Wednesday, January 27, 2010

A Prophet (2009) = Insult to the Muslim World???



Sewaktu gua sedang usya profil2 movie untuk gua tonton, gua ternampak ada satu filem Perancis bertajuk A Prophet. Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu bermaksud 'seorang nabi'. Gua mempunyai tahap curiosity yang agak tinggi, maka gua pon terus la click untuk usya dia punya sinopsis. Kalau lu olang ingat ni crita pasal nabi, lu silap. Sinopsisnya berbunyi:
Condemned to six years in prison, Malik El Djebena, part Arab, part Corsican, cannot read or write. Arriving at the jail entirely alone, he appears younger and more fragile than the other convicts. He is 19 years old. Cornered by the leader of the Corsican gang currently ruling the prison, he is given a number of "missions" to carry out, toughening him up and gaining the gang leader's confidence in the process. Malik is a fast learner and rises up the prison ranks, all the while secretly devising his own plans.
Semuanya nampak okay, tapi ada satu part yang mengganggu gua. Pasal watak utama yang separuh Arab separuh Corsican serta tak tahu membaca & menulis. Gua rasa umat Islam di seluruh dunia kenal dengan seorang Arab yang tak tahu membaca serta menulis. Ring a bell?

Zaman moden skarang pon ada lagi ke orang yang tak buleh membaca dan menulis?? Kat France lak tuh, salah satu negara maju kat dunia nih. Ni saja2 ke atau pon kebetulan? Gua serahkan kepada anda untuk menilai.

Adakah pengarah cuba menggambarkan secara simbolik tentang perjuangan nabi kita berdakwah dengan movie ini? Kalau ya memang nak kena la pengarah ni sebab cerita ni berlaku dalam penjara yang penuh dengan segala jenis penjenayah, lepas tu buleh pulak hero crita ni jadi ketua kepada suma penjenayah tadi. Memang kurang ajar kalau cuba membandingkan antara dua occasion tu.

Gua MASIH BELUM TONTON lagi cerita ni, so tak buleh la untuk mengulas lebih lanjut sama ada crita ni adalah konspirasi menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia atau pon berlaku secara kebetulan. Tajuk 'A Prophet' pon dah cukup provoking. Gua akan berusaha mendapatkan cerita nih untuk tontonan persendirian dan kemudiannya menilai. Setakat nih segala-galanya masih dalam tanda tanya (sebab tu gua letak tanda soal kat post nih), so jangan melatah tak tentu pasal pulak. Adios semua~