Wednesday, May 12, 2010

I Want These Genres in Local Film Industry!!!!


Walaupon tajuk omputih, tapi isi dia gua tulis dalam bahasa kebangsaan. Kalu tulis bahasa omputih memang ramai buleh baca, tapi nanti tak lekat pulak mesej2 yang gua nak sampaikan kat hati dan minda targeted-readers (apa terma bahasa melayu nya?) yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Pasti ramai (macam ramai je yg baca blog ni) yang tertanya2 awat gua tak pernah ulas filem2 tempatan, suma filem luar negara je yang gua ulas. Gua bukannya boikot industri tempatan tapi tak banyak variasi yang filem2 tempatan buleh offer gua.

Sebenarnya filem2 tempatan banyak je yang bagus, tapi lagi banyak sampah daripada yang bagus (ada sorang professor yang salu wat filem genre ni, sapa ek nama dia?). No offense, but this is reality that many people refuse to admit (face the fucking truth will ya?). So, daripada gua buang masa caci, maki-hamun filem2 tempatan yang termasuk dalam kategori sampah, baik gua kutuk filem2 luar yang tak bes.

Lepas tu, filem2 tempatan yang bagus tadi kebanyakannya terdiri daripada genre yang lebih kurang sama. Gua minat filem2 Yasmin Ahmad tapi kebanyakan filem dia mesti nak genre pasal kepelbagaian kaum kat Malaysia. Lama-kelamaan berani sket sentuh pasal keagamaan dalam filem Muallaf. Kalau dia hidup lagi mungkin ada banyak lagi genre yang berani dia teroka. Tak macam pengarah lain, harap nama je lelaki tapi haram jadah punya penakot (teloq ada?).

Gua juga layan filem2 daripada Afdlin Shauki. Pada pendapat gua, mamat ni berani nak teroka genre2 yang pembikin2 filem tempatan yang konventional tak terfikir nak buat. Lihat filem Cuci, Setem, dan Los n Faun. Tapi tula, mesti nak ada komedi jugak dalam suma filem dia. Secara peribadi gua berharap agar dia buat 1 filem yang betul2 serius dan membuka minda penonton.

Lagi sorang otai filem ialah U-Wei Haji Asaari. Seingat gua, TAK PERNAH skali pon gua usha filem dia. Filem Kaki Bakar yang dia bikin pada tahun 1995, ditayangkan kat Festival Filem Cannes dan festival2 lain pada tahun yang sama. Tapi tahun 2001 baru nak tayang kat Malaysia, pastu tayangan terhad pulak tu. WHY THE FUCK WAS THAT?? Pastu, takde lak nak tayang kat tv (kalau ada sila inform gua bila).

Bukan senang nak wat filem yang layak untuk ditayang kat Cannes. Orang luar sanjung, kat tempat sendiri kena gam, tak leh tayang sebab genre dan skrip ceritu tu ada provoke sapa ntah. BODOH!!! Di saat industri filem tempatan nak berkembang pesat, ada pulak golongan minda sempit ni buat kacau.

Sekarang masyarakat Malaysia banyak disajikan filem2 lawak bodoh berstatus sampah berulat (walaupon cerita Stephen Chow banyak lawak bodoh jugak, tapi lawak dia ada class). Genre ini seolah-olah sinonim dengan budaya masyarakat kita.

Kebanyakan pembikin filem tempatan nampak macam selesa je dengan situasi ni - buat la filem bodoh macam mana pon, mesti untung berjuta-juta jugak. Ini memang satu fakta yang sangat2 encouraging bagi mereka agar buat lagi filem2 sampah. Tapi penonton kena ingat, filem mencerminkan budaya kita. It is dead serious to choose only good films to watch.

So, kat sini gua nak senaraikan genre2 yang patut ada dalam industri filem tempatan. Gua dah cemuih (muak) dengan genre2 yang sedia ada di pasaran tempatan (komedi romantik, cinta, drama bisnes2, rempit). Tak membuka minda langsung. Current and future film directors/producers please take note.

1. Courtroom Drama: Orang kita memang suka drama. Macam2 jenis drama depa dah buat, tapi drama dalam mahkamah gua tak pernah nampak lagi. Genre ini selalunya dianggap berat, tapi bagi gua ia mampu membuka minda masyarakat. Contoh filem yang berjaya dengan genre ini ialah Erin Brokovich, The Accused dan Lawyer Lawyer (personal favorite). Dan selalunya kisah yang dipaparkan dalam genre ini ialah kisah yang benar2 berlaku. Ada banyak peristiwa yang berlaku kat mahkamah Malaysia yang buleh dibuat asas filem seperti Anwar Ibrahim Trial, VK Lingam case, Razak Baginda Trial dan lain2 (gua malas nak sebut satu2). Tak payah la amik sebijik, just loosely based on pon da okay.

2. Political Thriller: Genre ini mempunyai banyak hubungkait dengan genre di atas. Bila cerita tentang politik, mesti nak masuk mahkamah punyalah. Tapi ada jugak yang thriller politik semata2 seperti State of Play (2009) dan The Manchurian Candidate (1962 & 2004). Dalam genre ini banyak diceritakan tentang politician2 korup dan konspirasi kotor untuk menjatuhkan lawan masing2. Sekali lagi gua nak bagi contoh dalam Malaysia, negara yang kebanyakan rakyatnya politically fanatic. Tak pernah langsung gua tengok filem tempatan mengisahkan politician korup. Apa yang takut sangat nak wat filem2 camni?? Takut masuk ISA?? Come on, negara lain buleh buat awat Malaysia tak buleh buat?? Korupsi ada di mana2, jangan nak nafi la. Dalam kerajaan Turki Uthmaniah pon ada korupsi, inikan pulak kerajaan2 lain. Kerajaan pulak tak payah la nak sensitip sangat la dalam hal ni, it's just a film. Penonton perlu satu naskah intelektual dalam isu nih (filem la, apa lagi).

3. Kisah Polis Korup: Ni lagi satu genre yang sapa2 pon kat Malaysia tak berani nak cuba. Selalunya dalam cerita tempatan watak polis tak dihuraikan secara bagus (not well elaborated). Suma gua tengok tipikal je. Dalam Gerak Khas pon suma polis lebih kurang sama je, sorang2 macam klon. Cakap bahasa baku pulak tuh, cikgu bahasa melayu pon tak camtu. Ntah apa la yang mamat Yusop Haslam tu fikir. Imej polis tak jatuh punyalah kalau buat cerita2 camtu. Suma orang tau polis tu baik, tapi ada jugak sket2 yang korup. Cuba tengok dalam Serpico (1975) dan Pride & Glory (2008), kaw2 punya korup polis2 nih, kalah penjenayah. But it's nothing strange to most of people. Kenapa kita je yang nak melatah lebih2?? Nak bukti polis korup, sila refer Sirul Azhar dan Azilah.

4. Autobiography: Kat Malaysia ada banyak figure yang gua rasa buleh dibuat filem. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Chin Peng, Botak Chin, dan Jimmy Choo adalah figure2 yang gua rasa amat berpotensi untuk dijadikan filem. Tambah2 Botak Chin yang digelar Robin Hood Malaya, kisah hidup dia amat menarik, sorang pon tak wat filem pasal dia (setahu gua la). Selalunya autobiography orang buat dokumentari, tapi bak kata Pero, tak commercial la. So gubah la bagi menarik ditonton tanpa mengubah fakta2 penting pasal individu itu. Contoh filem autobiography yang menarik ialah Kundun (1997) dan The Aviator (2004).

5. Perang: Last filem perang orang tempatan buat ialah Leftenan Adnan (gua rasa la), tak ingat tahun bila. Best jugak la gua tengok, setting yang mantap, entah mana la depa buleh cari motokar dan moto zaman dulu. Kostum pon gua tengok real je. Kenapa sekarang dah takde filem perang yang orang tempatan bikin?? Nak harap kerajaan sponsor baru nak buat?? Chais! Ada banyak idea filem perang yang gua buleh tulis kat sini, takkan para producer dan director tak pernah terfikir kot?? Kalau kata perang melayu tak best, tak cukup ganas, buat la pasal Pol Pot dan Khmer Rouge. Tu memang ganas, sama kejam dengan Nazi. Lagipon muka orang Malaysia ngan Kemboja tak banyak bezanya, buleh kot buat. Gua buleh buat lakon layar kalau ada yang sudi bayar (nice x rhyme gua??haha).

6. Sukan: Gol dan Gincu merupakan salah satu contoh filem tempatan dalam genre ini. Lepas tu ada pulak Hooperz yang baru kuar. Genre ni macam dah dapat sambutan, bagus! Tapi skrip kena la mantap, kalau tak nanti jadi cemuhan gua pulak. Tapi sukan yang Malaysia paling terer iaitu badminton takde la pulak filem dia. Hmmm, mungkin kalau menang Piala Thomas 2010 ni baru ada orang nak buat kot.

7. Boxing: Gua tak mahu masukkan genre boxing ke dalam sukan kerana gua berpendapat boxing ni lebih dari sekadar sukan (suka hati gua je kan?). Selalunya filem2 boxing tak tertumpu sangat kepada semangat kesukanan tetapi ada kisah disebalik para peninju. Orang melayu zaman dulu memang gila boxing kaw2. Time Muhammad Ali fight Joe Bugner kat Kolumpo, bapak gua kata time tu dia darjah 3, cikgu dia stop klas bawak budak2 pi tengok boxing kat tv. Gila tak gila macam tu lah, cikgu pon sanggup bawak anak2 murid gi usha pertarungan ganas kat tv. Skang boxing tak mendapat tempat di hati warga tempatan, tapi gua still berharap ada orang buat jugak filem pasal boxing. Sumo buleh buat filem, boxing pon mesti buleh punya. Rocky (1976), Raging Bull (1980), Ali (2001) dan Cinderella Man (2006) adalah muvi boxing terbaik bagi gua.

8. Epik: Malaysia ada produce genre ni melalui filem Puteri Gunung Ledang. Belanja banyak gila babi tapi untung tak tara mana. Lepas tu takde sapa dah nak buat. Aik, takkan patah semangat kot?? Tapi tak kisah la sebab gua tak minat langsung epik2 dalam gugusan kepulauan Melayu nih. Lantak lah, malas nak ulas. Kalau ada filem baru genre ni pon okay jugak, baru meriah industri.

Itulah sedikit sebanyak yang gua buleh kupas kat sini. Sebenarnya ada banyak lagi yang gua nak katakan pasal industri filem tempatan ni, gua simpan untuk entri akan datang lah. Nanti takde modal pulak gua nak wat artikel.

Tapi LU KENA INGAT, skrip kena mantap dan banyak twist. Improve benda ni dulu baru cuba genre2 baru. Kalau buat filem genre2 di atas tapi skrip sampah, tak guna jugak, hahaha..

P/S: antara komen yang gua expect akan dapat - "lu sembang je lebat, wat sendiri tengok.."

6 xpuashati:

Zulfadli Zainal said...

setuju dengan jangan buang masa pada mereka2 yg tak mahu perubahan.

duniahell said...

bg kategori filem fisrt, second and third kene 2-3 kali tukar government abru boleh buat, ISA kene mansuhkan and majoriti malaysians become more open-minded. nak buat citer pasal polis korup mmg x dapt skang ni...polis kene jage integriti diorang(so paham2 la cmne reaksi diorg kalau buat pasal diorg), majoriti malaysians x aware ngn human rights and their right. political thriller may be bole buat tp yg citer baek2 je la.aku rase aku penah tgk drama tun a.rahman nak capai merdeka... mcm bosan..so kene twist2 sket bg dramatik.x byk bende boleh buat utk fisrt three kategori(sensitif, ISA maa...)
kalau nak buat autobigraphy, mahathir tu bole lagi kot..tp tunggu issue2 psl die dah takde la, anwar and laen2 tu isu sensitif gak. so skang ni tggl businessman punye citer je boleh buat movie...byk ckp, x de aksi, lawak yg ramai org may be x paham...so x komersial.
perang...walaupon kat malaysia ni perang kecil2an( ghee hin vs haisan, raja ni vs raja tu) aku rase bole komersial lagi..tp cinematography kene mantap.
sukan...bola sepak bole kot tp hitam putih la.
ckp pasal epik...ko kene bace hikayat hang tuah n buku2 yg seantero dgnnye...byk kot epik2 best.tp kalau nak buat kene cinematogrpahy mantap la.konpem x pat(takut jd macam scene kete accident dlm kl drift)

pasal script ade satu problem... penggunaan bahasa melayu baku. script kene tapis kot...kene bg jins shamsudin tukar dier nyer polisi r kalau nak dgr puki and kote dalam pawagam( len la kalau bole buat movie 3gp)

lg satu movie tempatan= mobie melayu psl majoriti penoonton berbangsa melayu dan naek motor berkuasa kecil( ade iras2 melayu minimalis kan?naek motor tu fakta kurg tepat)

last: sori komen panjang..ni blog ko kot

nukman said...

nice komen pero!! xpe,komen je panjang2, gua tak kisah.. input bagus nih,hehe..

Anonymous said...

politic hanjeng. semuaaaaaaa sebab politic!

sebab tu kite punye movie industry suck balls.

eh. "lu sembang je lebat, jom buat movie!" eh?

nukman said...

orang melayu sensitip sangat, sikit2 nak terasa..xbuleh wat cerita corruption langsung,mesti melenting punyalah,haha..

jom wat muvi, tp 3gp je la.. HAHAHAHA!!

eJAI said...

pekate lu tggu je filem gua nak buat...tp gua pulak nak tggu bajet...