Monday, January 25, 2010

Must Watch Movies in 1st Half of 2010

Tahun 2010 baru je bermula. Promosi untuk filem2 Hollywood yang akan ditayangkan kat Malaysia tak berapa nak kencang. Mungkin disebabkan nak membela filem2 tempatan, takpa, gua no komen. Gua pon layan filem tempatan, banyak yang best, yang sampah pon bersepah.

Entri kali ini gua menyenaraikan filem2 Hollywood yang anda perlu tengok kat wayang pada separuh masa pertama 2010 (Januari-Julai). Senarai ini ditulis berdasarkan trailer yang gua tengok, sinopsis yang gua baca dan jugak pengarah & pelakon yang terlibat. Dalam banyak2 cerita gua usya trailer, senarai di bawah muncul selepas dikenakan filter terulung gua.

  1. Shutter Island
  2. Invictus
  3. Nine
  4. Up In The Air
  5. Edge of Darkness
  6. Wall Street 2: Money Never Sleep
  7. Iron Man 2
  8. Robin Hood
  9. Shrek Forever After
  10. Toy Story 3
  11. Extraordinary Measures
  12. Knight and Day
  13. Inception
  14. Salt
Muvi2 yang gua bold dan kalerkan tu jatuh hukum wajib tengok (at least utk gua) kerana berjaya memenuhi kriteria serta aspek yang telah gua tetapkan dengan cemerlang (sapa rapat ngan gua tau kot kriteria2 tu). Mungkin citarasa kita semua berbeza tapi bagi gua muvi2 yang gua senaraikan harus diberi keutamaan sebab ini antara muvi yang mempunyai trailer yang menarik minat gua. Yeap, gua tiada pilihan, hanya buleh menilai melalui trailer dan pengarah serta barisan pelakon.

Bukan nak kata tak buleh tengok muvi lain, tapi tontonlah dengan risiko anda sendiri. Kalau tak best jangan salahkan gua kata tak bagitau, tapi kalau best, good for you.

Senarai di atas adalah muvi2 yang akan ditayangkan kat Malaysia nih, ada byk lagi muvi best (bukan porno!) tapi tak masuk dalam list tu sebab tak akan ditayangkan kat sini di atas sebab2 tertentu (paham2 la kome suma ngan syarat ketat lembaga penapisan).

Kalau ada muvi yang anda rasa bes tapi gua tak letak kat sini sila komen. Mungkin gua terlepas pandang, gua pon manusia jugak (ayat pancing sket). Lagi satu kalau nak tonton, jangan lupa roger gua. Chalo for now..

4 xpuashati:

janel23 said...

clash of titans xdak dlm senarai???

nukman said...

tu cerita macam bosan je..tuhan2 greek bergadoh, xcukup menarik utk gua

Saifuddin said...

oit.. cite alice in the wonderland? Ada jonny depp kot.. tp rasa cam musikal nye filem cam cite barber tu gak.. apa macam?

Anonymous said...

sila flush 'alice in wonderland' dalam toilet bowl! tim burton sucks fucken balls.

sorry i'm just "not dark enough" for his movies as a friend pointed out. heh like i care.

aku baru tgk the 1st five movies dlm senarai kau. sbb yg lain2 tak kuar lagi. tp mungkin bakal di download

sekian.