Thursday, January 21, 2010

Tahun Baru=Bukak Blog

Hola folks..
Setelah sekian lama hidup di dalam dunia yang kejam ini (22 tahun tak la lama sangat), hasrat gua untuk membuka blog akhirnya tercapai jugak. Tujuan gua mendirikan blog NukmanTheMovie ini adalah untuk berkongsi pendapat berkenaan filem-filem yang gua dah tonton (dengan penuh emosi) dan apa saja yang berkaitan dengannya.

Di dalam blog ini juga akan dimuatkan dengan review filem-filem yang gua dah tengok (dari zaman nenek anda dulu sampai la sekarang), artikel-artikel berkenaan industri filem dari perspektif gua sendiri dan juga profil-profil mereka yang memberi impak besar kepada gua dan industri filem (pengarah, pelakon, penerbit etc). Kebanyakan filem yang gua akan review adalah dari Hollywood (memang la dah depa yg banyak buat muvi), namun filem dari Malaysia, UK, France, India, Hong Kong dan Thailand tidak akan dilupakan. Anda jugak buleh request gua untuk review filem pilihan anda. Tapi dengan syarat filem tersebut bukanlah berasal dari Korea. Gua memang pantang tengok cerita Korea.

Kredibiliti
Apa yang gua ada sampai buleh review muvi orang suka-suka hati je? Gua takde pon degree dalam bidang seni apatah lagi perfileman, gua tulis review berdasarkan pemerhatian dan analisis dalam minda gua sahaja.

Bahasa
Pada permulaan ini gua bercadang untuk guna Bahasa Melayu sahaja, tapi mana la tau kot2 mood gua berubah, English wouldn't be hard to understand, right? I'll be writing reviews in English anytime I feel like it (yeap..it's my blog, thank you), so that I can curse effectively..=p




5 xpuashati:

cupcakevelle said...

letak sikit followers eceh

nukman said...

orait..tgh explore nih, xbrapa reti..haha

The Strummer said...

gua sebagai wakil hung hing koloni sepang mgcadangkan lu mengreview serba serbi filem terbaik hong kong, Young n Dangerous..hehe

nukman said...

Baik Tuan, akan diusahakan..lagi pon gua xreview lg muvi2 Hong Kong..hehe

Hapiz Ahmad said...

layan citer jepun baru masyuk...