Sunday, January 24, 2010

Sherlock Holmes (2009)

Pengarah: Guy Ritchie
Pelakon: Robert Downey Jr., Jude Law, Rachel McAdams, Mark Strong
Genre: Komedi penyiasatan yang penuh aksi
Durasi: 2 jam 8 minit

Gua usya cerita ni pertama kali bersama Hanif Mustafa Amin aka Ajak pada penghujung tahun 2009. Pastu pada awal 2010 gua usya cerita ni lagi skali bersama famili. Gua usya sampai 2 kali tak bermakna cerita ni best melampau2. Sila baca sampai habis.

Kepada sapa2 yang tak tau sapa tu Sherlock Holmes ni sila pergi ke toilet, tadah air suam, hiris pergelangan tangan sampai berdarah pastu rendam dalam air suam tadi. Pasti anda tau sapa Sherlock Holmes lepas tu.

Dalam siri penyiasatan kali ini Sherlock (Robert Downey Jr.) dan Dr. Watson (Jude Law) kena mematahkan rancangan Blackwood untuk menguasai Britain seterusnya seluruh dunia. Dengar macam bosan je jalan cerita dia, macam superhero kena lawan orang jahat untuk selamatkan dunia. Anda silap, teruskan membaca.

Pada permulaan cerita ni, Ritchie menjamu penonton dengan babak ritual korban manusia yang diketuai Blackwood. Tapi dia kantoi pulak ngan Sherlock dan Watson, pastu kena la tangkap kena humban dalam jel. Bukan tu saja, dia kena hukum gantung sampai mampos atas kesalahan mengamalkan sihir.

Maka dia pon kena la gantung dan Dr. Watson sahkan dia dah mati. Keadaan tenang wat seketika, tiada kekacauan. Elok la tuh sebab Watson pon tengah mabuk nak kahwin. Tetapi time tengah hari ada pulak hujan turun, petang dah tak panas dah. Blackwood yang dikatakan dah mampos ntah cam mana buleh lari dari kubur. Habis satu London panik sebab kebangkitan si Blackwood ni.

Dalam pada itu, kekasih lama Sherlock, Irene Adler (Rachel McAdams) tiba2 datang berjumpa Sherlock suruh dia cari ada sorang mamat yang hilang. Sekali time Sherlock siasat keranda Blackwood, orang yang Irene cari tu ada dalam tuh - dah arwah.

Lepas tu satu demi satu orang penting London kena bunuh. Ini bertepatan dengan apa yang Blackwood cakap kat Sherlock sablom dia kena gantung yang ada 3 orang lagi akan mati, "hang tak buleh halang punya lah," kata Blackwood angkuh.

So, bermula lah penyiasatan mereka yang penuh aksi agar rancangan Blackwood dapat diketahui. Walaupon dibekalkan dengan minda yang tajam bak pisau cukur, Sherlock tetap menghadapi kesukaran untuk membongkar rancang iblis Blackwood itu. Nak tunjuk kat penonton bukan senang jadi detektif, tambahan pula zaman tu mana ada teknologi DNA atau cap cari. Tak macam CSI skang ni, sikit2 DNA, sikit2 cap jari, bosan.

Gua merupakan salah seorang peminat filem2 arahan Guy Ritchie. Filem ini sangat berlainan dengan kebanyakan filem2 lain arahan beliau di mana plot cerita ini ditunjukkan melalui satu point-of-view sahaja iaitu Sherlock. Berbeza dengan Lock, Stock And Two Smoking Barrels, Snatch dan RocknRolla arahan beliau yang memaparkan lebih banyak point-of-view untuk menjadikan cerita lebih rumit dan menarik. Itu menjadikan cerita lebih jelas dan sapa2 pon buleh paham apa yang nak disampaikan. Budak2 darjah 6 dan ke atas sepatutnya dapat memahami cerita nih.

Apa yang menarik perhatian gua ialah bcara Guy Ritchie tunjukkan pemikiran Sherlock tentang langkah2 yang bakap diambil ketika nak meng'KO'kan musuh. Punya la mantap mamat ni atur langkah sampai kita buleh tengok imej dalam fikiran dia. Lagi satu, pengarah berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu penonton secara berkesan terhadap misteri si Blackwood ni. Penonton akan dapat segala jawapan terhadap misteri tuh di penghujung cerita, so tak buleh la kluar pi kencing time tengok wayang, haha. Terdapat hint yang menunjukkan cerita ini akan ada sequel nya di mana kemunculan watak Profesor Moriarty yang penuh dengan agenda misteri itu.

Gua secara peribadi mengharapkan cerita yang lebih gelap dan unsur komedi yang minimum untuk filem Sherlock Holmes ni. Kalau buat jadi muvi berat lagi ummpphh, Sherlock Holmes cerita lawak? This is not right. Tapi tu akan mengurangkan jumlah penonton la, bdak2 yang malas fikir mesti tak mau tengok punya nanti. Topi trademark Sherlock Holmes selalu pakai tu pon tak dak, itu antara benda xbest dalam cerita ni.

Okeh, gua pon dah ngantuk ni, adios~

nukmanometer: 75% (utk sapa yg xtgk lg, buleh beli dvd tgk. Pastu kalau dvd hilang, xpayah ssh2 cari balik)

5 xpuashati:

Izad Che Muda said...

Wah2...dah ade blog skang. Blog kritik filem plk tuh. Nais2...

nukman said...

haha..hang la sumber inspirasi aku, wakaka

debudebanana said...

haibat giler ada blog.....
kritik muvi ja ka?? crita2 bersiri xda???

nukman said...

xdak..cerita bersiri malas nak ulas

cupcakevelle said...

citer ni memang best!!5bintang kasi!