Friday, January 29, 2010

Contact (1997)

Pengarah: Robert Zemeckis
Pelakon: Jodie Foster, Matthew McConaughey, James Wood
Genre: Drama sains fiksyen yang melibatkan unsur ketuhanan dan alien
Durasi: 2 jam 22 minit

Secara jujurnya, apabila mengetahui genre filem ini ialah sains fiksyen, gua keberatan untuk menontonnya. Gua bukanlah fan untuk genre ini, hanya segelintir filem sahaja dari genre ini menarik minat gua seperti Star Wars, Back To The Future, Terminator dan beberapa filem lain (xkan nak list kat sini pulak). Tetapi disebabkan pelakon kesayangan gua iaitu Jodie Foster berlakon, gua pon tengok la (sebab nak usya dia je mula2). Tambahan pulak pengarah filem ni pernah menghasilkan filem kegemaran gua iaitu Back To The Future Part I-III dan Forrest Gump, "ok kot crita ni," bisik gua seorang diri untuk menyedapkan hati.

Cerita ini berdasarkan kehidupan seorang saintis Dr Ellie Arroway (Jodie Foster) yang dibesarkan oleh bapa tunggal selepas kematian ibunya (bapak dia pon hidup xlama, umur Ellie 7 thn je bapak dia mati). Objektif Ellie adalah untuk mencari kehidupan pintar di angkasa lepas menggunakan teknik radio teleskop memandangkan kecik2 dulu bapak dia ajar cara nak guna radio amatur untuk cari orang.

Lagi satu pasal Dr Ellie ni, dia adalah seorang athiest (tak percaya wujudnya tuhan) disebabkan dia saintis yang hanya bergantung kepada empirical evidence (dia kata la). Memang pendek akal la minah ni.

Setelah beberapa tahun mengkaji dan mencari, akhirnya dia berjaya dapat satu isyarat dalam bentuk gelombang radio daripada alien di Bintang Vega. Punya la seronok selepas penat mencari, dia pon bagitau kat suma orang yang sama interest dengan dia. Time ni la kerajaan US masuk campur (macam biasa, suma depa nak).

Ellie and the team berjaya menterjemahkan isyarat tersebut menggunakan ilmu logik matematik sahaja dan terkejut apabila mengetahui yang isyarat tu adalah satu blueprint untuk membuat kapal angkasa yang membolehkan sorang penumpang untuk melancong ke Bintang Vega. James Wood sebagai Michael Kitz iaitu National Security Advisor agak skeptik dengan penemuan itu tapi bersetuju untuk membina kapal angkasa tersebut.

Dalam pada itu Ellie terserempak dengan pemuda alim yang dia penah tido skali dulu, Palmer Joss (Matthew McConaughey) time miting ngan kerajaan US. Jauh berbeza ngan dia, mamat ni adalah seorang yang kuat pegangan agamanya (dia xckp agama apa tp gua rasa Kristian).

Ellie terpilih menjadi orang yang akan melawat Bintang Vega tersebut selepas berebut2 ngan calon2 lain (gua rasa Syeikh Muzaffar punya idola ialah Dr Ellie ni). Okay, da banyak spoiler yang gua bagi, tengok sendiri la untuk tau lebih detail.

Plot cerita ni macam merapu (mmg la dah sains fiksyen) tapi anda jangan tertipu. Bila anda tengok cerita ni anda akan terlupa dengan kemerapuan plot sebab ia diolah seakan-akan benda ni akan betul2 terjadi dalam dunia sebenar. Bila filem drama, cerita pon berkembang secara perlahan. Penonton yang sabar adalah penonton yang beruntung, sapa tak sabar jangan tengok cerita nih. Mengenai teknologi, tiada jurang teknologi antara dunia filem dan dunia sebenar. Apa yang filem tu ada kat dunia kita pon ada, so tak la melampau2 macam Star Wars tuh.

Bill Clinton ada 'berlakon' jugak dalam cerita nih, hahaha. Sebenarnya pengarah sunting dan edit sikit dialog Bill Clinton untuk dimasukkan dalam muvi Contact nih. Baru realistik sket muvi ada Presiden US yang sebenar. Gua syak Clinton tekel Monica Lewinsky dengan bermodalkan dia penah 'berlakon' dalam muvi ni.

Berkenaan lakonan, jangan disangkalkan lagi mengenai kualiti lakonan Jodie Foster. Minah ni berlakon sejak umur dia 3 tahun, Oscar (Academy Award) nomination kali pertama time umur 14 tahun, seterusnya menang Oscar 2 kali selepas itu. Ekspresi muka dia saja sudah cukup untuk kita tau apa yang dia nak bagitau, tak payah cakap dah. Keberkesanan lakonan dia dah macam method acting walaupon dia bukanlah seorang pelakon method.

James Wood membuktikan dia memang Hollywood old-timer dengan gaya lakonannya yang berkesan. Gua cuma xpuas hati dengan Matthew McConaughey. Muka mamat ni memang tak kena dengan watak dia sebagai orang alim, haha. Lakonan berpura-puranya berjaya gua kesan dengan mudah, tak ubah macam cerita Korea. Dia lebih sesuai jadi surfer kat pantai Australia.

Filem ini cuba tonjolkan pertembungan sains dan agama. Mula2 Ellie mempersoalkan kewujudan tuhan terhadap Palmer. Palmer cakap tak semua benda kita buleh explain tapi Ellie wat2 tak tau je. Twist yang gila2 best berlaku kat penghujung cerita ni di mana Ellie akhirnya dapat rasa macam mana kesusahan nak explain sesuatu perkara terhadap orang yang tiada kepercayaan, ironinya, dia la yang tiada kepercayaan.

Robert Zemeckis berjaya membuat gua terpegun di akhir cerita ni. "Motherfucker!" gua curse sebagai tanda kagum. Bagi gua, secara total, sains fiksyen dalam cerita ni hanyalah 20% manakala selebihnya berpaksi kepada drama yang memerlukan pemikiran kritikal. For goddamn atheist out there, you should watch this movie, at least you know that god is really exist.

nukmanometer: 92% (gua rekemen beli dvd blue ray ori, lepas tengok simpan dalam frame)


0 xpuashati: