Wednesday, May 5, 2010

Ip Man 2 (2010)

Pengarah: Wilson Yip
Pelakon: Donnie Yen, Sammo Hung, Lynn Hung, Huang Xiaoming
Genre: Aksi kungfu yang diselitkan dengan sedikit unsur sedih dan komedi
Durasi: 1 jam 49 minit

Pada Hari Buruh yang lalu, gua turun ke Selangor/Kolumpo sebentar melawat empayar mafia gua, apa dah jadi lepas gua handover kepada ketua2 cawangan. Pada petang itu gua dijemput oleh ex-mafia Ampang (sekarang mafia Subang) iaitu Norman Naim lalu dibawak berjumpa dengan mafia Ampang sebenar, Taufiq Aqmal.

Program pada petang itu ialah menjelaskan kepada gua apa kemajuan yang telah dicapai kat sini. Tiada tempat lain yang sesuai untuk menjelaskan kepada gua melainkan panggung wayang. Maka masuklah kami bertiga ke dalam MBO Ampang layan cerita Ip Man 2. Apa barang layan Iron Man 2, tak gangster langsung!

Ip Man 2 ini ialah sekuel kepada Ip Man yang ditayangkan pada 2008. Kali ni setting dia kat Hong Kong yang dalam jajahan British laknatullah. Selepas kena tembak sebab belasah Jeneral Jepun kat China dulu, Ip Man (Donnie Yen) lari ke Hong Kong. Di sana dia pokai takdak duit nak hidup, so atas ihsan member2 lama kat sana, dia pon bukak la Sekolah Kung Fu Wing Chun.

Tapi rupa2nya bukan senang nak bukak Sekolah Kung Fu kat sini, ada pulak rules & regulation yang perlu dipenuhi. Antara rule tersebut ialah Ip Man kena sparring dengan tok2 guru sekolah lain. Orang yang paling kuat membangkang Ip Man ialah otai tok guru kat situ, Hung Chun-Nam (Sammo Hung). Ip Man juga perlu membayar duit perlindungan setiap bulan kepada Hung kalau nak bukak Sekolah Kung Fu Wing Chun, tapi Ip Man tetap tegak takmo bayar.

Pada masa yang sama Hung diupah oleh pihak British melalui Fatso (Kent Cheng aka Fei Mau) untuk menganjurkan satu pertandingan boxing yang disertai Juara Dunia Mr. Twister. Macam biasa, kalau dah nama pon penjajah, mesti la suka kutuk, cemuh, hina, caci, maki-hamun, carut terhadap orang2 cina di Hong Kong, khususnya pada pertandingan boxing tu.

Mr. Twister buat satu offer untuk bertempur dengannya terhadap orang cina yang tak puas hati. Hung yang dah panas membara gila babi pon sahut cabaran itu lalu bertempur dengan mamat omputih tersebut. Hung yang dah tua bertempur ngan Mr. Twister aka Syaitan Barat yang muscular dan kahaq, apa yang lu expect?? Mati tergolek Hung atas gelanggang kena tinju dengan si Syaitan Barat tuh. Ip Man pon emo tengok Hung mati katak kena lanyak.

Kecoh satu Hong Kong dengan berita tu, omputeh habis kena bantai dengan media sebab fight itu hari tak fair. Demi nak membersihkan nama, Syaitan Barat wat satu lagi offer untuk bergasak ngan dia. Ip Man pon apa lagi, laju je dia sambut offer tu. "Jeneral Jepun pon gua buleh lanyak selamber je, omputeh ni tarak hal la," bisik hati kecil Ip Man dengan penuh yakin.

So berentap la kedua2 insan ini. Ip Man dengan Tinju Peluru Supersonik nya (sila rujuk komik Pendekar Laut) manakala Twister dengan tinju barat nya. Lepas tu lu buleh bayangkan sendiri ending, malas gua nak cerita. Cuma gua nak bagitau Bruce Lee ada time ending.

Habis cerita, kami bertiga kuar cari makanan. Sambil2 makan ada la jugak sembang pasal Ip Man 2 tadi. Taufiq Aqmal dan gua mendapati sinematografi filem ini agak menarik, ditambah lagi dengan suasana Hong Kong pada zaman dulu, perghhh... Setting pekan Hong Kong tu sangat menarik sehingga kan guna kamera angle mana pon tarak hal, hasil dia musti superb.

Bini Ip Man dalam cerita tu tetap cun walaupon tengah mengandung. Memang daya tarikan dia ni gua susah nak neutralize, haha.. Jeles jugak la gua terhadap Ip Man. Aksi2 dalam filem ni pon not bad, tak buleh lawan yang 1st tapi still okay la bagi gua.

Ada jugak perkara yang gua tak puas hati. Fesyen yang ditampilkan oleh watak macam tak kena ngan zaman nya. Ada pulak snow cap yang macam zaman skang tuh, haha.. Pastu t-shirt yang watak2 sampingan pakai pon nampak sangat kemodenannya. Ini buleh menghilangkan mood zaman dulu yang diterapkan dengan baik melalui setting pekan Hong Kong yang gua puji tadi.

Lakonan orang putih dalam cerita ni buleh bawak stroke kat otak gua. Lakonan tak jadi langsung, cakap pon dah macam orang baca berita kat tv, WTF?? Lakonan mereke kosong tiada emosi. Ntah omputeh mana la pengarah ni ambik. Pelakon2 cina okay je, tak la nampak sangat tak reti berlakon. Lagi satu, tok guru kung fu seperti Ip Man pon tak terlepas dari isap rokok, haha.. Gua buleh terima kalau orang2 biasa isap rokok, tapi ni Ip Man kot!!! Tok guru kung fu termahsyur seluruh dunia, mengamalkan hidup tak sehat dengan menghisap rokok.. Fucking ironic.

Kalau nak bandingkan dengan Ip Man yang 1st, Ip Man 2 ni kurang menyengat la. Tapi tu dah jadi lumrah dunia filem, sekuel lagi best dari yang 1st cuma ada sikit je dalam dunia, The Godfather Part II salah satu daripada puak tersebut. SO, Ip Man 2 ni masih buleh kome sume layan di panggung berhampiran. AdioS~~

nukmanometer: 69.9% (adegan tinju peluru supersonik xbyk sgt)


10 xpuashati:

Faiz Rev said...

lol tinju peluru supersonik

ko kena soh pendekar laut ajar kuasa tolakan elektron dulu kt ip man tu kot

nukman said...

xpe,ip man buleh cari sendiri kot kuasa tu..silap2 siap ngan tahap kesempurnaan

Norman Naim said...

....
Ape brg ikut normaIn naim!
Pas ni NORMAN NAIM bwk hang menjelajah tmpat baek punyer~

nukman said...

adoi..aku silap eja sket je pon..ok2, da betolkan dah

Anonymous said...

uh.
aku susah nak minat citer cina zmn skrg. baru2 ni ade tengok little big soldier ke hape tah yg ade jackie chan dgn mamat jepang tu - diorang kate awesome - aku rase so-so. how? zmn lame2 dulu yang dok tayang kat tv tu byk yang klaka2 tu aku sukelah.

Ip man ni aku tak tau aku leh minat ke tak sbb aku tak berape nak minat the 1st one.

BTW, robert downey jr adelah lelaki ketiga tersexy kt dunia after leo dicaprio dan jude law. tp i guess, sebab kau straight guy yang suke zooey deschanel, aku phm that u may not see my point. hehe.

PS: jgn terpengaruh dgn buku teks sejarah sekolah menengah. byk bullshits dlm tu. paham tak knp aku cakap macam ni? heh

nukman said...

zaman emas muvi hong kong ialah time era stephen chow dan young & dangerous dulu.. skang da slow sket tp far better dr muvi2 melayu..

gua paham dan stuju point tu, Leonardo DiCaprio lg sexy dr Zooey Deschanel (boley ke compare camni??haha).

PS. knp ngan buku teks sejarah skolah menengah?? pasal british ke? elaborate please..

drum kit said...

review yg pro! haha!

nukman said...

thanks..hehe

syfq amr said...

..weh filem ip man3 dah jalan penggambaran dah sekarang ni. tapi yang ke tiga ni diorg cita pasal mafia2 plak. tajuk dia pon dah tukar skit, jadi Nuk Man.

nukman said...

haha..nice one!!