gua dan rakan2 akan bertukar2 pandangan pasal muvi yang ditonton. Tapi kali ni special, kuar wayang je suma diam membisu. Rakan2 gua ni bukan calang2 orang kalu nak ulas pasal muvi beb! Suma diam memikirkan berbaloi ke perabihRM13 usha muvi nih. Baik pakai wat bayar tol (kerajaan, sila jgn naikkan tol sebelum dan selepas pilihanraya)!!

Kali ni gua skip sinopsis. Jalan cerita bukanlan element penting untuk muvi action dari mula sampai habeh. Mula cerita dah lawan2, tengah still lawan, ending pon lawan gak (muqadimah nak gaduh). So baik gua skip, tak rugi masa lu olang baca dan jugak masa gua untuk taip.

Ada banyak benda gua tak puas hati yang gua ingin highlight kat sini. First, pasal movie special effects. Cerita nak sci-fi gila2 babi, CGI dia taraf2 Cicak-Man je, apa hal? Kalu tak mampu tak payah la wat scene susah2, si mamat Anderson ni dah wat KRU kembang lubang hidong. Haih~

Second, Milla Jovovich memang tak reti belakon. Setiap masa asik nak berbisik je, apa dia ingat dia buleh nego harga ikan kat Pasar Bisik Kuala Muda?? Pengalaman belakon dia hanya pada watak yang lebih kurang sama. Ekspresi muka tak berapa nak menjadi tapi lagi bagus la dari Steven Seagal. Pelakon lain pon sama, Shawn Roberts paling terok skali. Lakonan dia gua buleh bagi tahap carutan darjah tertinggi.

Then, koreografi time lawan2 ngan tembak2. Scene tembak2 dia dah macam Gerak Khas gua tengok. Orang jahat tembak satu biji peluru pon tak kena. Tembak pakai machine-gun yang 1 saat berapa puluh kali tembak tu, jangan kata lubang, calar pon takde kat Alice (Milla Jovovich).
Tapi bila Alice tembak kena jaga2, silap2 satu peluru je dia pakai nak bunuh dua orang.

Point seterusnya, character development yang lemah. Watak Alice je yang dapat di'elaborate'. Watak2 lain (kecuali Micheal Scofield) dah macam atmosfera dah, ada tapi orang tak amik tau. Bila jadi camtu, connection between character nampak janggal. Ataupon depa suma dah ada tunjuk kat Resident Evil sablom2 nih? Ntah, gua malas nak amik port.

Part yang gua suka pon ada jugak, takkan sepanjang cerita nak wat muka ketat kot.. Director dia pandai letak unexpected comedy dalam scene. Tengah2 dok serius melawan zombie, ada pulak lawak2 bodoh dia letak. At least senyum la jugak gua dalam wayang tuh.

Pastu watak Micheal Scofield tetiba je kuar dalam cerita Resident Evil. WHAT THE FUCK?? Walaupon dalam ni nama dia Chris Redfield, perwatakan dia memang sebijik macam dalam Prison Break - escape artist. Tapi takpa, gua excited jugak sebenarnya. Nampaknya Wentworth Miller takleh lari daripada watak Scofield yang dia bawak dulu.

Kesimpulan yang gua buleh bagi: Jangan tengok game yang dibuat filem. Jangan tengok King of Fighters, Tekken dan muvi2 lain yang sama genre dengan mereka.

nukmanometer: 45% (Buruk macam mana pon muvi nih, mesti ada orang wat sequel gak. Hampeh!)

4 xpuashati:

Anonymous said...

i knew it! waktu semua orang dok cerita sana sini pasal movie ni keluar wayang, gua hanya, mehh.

milla can never act lah. seen her previous movies. she should just stick to modelling.

nukman said...

tu la pasal..selalunya model xterer belakon..haha

Saifuddin said...

hehe ada je man model yg terer blakon.. paris hilton ngan maria ozawa.. tp filem dirg x kuar wayang la hahaha

janel23 said...

nyampah siot tgk scoffield wat gaya prison break dia...keja nk nmpk cool ja...haha