Saturday, May 8, 2010

50 Dead Men Walking (2008)

Pengarah: Kari Skogland
Pelakon: Jim Sturgess, Ben Kingsley, Nathalie Press, Kevin Zeges
Genre: Thriller politik Ireland
Durasi: 1 jam 57 minit

Walaupon tajuk filem ni berbunyi "50 orang mati berjalan," ianya bukanlah cerita zombie atau horror flicks seperti anda sangkakan. Ia juga bukan sambungan daripada cerita arahan Tim Robins, Dead Man Walking (1995) lakonan Sean Penn.

Sebaliknya ini merupakan sebuah filem kisah benar berkenaan dengan sejarah politik Ireland-Britain yang agak kompleks. Dibikin berdasarkan sebuah autobiography (dengan tajuk yang sama), filem ini mengisahkan seorang pejuang IRA yang menjadi duri dalam daging buat organisasi nya kerana berkhidmatan sebagai informer kepada pihak British.

Sablom gua sambung bagi sinopsis, biar gua terangkan secara ringkas pasal kemelut politik ni. Bila sebut pengganas, yang terlintas dalam fikiran ramai orang ialah Al-Qaeda. Tapi lu mesti tak penah dengar nama IRA. Nama macam comel kan? Tapi nauzubillah punya ganas. IRA bukanlah nama awek2 yang anda buleh jumpa kat facebook atau myspace, IRA stands for Irish Republican Army.

IRA yang dianggotai oleh nasionalis2 Ireland beragama katolik yang tak suka negara depa duduk bawah British Empire. Start tahun 1960-an, perang saudara tercetus antara IRA dengan Britain dan para penyokongnya. Banyak jugak filem pasal IRA ni contohnya The Devil's Own (1997) dan 5 Minutes of Heaven (2009).

Nak dijadikan cerita, Martin McGartland (Jim Sturgess) ialah seorang Catholic Irish yang tak menyokong tindakan IRA kerana disifatkan kejam. Tapi beliau tetap setia terhadap Ireland dan takkan mengkhianati negaranya dengan berpihak kepada British.

Walaubagaimanapon, lepas tolong kawan dia yang merupakan pejuang IRA lari dari polis, dia dijemput untuk jadi sukarelawan IRA. Dia pon masuk je walaupon dalam hati tak stuju. Selepas melihat kekejaman IRA dengan mata kepala sendiri, dia celaru.

British pulak minat ngan mamat ni sebab dia well connected dengan society. Mana la tau kot2 buleh korek maklumat pasal IRA sket. Fergus (Ben Kingsley) ialah orang yang dipertanggungjawabkan untuk bawak Martin jadi spy bagi mereka.

Lepas disogok ngan duit dan Honda Civic, Martin pon terima tawaran British. Bahaya betol game yang dia main. Pada masa yang sama, dia dah ada girlfriend yang mengandung, Lara (Nathalie Press). Sekarang tanggungjawab dia makin besar, kena jadi IRA volunteer, British spy, caring husband and dad. Sapa buleh wat suma tu dalam satu masa?? Silap langkah sket dia dan famili buleh mampos dalam keadaan yang sangat mengerikan.

Bila dah kantoi ngan IRA yang dia jadi spy, British lak buleh wat tatau je. Tak nak mengaku yang Martin tu spy dia. Fergus pon bengang la ngan pihak atasan, dia dah layan Martin tu macam anak sendiri. Apa jadi kat Martin dan famili lepas tuh?? Mati ka?? Fergus lak, takkan dia diam je ?? Usha sendiri.. anda akan dapat jawapan sebab apa nama cerita ni 50 Dead Men Walking.

Gua suka cerita ni sebab dari mula sampai habis bahasa yang dituturkan ialah English dengan slang Ireland. Sedap oo dengar, haha.. Tapi orang England takde la slang tu, kasi logik sket. Tak macam cerita lain, cerita pasal perang zaman yunani dulu tapi cakap English. Cakap bahasa Greek la baru dapat feel sebenar.

Emosi yang ditampilkan memang real habis. Jim Sturgess memang handal membawa feel dan mengekspresikan emosi watak yang dibawanya. Mengikut firasat gua, dalam 2-3 tahun lagi dia buleh bawak balik anugerah Academy dengan syarat ada director yang pandai guna bakat mamat nih.

Bukan takat tembak2, kejar sana-sini, tapi aspek2 kekeluargaan jugak tak dilupakan. Kita buleh tengok betapa depressed nya Martin untuk kekalkan keseimbangan keluarga dia bila bini dia dapat tau yang dia kerja ngan IRA. Pastu time dapat anak, Fergus pulak membahayakan diri pi melawat kat spital. Nasib baik tak kantoi.

Gua jugak suka suasana pekan kat Ireland dan tonne kaler yang digunakan Kari Skogland. Mungkin sebab dia pompuan kot, pandai pilih kaler, haha.. Tonne kaler yang gloomy memang menghidupkan mood depression para penduduk kat situ.

Tak lupa kepada Honda Civic dalam cerita nih, memang klasik!! Gua minat gila. Betul2 trigger semangat classic gua yang dok menyorok.

Pasal ketepatan filem ni dengan fakta sejarah, gua malas nak bagi jawapan. Buat la homework sendiri, jangan dok harap orang bagitau je!!!

nukmanometer: 94% (English is best heard in Irish accent)


5 xpuashati:

Anonymous said...

nanti haku download.

nukman said...

lu xkan menyesal..haha

janel23 said...

sedy dia mati...haha

nukman said...

dia x mati la..kena tembak 6 kali pon hidup lg, dah macam crita horror

janel23 said...

aik...yaka???oohh...dia kna tembak kat dada pastu kat tgn...bgus r hg review creta2 cmni...cri lgi yg best2 pastu review...buleh ak donlod tgk..